Breaking

Wednesday, March 30, 2011

Gempar | Radiasi dari Fukushima dikesan di Filipina

Gempar..Radiasi dari Fukushima semakin merebak. Semalam telah gempar dengan berita mengatakan Radiasi di kesan pada air hujan di Massachusetts, Boston(Amerika Syarikat).

Seorang saintis menggunakan alat pengesan radiasi yang dipanggil SAM 935 untuk memantau tahap radiasi di ibu pejabat Institut Kajian Nuklear Filipina (PNRI) di Manila.

Buat pengatahuan semua di Filipina pula Radiasi Radioaktif dikesan semalam dengan sejumlah kecil bahan radiasi bawaan udara dari loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi, tetapi Kajian dari Institut Kajian Nuklear Filipina (PNRI) berkata, ia tidak akan membahayakan orang awam.

Agensi nuklear itu memberitahu, pihaknya menemui isotop radioaktif dari loji janakuasa nuklear Fukushima dalam kuantiti yang sangat kecil. "Tahap radiasi bahan tersebut sangat rendah dan ia tidak akan memberi mudarat kepada kesihatan," jelasnya.

Minggu lalu, PNRI juga telah menguji beberapa sampel makanan proses yang diimport dari Jepun sebelum bencana berlaku bagi menentukan asas tahap radiasi dalam produk makanan keluaran Jepun.

Setiausaha Kesihatan Filipina, Enrique Ona menyatakan import makanan dari Jepun tidak perlu diharamkan. Agensi dari Jabatan Pertanian Filipina bagaimanapun mencadangkan supaya penggantungan permit import produk-produk susu dari empat kawasan berhampiran loji nuklear Fukushima dilaksanakan.

Sementara itu, pihak berkuasa China menyatakan ia dapat mengesan kehadiran bahan radiasi di atmosfera di beberapa lokasi di China. China melaporkan bahan radioaktif, iodin-131 dikesan dalam udara di timur laut wilayah Heilongjiang sepanjang hujung minggu lalu.

Dalam amaran yang boleh dibaca dalam laman webnya, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China mengumumkan beberapa lagi kawasan di bahagian tenggara China seperti di Jiangsu, Shanghai, Zhejiang, Anhui, Guangdong dan Guangxi turut dikesan mempunyai bahan radiasi. - Reuters.

Nampaknya seperti kandungan udara dan juga air hujan bawaan telah tercemar hasil dari loji Fukushima adakah kita masih selamat??

Photobucket
Adbox