Breaking

Wednesday, February 16, 2011

Awas | Beras China mengandungi logam berat

Makanan ruji negara kita adalah nasi. Nasi asalnya dari beras, pelbagai jenis beras yang terdapat dijual sekarang nieh, pernahkah anda terfikir apa kandungan dalam beras tersebut?

Tahukah anda Arsenik juga didapati berada dalam beras keluaran China

Photobucket

BEIJING: Sehingga 10 peratus beras yang dikeluarkan China dicemari logam berat berbahaya daripada pencemaran yang dikaitkan dengan proses perindustrian pesat negara itu, menurut satu laporan.

Laporan majalah New Century edisi minggu ini melaporkan satu kajian menunjukkan bahawa sejumlah besar beras China dicemari logam berat seperti kadmium sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada banyak usaha diambil bagi mendedahkan bahaya itu.

“Ketika proses pesat perindustrian China, aktiviti seperti melombong muncul di merata tempat, sekali gus melepaskan unsur kimia seperti kadmium, arsenik, raksa dan logam berat berbahaya lain.

“Logam berat berbahaya ini tersebar menerusi udara dan air dan mencemar kawasan tanah yang luas…pencemaran rantaian makanan sudah wujud sejak beberapa tahun lalu,” menurut laporan itu.

Laporan itu merujuk kajian sejak 2007 yang tertumpu pada beberapa kampung pedalaman di selatan China berhampiran lombong dan kawasan perindutsrian di mana masalah kesihatan seperti penyakit tulang muncul, terutamanya di kalangan warga emas.

Di kalangan bijiran, beras paling kuat menyerap kadmium yang sering meresap dalam air yang digunakan untuk pengairan sawah berhampiran lombong seperti plumbum, timah dan tembaga.

AFP ~ Beras oh beras

Adbox