TAOTAUAJER - Seorang lelaki di Linfen, China yang mabuk teruk terselamat daripada maut walaupun aksinya mengecutkan perut orang ramai.
Lelaki yang tidak dikenali itu pada mulanya memanjat tiang elektrik bervoltan tinggi sebelum bergayut pada wayarnya.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.
Bagi menyelamatkan lelaki ini, talian elektrik dimatikan sementara seorang anggota bomba memanjat tiang untuk mendekati lelaki ini bagi membawanya turun.
Usaha itu gagal apabila lelaki mabuk tersebut melepaskan pegangan tangannya pada wayar namun mujurlah dia terjatuh ke atas buaian yang sempat dipasang di bawahnya.
Namun tak lama kemudian, lelaki tersebut melayah pula jatuh dari buaian sekaligus menakutkan orang ramai yang menjadi saksi.
Mujurlah kali ini, dia terjatuh pula ke atas tilam yang disediakan di tanah.
Lelaki dalam video ini mungkin terlalu mabuk untuk sedar bahawa dia nyaris maut sebanyak dua kali namun yang pasti, dia harus bersyukur kerana orang ramai masih prihatin hingga menyelamatkan nyawanya.
TAOTAUAJER : Perghhhh... nie hebat mabuk dye nieh.. sampai boleh panjat kabel elektrik.