Breaking

Wednesday, September 19, 2012

WOW! - Casing iPhone 5 ini Bernilai RM300 Ribu?

TAOTAUAJER - iPhone 5 baru jer di lancarkan minggu lepas dah keluar pulak aksesori handphone iPhone 5 yang eksklusif. Inilah Casing iPhone 5 Bernilai RM300 Ribu! Orang zaman sekarang sanggup berhabisan wang ringgit demi minat kepada sesuatu benda yang di anggap eksklusif dan mahal ini.



Sanggupkah korang membelanjakan RM300 ribu semata-mata untuk membeli casing telefon bimbit kesayangan anda?


Kalau korang bukan golongan orang yang suka membazir tao tabiklah, sebab selalunya orang yang membelanjakan wang semata-mata untuk benda-benda remeh ni adalah mereka yang benar-benar kaya.

Mana tidaknya, harga sebenar casing itu jauh lebih mahal daripada harga telefon.

Itulah yang berlaku apabila syarikat dari Manhattan, New York, The Natural Sapphire telah mengeluarkan casing telefon Iphone 5 bernilai RM300 ribu!

Menggunakan 18 karat emas putih dan 2830 batu nilam Caylon dengan jumlah 169.8 karat, ia sudah cukup menggambarkan yang casing Iphone 5 ini cukup mahal.

Lambang logo Apple di bahagian belakangnya pula diperbuat daripada batu delima dengan 2.28 karat dan daun logo itu pula menggunkan batu sapphire warna hijau.

Siapakah agaknya yang akan membeli casing seperti ini?

Tidak mustahil juga jika selebriti antarabangsa seperti Paris Hilton atau Kim Kardashian akan menggunakannya. Kalau korang lihat tak payah jauh korang tengok artis-artis kita pakai kereta gempak-gempak kan!

TAOTAUAJER : Kalau tao memang tak sanggup nak berbelanja besar hanya untuk casing telefon. Banyak lagi yang boleh dilakukan dengan RM300 ribu.

Korang pulak bagaimana?                                                                                                            SUMBER

Adbox