Breaking

Friday, March 16, 2012

Hot! - Tertangkapnya Osama Disebabkan Isteri mengkhianati !

TAOTUAAJER - Satu pergaduhan berlaku diantara kedua-dua bini Osama yang berada di dalam tahanan dimana dikatakan salah seorang dari mereka yang menjadi penyebab kematian Osama dimana telah mengkhianati Osama dimana membocorkan rahsia dimana tempat persembunyian Osama!

SLAMABAD: Dua balu Osama bin Laden dilaporkan bergaduh dalam tahanan apabila seorang daripada mereka menuduh madunya sebagai “sundal.”

Pergaduhan itu berlaku ketika mereka masih dalam tahanan selepas ketua al-Qaeda itu dibunuh tentera elit AS pada Mei tahun lalu.Sumber keselamatan semalam berkata, pengawal yang bertugas terpaksa masuk campur dan meleraikan pergaduhan berkenaan.

“Ekoran insiden itu, pengawal diberi arahan khusus supaya tidak membiarkan kedua-dua wanita terbabit tanpa pemantauan.“Ada kebimbangan mereka mungkin saling cuba berbunuhan,” katanya.

Difahamkan, pergaduhan itu membabitkan isteri paling tua Osama, Khairiah, 61, dengan madu paling muda, Amal, 29.Sumber berkata, pergaduhan itu tercetus apabila Amal menyatakan kecurigaannya terhadap Khairiah yang mungkin mengkhianati Osama.

Katanya, Amal mengesyaki Khairiah bertanggungjawab membocorkan rahsia tempat persembunyian Osama.“Pada masa sama, Khairiah juga cemburu kerana Amal sering menjadi teman kepada Osama berbanding isterinya yang lain,” katanya.

Sumber itu - seorang pegawai kanan agensi perisikan Pakistan - berkata, Amal menganggap Khairiah sebagai “pembunuh sebenar Osama.” Pada pandangan Khairiah pula, katanya, Amal seperti “sundal” kerana asyik “mahu berasmara siang malam.”

Kedua-dua balu Osama itu kini ditahan di Pakistan bersama seorang lagi isteri pemimpin al-Qaeda itu, serta 20 anak mereka.Amal yang bernikah ketika berusia 18 tahun, cedera dalam cubaannya melindungi Osama ketika kediaman mereka di Abbottabad diserbu tentera AS.

Sumber itu berkata, selepas disoal siasat, Amal mula mengesyaki Khairiah menjadi pengkhianat kepada Osama.“Osama paling sayang kepada saya.“Kami sering bercakap mengenai cinta dan isu lain yang tidak ada kena-mengena dengan al-Qaeda,” katanya.


SUMBER | MyMetro

Adbox