Breaking

Friday, November 14, 2014

SUBHANALLAH! - Apabila Puting Beliung Sudah Mula Cerobohi Tanah Melayu

TAOTAUAJER -  Tanah Melayu ini bumi yang bertuah. Lebih bertuah berbanding banyak negara lain yang mempunyai pelbagai bencana alam seperti gunung berapi (Indonesia), banjir besar (Bangladesh, China), kebakaran hutan, puting beliung (AS), tsunami (Jepun) dan wabak penyakit (benua Afrika).



Namun itu dahulu, kini sudah berturut turut kes puting beliung dan angin kuat berlaku sejak beberapa minggu ini. Bermula dengan hujan ribut yang kuat di Kuala Lumpur dalam dua minggu lepas hingga meruntuhkan dinding rumah. Kemudian berlaku lagi di Pendang, Penang, kedengaran pula selepas itu di Bintulu. Kemudian di Pandamaran dan Tambun Tulang Perlis yang terkini di Kedah pula....

Puting Beliung Di Malaysia,  Apa sebenarnya petunjuk daripada Tuhan melalui puting beliung ini?

Apakah ini sebahagian amaran Allah SWT agar manusia yang lupa beringat kepadaNya? Apakah ini berlaku akibat ketamakan manusia yang mencemari dan mencabuli alam sekitar? Habis gondol bukit dikerjakan, pokok berusia beratus tahun juga lenyap selain kerakusan manusia mahu meratah hasil alam.
Bukan itu sahaja, alam Melayu adalah tanah bumi yang dikatakan paling subur di dunia.

Syaikh Ahmad telah memperkenalkan bangsa Melayu dengan menyebut:.
“Iaitu himpunan kaum-kaum Melayuwiyah nisbah kepada Melayu dengan kasrah [baris di bawah bagi huruf] mim atau difathahkan [baris di atas]nya dan dammah[barisan di depan bagi huruf] ya. Mereka itu adalah suatu kelompok atau golongan yang besar daripada manusia. Negeri mereka adalah sesubur-subur negeri di dunia”.

Sumber daripada “Kepelbagaian Pemikiran Dan Perjuangan Syaikh Ahmad-Kesan Dahulu & Sekarang’. Ucaputama Seminar Pemikiran Syaikh Ahmad al-Fatani. Wan Mohd. Shaghir . Pusat Pembangunan Pondok. 2002″.

Kini Tanah Melayu yang subur ini sudah disentuh oleh puting beliung. Dulu Tanah Melayu yang subur ini jadi tumpuan penjajah barat datang menjarah. Mereka bawa bersama kaum lain untuk turut mengubah sejarah. Generasi yang ada kini sudah lupa sejarah dan adat Tanah Melayu. Hukum agama pun turut dilupa. Hanya mahu ikut akal semata mata.

Dulu puting beliung seolah segan hendak sentuh Tanah Melayu. Dia (puting beliung) itu selalunya lalu di Laut Cina Selatan. Kemudian lintas dari Filipina menuju ke Vietnam, Kemboja, negara China. Itulah “vice versa” laluannya beberapa kali setahun. Tanah Melayu masih terjaga dan terlindung kerana dikatakan ada para aulia berdoa untuk kesejahteraan Tanah Melayu ini.

Namun kebelakangan ini, semenjak ada pesta arak secara terbuka, menyokong dan mempertahankan orang yang mengamal perbuatan kaum Lut, pesta peluk anjing diadakan maka puting beliung sudah singgah beberapa kali di Tanah Melayu.

Sudah dua kali dia (puting beliung) singgah. Mungkin mahu memberi peringatan. Jangan sampai beliung itu nanti meliibas habis habisan seperti angin taupan Greg di Sabah suatu ketika dahulu.

Beringatlah kita sebelum terlambat. Jangan kemudian macam monyet tuduh menuduh satu sama lain. Kami terpaksa ingatkan kerana para lebai dan agamawan yang hari ini sudah lagi tidak berlaku jujur macam dulu.

Syaikh Ahmad Fatani pernah mengariskan sumbangan anggota masyarakat di dalam membangunkan negeri dengan memetik perkataan Imam Hasan al-Basri:

“Jikalau tiada segala orang yang benar [sadiqun] niscaya binasa oleh bumi, dan jikalau tiada ada ulama niscaya adalah manusia seperti segala binatang dan jikalau tiada ada raja niscaya membinasa oleh manusia setengah mereka itu akan setengah dan jikalau tiada ada segala orang bodoh yang mereka itulah orang yang meramaikan dunia dengan umpama membinakan rumah-rumah dan mahligai-mahligai dan mengerjakan segala pekerjaan yang lebih daripada hajat diri mereka, niscaya jadi roboh dunia”. Al-Fatawa al-Fataniyyah m/s 209

“Jikalau tiada segala orang yang benar nescaya binasa oleh bumi” dengan kata kata ini maka setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan untuk bertindak menegur segala perbuatan yang tidak baik di sisi masyarakat. Sebelum menyalahkan pihak lain, lebih baik menegur dengan sifat saqiq (berkata benar).

Dan (Tuhan berfirman lagi); Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Surah Al-A’raaf 7: 96)

Allah SWT. menjelaskan didalam surah al-Rum ayat 41:
Maksudnya: “Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali ( insaf dan bertaubat ).”

Kembalilah kepada hukum Allah SWT, usah membuat hukum sendiri berdasar hukum akal. Ingat memperingati itu baik bagi orang yang beriman. Wallahualam, moga Tanah Melayu masih lagi terpeliharaNya. Amin.

Adbox