TAOTAUAJER - Malaysia akan dilanda aatu fenomena iaitu fenomena 'Astronomical Tide' terutama sekali bagi penduduk Klang serta Perlabuhan Klang yang di nasihatkan untuk beraiap sedia berikutan fenomena tersebut. Apa itu fenomena 'Astronomical Tide'?
Fenomena 'Astronomical Tide' yang melanda China
Fenomena ‘Astronomical Tide’ di adalah satu fenomena dimana akan membawa hujan lebat luar biasa dan kawasan berdekatan pantai akan mengalami ombak bergelora yang dijangka melanda kawasan tersebut dalam masa terdekat.
Bila fenomena ini berlaku? Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri berkata, fenomena tersebut dijangka berlaku bermula 15 sehingga 18 Oktober ini.
“Fenomena ini dijangka akan mengakibatkan kejadian ribut serta berkemungkinan air sungai akan mencecah sehingga 5.6 meter dan menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.
“Sehubungan itu, penduduk diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan membuat persiapan awal. Pada masa sama mereka juga dinasihatkan supaya memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir yang bakal berlaku itu,”.
Beliau berkata, kawasan bandar Klang yang berada di kawasan rendah serta berisiko kepada banjir. Katanya, MPK akan sentiasa melakukan pemantauan dan persiapan rapi untuk menghadapi fenomena tersebut.
Dalam pada itu, setiap jabatan yang bertanggungjawab juga telah bersiap sedia dengan kepakaran masing-masing untuk menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku nanti.
“Penduduk juga dinasihatkan supaya memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan di tempat masing-masing termasuk menyelenggara longkang dengan sistematik supaya bebas daripada masalah longkang tersumbat akibat sampah,”
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1 800 88 23626 atau 03-33716044 , 03-33714404 sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan berhubung fenomena tersebut.
TAOTAUAJER : Dingatkan semoga pada tarikh tersebut hindarkan lah diri dari kawasan pantai dan mengambil langkah berjaga-jaga. Semoga kita di jauhi dan dilindungi dari bencana.