Breaking

Monday, June 8, 2015

SERIUS! - Malim Gunung Robbi Sapinggi, Wira Yang Terkorban Demi Selamatkan Nyawa Pendaki

TAOTAUAJER - Malim gunung Robbi Sapinggi, yang tekorban dalam gempa bumi Gunung Kinabalu merupakan seorang Malim Gunung yang menjadi pilihan ramai pendaki dalam dan luar negara.


Dia yang mengambil tugas menjadi pemandu arah telah menghembuskan nafas terakhir akibat dihempap runtuhan batu susulan gemba bumi yang berukuran 6.0 pada skala richter yang berpusat 16km dari barat laut Ranau.

Robbi merupakan seorang Malim Gunung yang disanjung tinggi oleh pendaki-pendaki kerana sifatnya yang sangat mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan pendaki yang menggunakan khidmatnya.


Dia boleh dianggap wira kerana semasa kejadian, Robbi sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan pendaki lain walaupun terkena runtuhan batu menyebabkan dia kehilangan banyak darah kerana cedera di bahagian kepala.

Memetik tulisan di Facebook Amazing Bornea, walaupun dalam keadaan cedera selepas terkena batu, Robbi tetap mengutamakan pendaki yang menggunakan khidmatnya.

Dia menggesa pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya untuk terus berjalan meninggalkannya demi keselamatan mereka. Dia memilih untuk tidak meneruskan perjalanan bersama pendaki lain kerana tidak mahu menyulitkan perjalanan mereka kerana dia cedera.

Namun malangnya semasa dia menunggu bantuan tiba, Robbi telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat terlalu banyak kehilangan darah.

Menurut laman berkenaan, beliau adalah merupakan seorang Malim Gunung yang sentiasa menjadi pilihan pendaki selain ramai pendaki memuji khidmat cemerlangnya dalam menjalankan tugas.


Nampaknya dialah wira sebenar di mana ia benar-benar menjaga keselesaan dan keselamatan pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Kehilangan Robbi merupakan satu kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada Taman-Taman Sabah dan organisasinya. Dia akan sentiasa menjadi Hero waluapun tidak didendangkan di media.

Berikut adalah biodata Robbi Sapinggi wira bagi pendaki-pendaki Gunung Kinabalu



Nama penuh: Robbi Sapinggi

Umur: 30 Tahun

Bangsa: Kadazan Dusun

Asal: Sabah

Agama: Kristian

Pekerjaan: Pemandu Arah Gunung Kinabalu di Sabah Park

Menceritakan saat manis bersama Roobi, Catherine Jayasuriya yang merupakan penganjur Ekspedisi Gunung Kinabalu Coalition Duchenne, dia amat terasa dengan kehilangan Robbi selepas mengenali seorang Malim Gunung terhebat dalam hidupnya.

Menurut Jayasuriya , Roobi telah menyertai empat ekspedisi anjuran Coalition Duchenne anjurannya, menyifatkan Robbi adalah seorang manusia yang suka bergaul, baik hati dan kelakar.


"Ketika menyertai satu ekspedisi, saya berasa sangat sejuk ketika kami menuju ke puncak dalam cuaca hujan dan Robbi menghulurkan kepada saya sarung tangan dan jaketnya untuk dipakai, menyebabkannya hanya berpakaian baju T sahaja.

"Demikianlah sifatnya yang begitu mulia. Dia amat mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pendaki," kata Jayasuriya dipetik Astro Awani.

Jayasuriya pernah menghasilkan dokumentarinya bertajuk 'Dustys Trail: Summit of Borneo', dimana dia telah menampilkan Robbi dalam dokumentari tersebut di Kampung Kiau.
sumber : siakapkeli

TAOTAUAJER Satu kempen yang dilancarkan bagi mengutip derma untuk keluarga mendiang Robbi yang maut di dalam tragedi gempa bumi Sabah baru-baru ini telah berjaya mengutip hampir RM50,000 dalam masa 14 jam.


Adbox