Breaking

Thursday, November 1, 2012

OMG! - Pengikut ajaran sesat masak pai daging wanita untuk dijual

TAOTAUAJER -  Memang gila di Rio De Janeiro, sekumpulan kanibal pengikut ajaran sesat membunuh dan memasak mayat mangsa mereka sebelum dijadikan pai dan dijual kepada orang ramai. Jorge Negromonte, 50, isteri, Isabel Pires, 51 dan kekasihnya, Bruna da Silva, 25, memujuk beberapa wanita ke rumah mereka dengan berjanji untuk memberi pekerjaan sebagai pengasuh. Lalu mangsa itu dipenggal dan dikerat.


Pai daging wanita untuk dijual

Ketiga-tiga pengikut ajaran sesat itu kemudian menggunakan daging mangsa mereka untuk dijadikan pai yang dikenali dalam bahasa tempatan sebagai ‘empanadas’ untuk dimakan dan dijual kepada jiran tetangga dengan harga RM1.50 setiap satu.


Mereka dihadapkan ke mahkamah di bandar kediaman mereka di Pernambuco, timur laut Brazil, buat pertama kali semalam, atas tuduhan membunuh Jessica da Silva, Alexandra Falcao dan Gisele da Silva.
Polis sebelum ini berkata, ketiga-tiga tertuduh mengaku membunuh enam lagi mangsa yang tidak dikenali.

Dakwaan itu menyerupai cerita fiksyen mengenai tukang gunting bernama Sweeney Todd di Victorian London. Dalam cerita berkenaan, tukang gunting berkenaan mengelar tekak mangsa sebelum rakannya, Puan Lovett memasak pai menggunakan daging mangsa dan menjualnya kepada pelanggan.

Negromonte, isteri dan kekasihnya didakwa membunuh Jessica da Silva pada 2008. Mangsa tinggal bersama mereka dan seorang anaknya berusia setahun.

Bayi berkenaan dipaksa memakan pai yang dibuat daripada daging ibunya sebagai sebahagian daripada ‘amalan penyucian.’ Polis menangkap ketiga-tiga tertuduh selepas seorang daripada mereka cuba menggunakan kad kredit milik seorang gadis yang dilapor hilang berhampiran rumah mereka.

Penyiasat menggali taman di kediaman tertuduh dan menemui dua mayat, dipercayai gadis tempatan, Alexandra Falcao, 20, dan Gisele da Silva, 30.

Kedua-dua mangsa dilapor dilihat berhampiran kediaman tertuduh sejurus sebelum mereka dilaporkan hilang.

Abang Negromonte, Irenaeus memberitahu mahkamah, adiknya tidak mungkin melakukan jenayah itu kerana dia tidak makan daging.

Dalam pada itu, seorang adik Negromonte, Emanuel, 17 berkata: “Ketika kanak-kanak, abang saya adalah remaja normal dan mempunyai ramai rakan. Tetapi selepas berusia 17 tahun, dia sering membuat komik yang mempunyai babak keganasan terhadap wanita.” – DM

TAOTAUAJER - Memang gila betul deorang nieh dah macam yang berlaku kat china tu deorang boleh culik perempuan yang asing lalu di perkampungan tersebut dan di korbankan hidup-hidup seperti kenduri di perkampungan tersebut.

Adbox