Breaking

Thursday, December 11, 2014

VIRAL! - Gambar Juruterbang Wanita AirAsia Berhijab Menjadi Perhatian (10 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Gambar seorang juruterbang perempuan yang betudung menjadi viral setelah beberapa keping gambarnya tersebar di laman sosial  berikutan membawa imej berhijab serta penampilan yang sangat comel.. Siapakah juruterbang perempuan ini?


Siapa sangka bahawa seorang wanita yang bersusuk tubuh kecil-kecil cili padi ini juga mampu menjadi seorang pilot dan mengemudi sebuah pesawat komersial Airbus.

Pasti anda tertanya -tanya siapakah juruterbang wanita yang comel ini? Okay disini tao kongsikan kepada anda semua biodata pilot wanita yang comel ini...


Biodata Juruterbang Wanita AirAsia, Noor Hafizah Idrus

Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot AirAsia Wanita
Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus
Nama Samaran: Fizzy Idrus
Umur: 30 Tahun (2014)
Asal: Taiping Perak
Alamat Terkini: Cheras Kuala Lumpur
Pendidikan: Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM
Bidang: Ijazah Multimedia
Bermula Kareer Juruterbang: Berhenti belajar di UKM dan sertai Akademi Juruterbang Airasia sejak 2006.

Noor Hafizah Mohd. Idrus, berminat untuk menjadi juruterbang sedari kecil. Bezanya, impian itu pada awalnya mendapat tentangan daripada kedua ibu bapanya.

Sebaliknya mereka mahu melihat Noor Hafiza berjaya dalam bidang perubatan dan bergelar seorang doktor.
Untuk tidak menghampakan impian orang tua, dia meneruskan pengajian di dalam bidang sains, peringkat matrikulasi di Londang, Melaka walaupun terpaksa melupakan impian untuk terbang tinggi di awan biru.




Disebabkan markah yang tidak begitu melayakkannya untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, akhirnya anak kedua daripada enam beradik itu meneruskan pengajian dalam bidang multimedia peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Begitupun setelah mengharunginya selama satu setengah tahun, pengajiannya ‘terbengkalai’ begitu sahaja tanpa sempat ditamatkan.

Semuanya gara-gara iklan AirAsia yang disiarkan untuk pengambilan kadet juruterbang syarikat tersebut.
Lantas, tanpa berfikir panjang, Noor Hafizah atau lebih mesra disapa Fizah telah memohon tanpa pengetahuan keluarga.

Hari ini, setelah lapan tahun bernaung di bawah sayap AirAsia, anak kelahiran Taiping, Perak itu akhirnya berjaya meyakinkan kedua ibu bapanya bahawa kerjaya sebagai juruterbang mampu dipikulnya.


“Pada peringkat awal, emak dan ayah susah juga hendak menerima kenyataan saya menyertai AirAsia sebagai juruterbang. Tambahan pula terpaksa meninggalkan pengajian di UKM.

“Tetapi setelah diterima dan lulus temuduga dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik, akhirnya mereka menerima dan kini menyokong kuat saya.
sumber : Utusan Malysia

TAOTAUAJER : Buat pengetahuan korang ade jer lagi pilot wanita yang hebat yang korang tak tau iaitu Patricia Yapp Syau Yin, diamana seorang pilot jet pejuang MiG-29 milik TUDM dan wanita pertama yang mempunyai kelulusan untuk membawa jet pejuang tersebut. SALUTE!!! 


Adbox