Breaking

Tuesday, March 11, 2014

SERIUS! - Kehilangan MH370 Adalah Misteri Yang Tidak Pernah Berlaku

TAOTAUAJER - Pihak berkuasa mengibaratkan kehilangan pesawat MH370 sebagai misteri yang tidak pernah berlaku. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat unsur pengganas. "Siasatan pelbagai sudut dijalankan," katanya. 


Belum buktikan pesawat dirampas

Teori pesawat MAS dirampas ketika dalam perjalanan ke Beijing masih belum dapat dibuktikan dan siasatan pihak berkuasa melihat semua aspek termasuk perkara ini, kata Ketua Koordinator Operasi Mencari dan Menyelamat MH370, Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Menurut beliau, pihak berkuasa memerlukan bukti kukuh berhubung perkara itu dan tumpuan utama adalah untuk mengesan semula pesawat. Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berkata, pihak berkuasa turut menjalankan siasatan terperinci berhubung dua penumpang yang menaiki pesawat penerbangan MH370 menggunakan pasport curi warga Itali dan Austria.

Azharuddin berkata, kes itu dikendalikan pasukan penyiasat khas terdiri pakar bidang berkenaan yang turut menganalisis rakaman video penumpang dikenal pasti. “Selepas mendapat butiran laporan itu, kami akan maklumkan kepada pihak media,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Mengulas lima penumpang yang tidak menaiki pesawat itu, katakanya, MAS menggunakan sistem Annexe 17 di mana beg penumpang akan mereka dikeluarkan dari pesawat. “Beg itu juga sudah diperiksa dan pihak kami mendapati ia tidak membawa sebarang barang terlarang,” katanya. 

SUMBER : Utusan, Harianmetro

TAOTAUAJER : Kehilangan pesawat MH370 masih lagi menjadi misteri dan tanda tanya , ini kerana langsung tidak menjumpai sebarang tanda-tanda apakah ia terhempas di lautan mahupun darat. Selain itu juga tao ada juga terbaca akan penyebaran konspirasi kehilangan pesawat MH370 yang melibatkan US, malaysia dan China namun kebenarannya belum pasti. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka yang hilang - TRAGEDI MH370


Adbox