Breaking

Saturday, February 15, 2014

WOW! - Inilah Gambar Selfie Pertama Di Dunia Dirakamkan (3 Gambar)

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tahu pada tahun 2013 telah di nobatkan sebagai 'World of the Year 2013' dimana mengambil gambar sendiri iaitu selfie sudah menjadi trend terkini bagi pemilik pengguna smartphone di social media. Namun begitu tak ramai yang tahu dimana gambar selfie yang pertama sekali dipercayai telah di ambil pada tahun 1909 oleh Joe Byron di atas sebuah bumbung bangunan di New York. Jom kita saksikan bagaimanakah gambarnya...


Joe Byron merupakan pemilik syarikat Byron telah merakam gambar itu bersama empat rakannya iaitu Pirie MacDonald , Kolonel Marceau , Pop Teras dan Ben Falk.


Mereka berempat merupakan pasukan jurugambar di Manhattan yang telah merakam ratusan ribu gambar.


Gambar selfie kumpulan jurugambar itu telah ditayangkan di Muzium Bandaraya New York untuk tatapan orang ramai.

Menerusi gambar itu juga, Joe dikesan sebagai jurugambar pertama yang telah merakamkan gambar sendiri yang kini menjadi satu kegilaan di kalangan pemilik akaun sosial Instagram.

Bagaimanapun terdapat sumber yang percaya bahawa gambar selfie pertama dirakam pada tahun 1839 oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius.

SUMBER :  mStarOnline

TAOTAUAJER : Tak sanggka sungguh bukan, zaman dulu lagi dah ada buat selfie.. cuma tak ada la macam sekarang post di laman sosial. Sewaktu itu internet pun tiada apa tah lagi telefon bimbit berkamera. Ini pun ambil gambar guna kamera yang gedabak besarnya tu. - Koleksi Pertama di Dunia


Adbox