Breaking

Saturday, March 23, 2013

GEMPAR! - Menteri Pertahanan Kiram Di Tangkap Hidup-Hidup (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Tahniah dan syabas kepada anggota keselamatan kita baik PDRM mahupun ATM atas kejayaan mereka menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu di Semporna dan Lahad Datu pada pagi 23 MARCH 2013. Berikut adalah tiga keping gambar yang memperlihatkan wajah Jeneral Perang Dan Menteri Pertahanan Sulu yang dikenali sebagai Datuk Amir Baha@Datuk Bahang.


Tertangkapnya Datuk Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Turut ditahan ketika itu ialah seorang talibarut (warga tempatan) yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.



Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempoh hari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka. Namun rupa-rupanya mulut manis mereka menyebabkan nyawa anggota keselamatan kita melayang.


Penahanan itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, kejayaan itu menandakan pergerakan pengganas di kawasaN Lahad Datu sebagai lumpuh.

“Dengan penahanan ‘military commander’ atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16.


TAOTAUAJER : Tahniah buat pasukan keselamatan atas kejayaan ini apabila berjaya menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu. lepas ni kita tunggu pulak nasib kiram tu pulak ape yang bakal jadi pada die, agak-agak nyer kiram dah ketaq lutut dah tu. - Berita LAHAD DATU CRISIS

Adbox