Breaking

Friday, February 22, 2013

OMG! - Oymyakon Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia (14 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C).Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.




Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat – 50°C.


Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.

Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.

Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi.

Jom saksikan lagi gambar-gambar keadaan persekitaran dan juga aktiviti penduduk di perkampungan tersebut.



Oymyakon sebenarnya bermaksud 'bukan air beku' kerana kolam air panas berdekatan.










TAOTAUAJER : Giller la sejuk cuba bayanngkan kalau aircond yang 16   ° Celsius (C)  tu kita dah rasa sejuk nie lagikan apabila duduk di kawasan -71 ° Celsius (C). Tak tahu nak berapa labis baju nak pakai. Bersyukur tempat yang kita lahir sekarang ini beriklim Khatulistiwa panas dan lembab sepanjang tahun. Kalau korang la agak-agak sanggup hidup di tempat begini?


Adbox