Breaking

Wednesday, January 16, 2013

SUBHANAALLAH! - Ribut Salji Melanda Padang Pasir Arab Saudi, Petanda Jelas Akhir Zaman? (9 Gambar)

TAOTAUAJER - Subhanaallah, Petanda Jelas Akhir Zaman? Apabila Ribut Salji Melanda Padang Pasir Arab Saudi. Sesuatu yang aneh terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk-salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah-dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam ribut yang sangat dahsyat.


Sepertimana sebelum ini tao juga pernah tunjukkan pada korang dimana pada tahun 2010 pernah berlaku turunya salji di Gurun Sahara.

Seperti mana kita tau, Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang di luar jangkaan.

Penduduk Tabuk dan juga orang-orang yang datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang terjadi itu. Jalan-jalan terutama menuju ke Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan bermotor.


Jalan-jalan yang mengarah ke daerah gurun pasir dan pengunungan di Tabuk dipenuhi kenderaan dari arah kota Haql dan Bada. Hujan turun di sejumlah kota di Saudi hari Rabu yang lalu. Tabuk letaknya sekitar 1500 km dari Riyad (Ibu negara Arab Saudi).

Kalau korang nak tau sebenarnya ini bukanlah kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga sudah pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.









Tanda Akhir zaman: Padang pasir subur dengan pertanian
Firman Allah yg bermaksud "Engkaukah yg lebih baik atau orang yg taat mengerjakan ibadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan azab pada hari akhirat serta mengharapkan rahmat tuhannya? katakanlah lagi kepadanya : "adakah sama orang yg mengetahui dengan orang yg tidak mengetahui?" sesungguhnya orang yg dapat mengambil pelajaran dan peringatan adalah orang yg berakal sempurna" 
Sabda Rasulullah s.a.w pula yg bermaksud "Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum tanah-tanah Arab sekali lagi menjadi subur dan dipenuhi sungai-sungai" (Riwayat Muslim)

TAOTAUAJER : SUBHANALLAH , tengok pelbagai perkara pelik sudah belaku di dunia ini, gurun yang panas tak turun-turun hujan pon boleh turun salji. Macamana taknyer nanti suatu hari padang pasir akan menjadi subur. Buat masa nie pon dah ada penemuan hutan di bawah padang pasir. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Adbox