Breaking

Thursday, December 20, 2012

PEMBONGKARAN! - Nasa Bantah, Kisah Dunia Kiamat 21 Disember 2012 Puak Maya [VIDEO]

TAOTAUAJER - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengeluarkan amaran serius terhadap khabar angin akan berlaku hari kiamat pada 21 Disember ini berdasarkan perkiraan kalendar kaum Maya.


Kiamat 21 – 12 – 2012 yang menghebohkan masyarakat menurut Kalender Suku Maya di bantah oleh NASA. Lagi-lagi yang menghebohkan apabila akan berlakunya satu fenomena penjajaran alam semestar yang akan menyebabkan 3 hari kegelapan... tao juga telah membuat pendedahan dan pembongkaran tentang kejadian tersebut dimana ia tidak benar. BACA SINI


NASA dalam kempennya terus berusaha untuk menentang isu Kiamat dengan merencanakan sebuah video yang dikeluarkan pada 22 Disember 2012 - Sehari setelah Kalendar Maya berakhir dimana dipercayai sebagai hari kiamat.

Berakhirnya kalender penanggalan suku Maya yang dikaitkan dengan peristiwa kiamat pada 21 Disember 2012 terus menjadi perhatian. Kali ini, Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA) kembali menentang isu kiamat tersebut.

Dibawah artikel ini tao letakkan Video dari NASA dimana Video itu akan menunjukan bahawa kalender Maya tidak benar-benar berakhir pada 21 Disember 2012 dan bangsa yang tinggal di semenanjung Yucatan, Amerika Tengah tidak meramalkan mengenai akhir kehidupan di dunia.

Menurut video tersebut, Astrobiologi Pusat Kajian Ames Nasa, David Morrison berkata ramalan itu karut dan palsu kerana ia mencetuskan ketakutan serta tekanan kepada remaja seluruh dunia.

Menurut NASA lagi, pihaknya menerima sejumlah besar emel dan surat daripada mereka yang bimbang.

Sebahagian daripada mereka tidak lalu makan, tidak dapat tidur dan ada yang sanggup membunuh diri, kata Morrison melalui rakaman video dimuat naik NASA.

Menerusi cerita disebarkan penulis Azerbaijan, Zecharia Stichin dalam 1976, sebuah planet asing bernama Nibiru yang ditemui puak Sumeria akan melanggar dan memusnahkan Bumi pada tarikh itu.

Jika Nibiru atau Planet X wujud, ia pasti sudah dikenal pasti sedekad lalu dan pada masa ini mungkin sedang menuju ke Bumi serta dapat dilihat dengan jelas, kata Morrison.

Morrison turut menyangkal khabar angin bahawa medan magnetik Bumi akan terbalik secara tiba-tiba dan planet ini akan memasuki lohong hitam yang wujud pada pusat Bima Sakti.

VIDEO Kalender Maya



SUMBER : CNET  

TAOTAUAJER : Lihatlah NASA sendiri mengeluarkan kenyataan dimana kelendar maya tersebut tidak sempurna, dan tidak menyatakan ramalan tentang hari kiamat. Tetapi lain pula ceritanya di luar negara mereka telah mempersiapkan diri dengan menyimpan bekalan makanan, senjata dan teknologi anti kiamat bagi menghadapi hari kiamat. Kita yang beragama islam seharusnya tidak mempercayai perkara-perkara sebegini kerana boleh memesongkan akidah. Sepertiman yang sebelum ini juga tao telah ceritakan dimana jangan kita percaya akan kiamat pada 21 12 2012. - Koleksi isu Kiamat


Adbox