Breaking

Saturday, December 29, 2012

MISTERI! - Penemuan Objek Bercahaya Putih Bersayap 7 di Sabah [VIDEO]

TAOTAUAJER - Objek Misteri 7 Sayap Terbang Di Sabah | Masihkah korang ingat beberapa hari yang lepas TV3 ada memaparkan satu video dimana satu objek misteri yang di rakamkan bercahaya putih berterbangan?


Saksikan Video di bawah ini...

Menurut Jabatan Hidupan Liar Sabah akan menjalankan kajian terperinci mengenai rakaman objek misteri yang terbang pada kelajuan tinggi di sebuah gua di negeri itu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Laurentius Ambu berkata ini kali pertama objek itu ditemui di Sabah.

Sebelum ini TV3 melaporkan penemuan objek misteri yang seakan mempunyai 7 pasang sayap.

Visual objek itu berjaya dirakamkan menggunakan kamera definasi tinggi, HD oleh seorang pengembara British, Matthew Lazenby, dua minggu lalu di sebuah gua yang lokasinya dirahsiakan.

Rakaman beliau menunjukkan beberapa objek ganjil sepanjang lima sentimeter hingga lima belas sentimeter, yang bergerak pada kelajuan tinggi dan boleh terapung.

Matthew mendakwa objek itu bukan serangga kerana kelawar dalam gua melarikan diri sebaik dihampiri objek berkenaan.



SUMBER : TV3
TAOTAUAJER : Apakah objek tersebut? sejenis serangga atau kehidupan yang belum pernah diterokai? sedangkan kelawar pun melarikan diri sebaik dihampiri objek berkenaan. Kita tunggu hasil kajian dari  Jabatan Hidupan Liar akan datang. - Koleksi x-file misteri dunia


Adbox