Breaking

Monday, September 17, 2012

OMG! - Wanita Terkurung Dalam Peti Sejuk Selama 4 Hari

TAOTAUAJER - Ini yang berlaku di Oklahoma apabila seorang wanita terkurung di dalam sebuah peti sejuk yang besar dan wanita tersebut ditemui masih hidup walaupun selepas empat hari.


Theresa Christian, 59, sebelum itu dilaporkan hilang oleh anaknya pada Sabtu, namun dia ditemui anaknya pada hari Khamis.



Tiada tanda-tanda perbuatan khianat dikesan, sementara jiran-jirannya percaya dia bersembunyi di dalam peti sejuk itu kerana bimbang putting beliung bakal melanda rumahnya.

Menurut stesen televisyen News On 6, wanita itu kini dirawat kerana sebahagian kakinya telah beku.

Biarpun dia ditemui dalam keadaan sejuk, kelaparan dan dehidrasi namun dia selamat.

Menurut polis, wanita itu ditemui oleh anaknya selepas dia memecah masuk ke apartmen milik ibunya itu.

Selepas mendapati barangannya termasuk dompetnya masih ada sementara televisyen pula dibiarkan terpasang, anaknya percaya ibunya masih berada dalam rumah tersebut.

Selepas menyiasat, dia mendengar bunyi suara mengerang dari dalam peti sejuk dan kemudiannya terus menyelamatkan ibunya.

Polis kini masih menyiasat bagaimana wanita itu boleh terperangkap dalam peti sejuk yang besar itu ketika dia bersembunyi daripada ribut dan puting beliung yang melanda kawasan itu pada Jumaat lalu.

“Apa yang lebih aneh ialah kenapa dia tidak dapat keluar memandangkan peti itu tidak mempuntai kunci.

“Namun terdapat tanda dia cuba keluar daripada peti sejuk berkenaan, mujurlah anak lelakinya berjaya menemuinya,’’ kata polis.

TAOTAUAJER :  Kesian wanita tersebut , sape punye keje la nieh... nie nak membunuh nasib baik wanita tersebut masih hidup. Berhibernasi wanita tersebut di dalam peti ais tersebut tanpa makanan dan minuman hanya kudrat dan ketabahan yang membolehkan ia bertahan. Ok tao ade satu trik lalat mati hidup semula, cuba korang tangkap lalat hidup-hidup dan beku kan ia. Kemudian keluarkan dari peti ais apabila ia membeku dan biarkan ia seketika pada suhu bilik dan korang lihat lalat tersebut akan kembali terbang. 

Adbox