Breaking

Saturday, August 11, 2012

OMG! - Labah-labah jadikan telinga sebagai rumah (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seorang wanita tidak menyangka rupa-rupanya penyakit gatal telinga yang dialaminya adalah disebabkan labah-labah. Serangga berkenaan bukannya menggigit telinganya, sebaliknya ia menjadikan telinganya sebagai tempat tidur.


Gambar  yang menakutkan telah diambil di  Hospital Changsha TengahChina , selepas pesakit membuat pemeriksaan , mengadu gatal-gatal di dalam telinga kirinya.

Mengerikan apabila labah-labah bersarang di dalam telinga anda dan berkemungkinan mengigit korang dan korang jadi Spiderman.. haha tipu .. boleh membawa maut nanti.


Lebih buruk, doktor percaya labah-labah itu telah berada dalam telinganya sejak lima hari lalu.

Namun dia bernasib baik, kerana wanita itu tidak cuba mengorek telinganya.

Jika tidak, kata doktor, keadaan akan bertambah buruk dan serangga itu mungkin akan menggigit telingannya jika ia diganggu.

Pada mulanya, doktor bercadang menggunakan penyepit untuk menarik labah-labah itu, namun bimbang serangga itu akan menggigit mangsa.

Justeru, Dr Liu Sheng dan rakan sekerjanya telah memasukkan air garam ke dalam telinga wanita itu.

Beberapa minit kemudian, labah-labah itu keluar dengan sendirinya.

Nasib baik ia tidak bertelur dalam telinga wanita itu, jika tidak , entah apa yang akan berlaku dalam telinganya.

TAOTAUAJER : Seram nyer... yang pelik tu dah sampai 5 hari dalam tu takkan tak perasan ada binatang dalam telinga sendiri. Disini tao ade tips sekiranya ada binatang masuk dalam telinga korang , tuangkan minyak ke dalam telinga... confrm binatang tu keluar sekali dengan minyak tu nanti.

Adbox