Breaking

Tuesday, July 31, 2012

WOW! - VIDEO dan GAMBAR Ribut Pasir yang Melanda Phoenix (15 Gambar)

TAOTAUAJER -  Satu ribut pasir gergasi melanda bandar Pheonix, di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menyebabkan jarak penglihatan terhad dan penerbangan terpaksa ditangguhkan pada malam Selasa lalu.


IMEJ menunjukkan ribu pasir melanda bandar Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat kelmarin.
KIRI: Ribut pasir menghampiri bandar Phoenix, Arizona di Amerika Syarikat pada malam kelmarin.

Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini dan Juga Video Ribut Pasir yang Melanda Arizona.


Ribut yang disertai dengan angin kuat itu menyebabkan sejumlah pokok tumbang manakala ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.

Awan pasir yang bergerak melintasi lembah Pheonix itu telah menyebabkan ribut berlaku di kawasan Tucson.

Menurut seorang pakar di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Paul Iniguez, ribut itu kemudian bergerak ke bahagian utara gurun sebelum merempuh kawasan bandar seperti satu ombak besar.

Data radar menunjukkan ribut tersebut membentuk dinding debu setinggi 2,438 meter hingga 3,048 meter.

“Kami dengar daripada ramai penduduk bahawa ini adalah ribut paling hebat pernah mereka lihat,” kata Iniguez.

Ketika ia menghampiri kawasan banjir, ribut itu sudah mengecil menjadi setinggi 1,524 meter.

Stesen televisyen tempatan, KSAZ-TV melaporkan ribut itu agak serius di beberapa lokasi.

Ribut berkenaan adalah sebahagian daripada musim monsun di Arizona yang biasanya bermula pada pertengahan Jun dan berlanjutan hingga September.

sumber : KOSMO















Saksikan pula video fenomena Ribut Pasir


TAOTAUAJER : Subhanallah betapa dahsyat nyer Ribut pasir nie mungkin kita nampak ia sekadar angin dan pasir jer! tapi korang tengok boleh menyebabkan pokok tumbang dan juga terputusnya bekalan elektrik, silap-silap boleh membawa maut.. angin jer!

Subhanallah! - Ribut Pasir seperti Tsunami Dahsyat Melanda Kuwait (6 Gambar)HOT!
Adbox