Breaking

Friday, June 8, 2012

WOW! - Singa laut ramal pemenang Euro 2012

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tau, tahun ini adalah tahun bagi UEFA European Football Championship edisi yang ke-14, Euro 2012 dimana berlangsung di Poland dan Ukraine. Perlawanan pembukaan antara Poland menentang Greece akan berlangsung pada hari ini iaitu 8/6/2012. Pada euro yang lepas kita ada haiwan peramal iaitu Paul si sotong tapi ia sudah mati, kali nie SINGA LAUT pula menjadi perhatian sebagai ahli nujum EURO di Thailand.


SINGA laut yang bernama Tik menghantar sebiji bola yang mempunyai lukisan bendera Greece kepada seorang pelatih haiwan di Zoo Dusit, Bangkok semalam.


Seekor singa laut jantan berusia tujuh tahun yang bernama Tik menjadi 'ahli nujum' dengan meneka pemenang perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012.

Perlawanan pembukaan itu adalah antara pasukan Greece dengan Poland yang berlangsung di Stadium Nasional Warsaw, Poland pada hari ini.

Haiwan tersebut membuat ramalan pemenang itu di Zoo Dusit di sini semalam.

Singa laut itu meneka pemenang perlawanan tersebut dengan mengambil sebiji bola yang mempunyai lukisan bendera Greece untuk diberikan kepada seorang pelatih haiwan.

Tujuan ramalan tersebut dibuat adalah untuk menggalakkan penduduk Thailand supaya tidak berjudi bagi menentukan pemenang perlawanan bola sepak itu. - AP

AMARAN - Ramalan boleh menjejaskan akidah anda

TAOTAUAJER : INFO EURO 2012 - Kalau korang nak tau , Euro kali ini merupakan kali ketiga penganjuran Euro yang menggabungkan dua negara sebagai tuan rumah. Sebelum ini, Belgium-Belanda (2000) dan Austria-Switzerland (2008) pernah menjadi tuan rumah bersama.
Adbox