Breaking

Sunday, June 17, 2012

ISRAK MIKRAJ (BHGN 2) - PERJALANAN NABI SEMASA ISRAK

TAOTAUAJER - Pada pd (BHGN 1) tao dah kongsikan kisah berkenaan apakah itu Isra' dan apakah itu mi'raj.. juga peristiwa yg terjadi pd Baginda Rasulullah SAW sebelum Isra' dan Mi'raj berlaku..


Pada bahagian dua nie pulak tao sambung kisah perjalanan Rasulullah S.A.W semasa Israk dari Masjidil-Haram ke Amsjidil-Aqsa pulak


SEMASA ISRAK (PERJALANAN DARI MASJIDIL-HARAM KE AMSJIDIL-AQSA):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung. Malaikat Jibrail telah mengajar Rasulullah S.A.W. membaca doa untuk menghindarkan gangguan jin 'Afrit.

Allah SWT telah memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sbg balasan dari Allah SWT kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan.

Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk adalah:
  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

    • Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Kata Jibrail: Itulah golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.

    • Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Kata Jibrail: Inilah manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.

    • Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Kata Jibrail : Inilah manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.

    • Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan semula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah : Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

    • Baginda melihat sekumpulan manusia yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail : Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

    • Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

    •  Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

    • Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

    •  Baginda melihat sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

    • Baginda melihat lelaki berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`

    • Baginda melihat lelaki menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. 

    • Baginda melihat sekumpulan manusia yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : Itulah hukuman orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 

    • Baginda melihat seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail : Itulah hukuman orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

    • Baginda melihat seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 

    • Baginda melihat seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail : Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua. 

    • Baginda melihat seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail : Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

    Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

    Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail : Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
     
    bersambung..... KISAH NABI - PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ (BHGN 3)

    TAOTAUAJER : Apa yang kita dapat dari perjalanan Israk ini Rasulullah di tunjukkan dengan pelbagai azab gambaran kejadian aneh dan pelik sbg balasan dari Allah SWT kepada hamba-hambaNya


    Adbox