Breaking

Wednesday, April 4, 2012

#Owsem - Terrafugia kereta yang mampu terbang (15 Gambar)

TAOTAUAJER - Kereta ciptaan baru yang berkonsepkan kereta dan kapal terbang. Kenderaan itu yang dinamakan Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat.



DEE-ANN DURBIN, Amerika Syarikat (AS) - Prototaip kereta terbang ciptaan syarikat Terrafugia Inc. berjaya menamatkan penerbangan sulung pada bulan lalu.

Saksikan lagi gambar di bawah ini nanti...
Kereta kapal terbang tersebut mampu terbang pada ketinggian 426 meter selama lapan minit dalam ujian yang diadakan pada 23 Mac lalu.

Setakat ini, kira-kira 100 orang telah membayar deposit sebanyak AS$10,000 (RM30,502) untuk membeli Transition.

Bilangan pembeli dijangka meningkat selepas kereta itu dipamerkan semasa Pameran Automotif New York berlangsung pada hujung minggu ini.

Menurut syarikat berkenaan, Transition dijual pada harga AS$279,000 (RM850,952).

Kenderaan tersebut turut memerlukan landasan untuk terbang.

Ketika ini, kereta itu menjalani satu siri ujian kemalangan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan AS.

Menurut jurucakap syarikat itu, kelajuan Transition boleh mencecah 112 kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 185km/j di udara. - Agensi




Cerita pasal kapal terbang nieh tao teringat pasal satu helikopter yang boleh tukar jadi jet sangat owsem dalam cerita The 6th Day yang di lakonkan oleh Arnold Schwarzenegger.


Korang tengok video di LINK ini http://youtu.be/AY7BaEkZWR4?t=55s


Adbox