Breaking

Thursday, February 23, 2012

Wow! - Trinidad Moruga Scorpion Cili paling pedas di planet ini


TAOTAUAJER - Tao tau ade ramai yang suke makan pedas termasuk tao juge, di malaysia juga masakan pedas sudah tidak asing lagi. Di Mexico, para penyelidik telah berjaya menghasilkan cili paling pedas didunia yang dinamakan 'Trinidad Moruga Scorpion' nama cili tu pon dah ganas kan.



'Trinidad Moruga Scorpion' hasil dari penyelidikan oleh pakar-pakar di New Mexico State University Chile Pepper Institut telah mengenalpasti ia sebagai lada @ Cili baru yang paling hangat di planet ini.

Spesies tersebut ialah cili Trinidad Moruga Scorpion yang bersaiz bola golf. Ujian yang dijalankan oleh Chile Pepper Institute dengan menanam berbagai jenis cili dan menganalisa kandungan capsaicinoids;kompaun yang menghasilkan sensasi pedas/panas.

Menurut seorang pakar penganalisis senior di pusat kajian itu,mereka menggunakan empat lapis sarung tangan lateks semasa memetik kerana kandungan capsaicinnya mampu menembusi sarung tangan.

Pengarah Institut Chile Pepper, Paul Bosland berkata, kajian itu turut dijalankan terhadap beberapa jenis baka lada yang dikatakan mempunyai reputasi paling pedas di dunia termasuk Trinidad Scorpion, 7-pot,
Chocolate 7-pot dan Bhut Jolokia.

Bhut Jolokia merupakan pemegang rekod dunia sebelum ini yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2007.




#Korangtautak? fakta yang menarik ialah kepedasan cili bergantung pada cuaca tempat ia tumbuh. Sekiranya cuaca panas dan kurang mendapat air,cilinya lebih pedas.

Jom follow twitter @KorangTauTak? banyak twit2 yang menarik untuk di kongsikan kepada anda semua. [SINI]
Adbox