Breaking

Tuesday, December 13, 2011

GEMPAR! - Kuala Lumpur ‘Lumpuh’ Akibat banjir Kilat

TAOTAUAJER - Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.


Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.




Lebih 30 orang kanak-kanak terperangkap dalam sebuah tadika akibat banjir yang berlaku di sekitar TM Training Centre dekat Jalan Semarak petang ini.

Jurucakap Bomba Kuala Lumpur berkata pihaknya menghantar dua bot untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit secara berperingkat.

.
Adbox