Breaking

Wednesday, July 27, 2011

Wow | MALAM RAMADHAN 2011 bakal INDAH DIHIASI HUJAN METEOR Sambut Bulan Puasa 1432H

TAOTAUAJER - Wow...malam ramadan 2011 bakal di hiasi indah dengan hujan meteor bagi Sambut Bulan Puasa 1432H. Pasti sangat indah pada malam tu kalau dapat saksikan fenomena ini, tao pon tak pernah lagi saksikanyer dengan mata kepala sendiri lagi.


Tau tak, Malam Ramadhan 2011 bakal dihiasi indah dengan Hujan Meteor bagi Sambut Bulan Puasa 1432H yang tiba.

Dua Fenomena hujan meteor ini akan dijangkakan berlaku pada malam Ramadhan 2011 tepatnya pada Sabtu, 13 Ogos 2011, iaitu hujan meteor Perseids dan Delta Aquarids. Kedua hujan meteor tersebut akan dilengkapi dengan bulan purnama, tapi sayang nyer mungkin akan mengganggu panorama hujan meteor tersebut.

Fenomena hujan meteor Delta Aguarids akan berlaku pada saat puncak hujan meteor Perseids terjadi. Keduanya akan menghasilkan 15 hingga 30 bintang jatuh per jam. "Walaupon ada bulan terang , tetapi masih lagi dapat melihat hujan Delta Aquarids," kata Raminder Singh Samra, astronom dari H.R. MacMillan Space Centre di Vancouver, Kanada.

Perseids pulak akan dimulai dengan sekitar lima meteor per jam. Mereka dapat dilihat dua minggu sebelum pertengahan ogos. Sewaktu fenomena hujan meteor di malam Ramadhan 2011 1432H dianggarkan ada 60 hingga 120 meteor. Korang boleh saksikan fenomena ini mulai pukul 2 pagi sampai subuh. Buruj Perseus berada di arah timur laut dengan ketinggian 30 darjah. Sementara itu, aktiviti Delta Aquarids akan berlaku pada akhir Julai dan awal Ogos.

Hampir seluruh orang di dunia dapat melihat hujan meteor ini. Hujan dapat terlihat dengan jelas di daerah yang gelap, jauh dari gemerlap kota.

Hujan meteor Delta Aquarids dan Perseids terjadi karena atmosfera Bumi menghampiri awan yang terbentuk dari butiran-butiran partikel yang dilepaskan komet. Setiap partikel masuk ke atmosfera dengan kecepatan 150.000 kilometer per jam sehingga terbakar dan menghasilkan cahaya.

Maklumat lanjut pasal fenomena ini akan tao cari dan akan tao updateskan buat pembaca semua sebelum menjelang Ramadan. Ikut Page taotauajer untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ramai yang tak tau lagi tentang Fenomena ini share kan pada rakan-rakan anda di Facebook !


Photobucket
SUMBER | kompas.com
Adbox