Breaking

Tuesday, April 5, 2011

OMG Gempar | Gempa bumi kuat landa Jawa Tengah

Kali ini indonesia pula gempar dengan berita yang gempar dimana Jakarta di landa gempa bumi kuat di Jawa Tengah awal pagi semalam.

PENDUDUK berpusu-pusu pulang ke rumah selepas amaran tsunami ditarik balik di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia, semalam.

Pihak berkuasa Jakarta turut mengeluarkan amaran awal tsunami dimana menyebabkan beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan yang tinggi.


BOT nelayan terdampar di tepi laut apabila nelayan menghentikan sementara aktiviti mereka akibat gempa bumi di Cilacap, Jawa Tengah, semalam.

Menurut pihak berkuasa tiada laporan kecederaan atau kerosakkan yang berlaku di Cilacap, Jakarta.

Berikutan amaran tsunami yang dikeluarkan, kebanyakan penduduk di Cilacap yang berhampiran dengan titik gempa bumi melarikan diri ke masjid besar. Berikutan daripada kes lepas dimana Masjid terselamat dari tsunami Acheh.

Walaubagaimanapun amaran tersebut ditarik balik dan penduduk terbabit kembali bersorak dan berpelukan antara satu sama lain malahan ada yang melutut tanda bersyukur.

mereka harus beringat mungkin itu adalah amaran awal bagi tsunami, mungkin esok-esok bakal dilanda tsunami..so jgn happy-happy sangat dengan apa yang berlaku hari ini.

Kata mereka:

"Kami semua amat takut selepas melihat apa yang berlaku di jepun dan juga di Aceh pastinya.

"Tetapi Tuhan mendengar doa kami dan menyelamatkan kami," kata Sukitno seorang penduduk tersebut.

Jabatan Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata gempa bumi sekuat 6.7 skala richter yang melanda pada jam 3 pagi berkenaan berpusat 318 kilometer di selatan Jawa dan 24 kilometer dari pentas lautan.

Jepun dan Indonesia terdedah kepada ancaman gempa bumi berikutan kedudukan kedua-dua negara di lokasi Lingkaran Api Pasifik. – AP

Berita selanjutnya di BeritaHarian online

Photobucket
SUMBER | BeritaHarian online
Adbox