Breaking

Wednesday, April 20, 2011

Omg | Bag tangan dihasilkan dengan cara yang kejam


Ini lagi satu kes, seperti penganayaan binatang....kulit buaya la pulak!!

LONDON - Sebuah beg tangan kulit rekaan selebriti terkenal, Victoria Beckham didakwa dihasilkan secara kejam dengan diperbuat daripada kulit buaya yang disiat semasa haiwan itu masih hidup, menurut kumpulan pencinta haiwan, semalam.

Namun jurucakap kepada isteri pemain bola sepak terkenal, David Beckham itu memberi jaminan bahawa penghasilan beg mewah buatan Itali berharga 18,000 pound (RM89,000) itu mengikut prosedur dan etika yang ditetapkan.

Bagaimanapun, kumpulan pencinta haiwan, :People for the Ethical Treatment of Animals: (PETA) menyangkal kenyataan itu dan menegaskan haiwan eksotik sering kali diseksa sebelum dijadikan aksesori.

Sebagai contoh, buaya di Amerika Syarikat dipelihara dalam kurungan yang sesak dan kotor serta digantung sebelum kulitnya disiat serta dibunuh dengan cara kejam bagi mendapatkan kulitnya.

Photobucket
Adbox