Breaking

Wednesday, March 9, 2011

Wow | Zuckerberg buka akaun Facebook untuk anjing

Macam - macam la dunia sekarang nieh... Anjing pon ade facebook, maybe sebab Zuckerberg sayangkan sangat anjing nye kot.

PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg membuka akaun Facebook untuk seekor anak anjing yang baru dipeliharanya, lapor sebuah akhbar semalam.

GAMBAR dalam laman Facebook menunjukkan Mark Zuckerberg berdiri bersama kekasihnya, Pricilla Chan yang mendukung seekor anjing di rumah mereka di Palo Alto, California.

Laman Facebook istimewa itu memaparkan gambar-gambar Zuckerberg, 26, memeluk anjingnya yang dinamakan Cilla, di kediamannya di sini, negeri California.

Walaupun Zuckerberg digelar antara bilionair termuda dunia, gambar-gambar dalam akaun Facebook tersebut menunjukkan dia tinggal di sebuah rumah sewa sederhana dan memiliki sebuah kereta yang juga berharga sederhana.

Bilionair itu tinggal di kediaman tersebut bersama teman wanitanya, Priscilla Chan.

Setakat ini, lebih 2,000 orang telah mengklik bahawa mereka menyukai laman Facebook tersebut

Adbox