Breaking

Tuesday, February 15, 2011

Omg | Pisau tertusuk di bawah mata

BEIJING – Seorang budak lelaki di China, Ren Hanzhi bernasib baik apabila beberapa doktor berjaya menarik keluar pisau yang tertusuk di bawah matanya dalam satu pembedahan, lapor sebuah akhbar semalam.


Pisau itu tertusuk di bawah mata Hanzhi semasa dia mengupas sebiji buah epal di Zhumadian, tengah China di wilayah Henan, China baru-baru ini.

Selepas ditusuk, darah mengalir menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital sebelum dipindahkan ke sebuah lagi hospital.

Ketua doktor bedah, Peng Liwei kemudian berjaya menarik semula pisau sepanjang 20 sentimeter itu.

Budak berusia 13 tahun itu kini dilaporkan sedang menjalani pemulihan selepas dia dibedah. – Agensi

Berhati-hatilah anda ketika mengendalikan pisau, jangan bermain-main dengan pisau anda mungkin mengundang padah.
Adbox