Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Air adalah bahan yang penting didalam badan dan sangat diperlukan untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh atau keringat yang sempurna.


Air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan.

Air adalah penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam se-sel badan.

Air adalah penting untuk fungsi penghadaman makanan dan pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit.

Ia juga membantu mengekalkan PH yang seimbang didalam badan anda. PH badan yang asidik akan melambatkan pembakaran lemak.

Anda tidak digalakkan untuk minum pada waktu-waktu ini untuk memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik. 7 waktu tersebut adalah:

1. Sebaik saja bangun tidur. Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.

2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).

5. Sewaktu tengah makan. Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.

6. Sebelum atau sesudah makan. Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan. Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Apa akan jadi kalau terlebih minum pula?

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Buah pinggang anda pula perlu bekerja lebih masa untuk menapis air yang berlebihan keluar dari  istem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah  terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda 
boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan 
kematian.

Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.



- - - - - -
TAOTAUAJER - Ada sesetengah orang suka sangat kunyah ais. Sepertinya ia sudah menjadi tabiat apabila minum air yang berais, pasti ais akan dikunyah sampai habis. Bahaya tak kunyah ais? Dan apa yang menyebabkan seseorang suka kunyah ais?



Menurut salah seorang doktor yang menjadi pengasas kepada MedTweetMY iaitu sekumpulan doktor-doktor pakar yang banyak membantu menerangkan kepada masyarakat tentang masalah kesihatan iaitu Dr Khairul Hafidz habit kunyah ais adalah petanda kepada anemia.



Apa itu anemia? 

Anemia adalah berkurangnya jumlah sel darah merah atau kandungan hemoglobin didalam darah. Hemoglobin (Hb) adalah suatu senyawa protein pembawa oksigen didalam sel darah merah. Sel darah merah di produksi di sumsum tulang.

Tabiat mengunyah ais ini pula dinamakan Pagophagia

Pagophagia is a form of the disorder pica involving the compulsive consumption of ice or iced drinks. It has been associated with iron deficiency anemia, and shown to respond to iron supplementation, leading some investigators to postulate that some forms of pica may be the result of nutritional deficiency.

‘Pica’ adalah satu term perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya.

Orang yang suka kunyah ais juga adalah pentanda badan mereka kekurangan zat besi. Jadi, jika anda atau sesiapa yang anda kenali suka sangat kunyah ais, lebih baik bawa pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bahaya Anemia yang sangat parah boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian. 


- - - -
TAOTAUAJER - Kebanyakan saintis belum benar-benar mengetahui dengan mendalam tentang igauan malam namun ia bukanlah kerana mereka tidak pernah mencuba untuk mencari jawapannya.


Mimpi buruk kadangkala adalah begitu subjetif, tersendiri dan kompleks di mana bukan mudah untuk seseorang itu mengkajinya dengan sempurna.

NAMUN KEPADA SEMUA SAINTIS YANG TIDAK BERJAYA UNTUK MEMAHAMI TENTANG IGAUAN MALAM ANDA, ADA BEBERAPA PERKARA PENTING YANG DIKETAHUI OLEH MEREKA YANG BENAR-BENAR BOLEH MEMERANJATKAN ANDA ATAUPUN MUNGKIN JUGA BOLEH MENAKUTKAN ANDA…

1. MEREKA BUKANLAH LITERAL SEMATA-MATA

Saintis yakin bahawa kebanyakan igauan buruk adalah berpunca daripada kebimbangan atas sesuatu, namun tiada tafsiran literal yang khusus tantang apa yang benar-benar mengganggu anda.

Sebagai contoh kejadian serangan seperti 9/11 ia menunjukkan peristiwa tersebut masih meninggalkan kesan trauma kepada ramai orang terutamanya mereka yang berada di Amerika Syarikat.

2. TIADA SIAPA DENGAR JERITAN ANDA

Jika anda perhatikan di dalam filem atau drama televisyen, kebanyakan orang yang sedang mengalami mimpi ngeri akan meronta-ronta di atas katil mereka.

Namun keadaan sebenar adalah cukup berlainan sekali, kerana tubuh kita seolah-olah tidak dapat digerakkan dan kita tak akan mampu untuk menjerit mahupun melakukan apa-apa pun.

Ini kerana ketika kita sedang mengalami mimpi, segala otot-otot kita dilumpuhkan kecuali mata dan organ yang digunakan untuk kita bernafas.

perkara sebenar

3. MIMPI NGERI ADALAH PERLAKUAN KITA YANG SEBENAR

Ada pelbagai pendapat dan teori tentang mengapa kita mengalami mimpi. Kebanyakan saintis mempercayai kita mengalami mimpi kerana ia adalah tindakan refleks minda di bawah sedar.

Manakala ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah minda kita yang sedang berjalan ketika tubuh kita sedang berehat.

Mimpi dikatakan adalah salah satu CARA bagaimana minda anda ingin mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah ataupun menangani emosi yang tertekan. 

4. ANDA BOLEH MENGAWAL MIMPI ANDA

Pernahkah anda mendengar tentang terma “mimpi waras”? Mimpi seperti ini boleh dilakukan namun perlulah dengan banyak latihan.

Mimpi waras dikaitkan dengan mimpi yang mana anda sendiri berupaya untukmengawal hala tuju mimpi anda itu dan anda juga tahu bahawa anda sedang mengalami mimpi tersebut.

Ketika seseorang itu boleh mengawal mimpi mereka, mereka juga akan terus bangkit apabila mereka mengetahui bahawa mereka sedang bermimpi. 

5. ADA YANG LEBIH MENYERAMKAN DARI MIMPI NGERI

Ketakutan waktu malam adalah amat jarang dialami oleh mereka yang dewasa namun ia adalah pengalaman yang cukup menakutkan bagi para ibu-bapa berbanding anak-anak mereka yang mengalaminya sendiri.

Anda akan mendapati anak-anak anda menjerit dan mata mereka pula terbeliak. Suatu keadaan yang cukup menggerunkan!

Ketakutan malam sering berlaku apabila kita berada pada tahap 4 dalam dunia bawah sedar kita oleh itu amat sukar untuk kita mengejutkan orang yang sedang mengalaminya kerana mereka juga tidak sedar bahawa mereka mengalami perkara tersebut. 


- - - - -
TAOTAUAJER - Bibir yang halus kemerahan menjadi idaman setiap wanita dan menjadi kegilaan setiap lelaki bila wanita berbibir cantik tetapi agak malang jika bibir kita kekeringan.


Tahukah anda bibir kering mengelupas bukan disebabkan kerana kekurangan air. Nak tau kenapa?
Okay disini tao ade kongsikan lagi beberapa tips kesihatan boleh dikatakan tips kecantikan jugak laa..

Mata kering : Kurang vitamin A, karotin
Bau mulut : Kurang vitamin B6, zinc
Gigi tidak kuat : Kurang vitamin A, kalsium, zat besi
Bibir kering atau mengelupas : Kurang vitamin A, vitamin B2
Anemia, tangan atau kaki dingin : Kurang vitamin B6, asam folat
Mudah lelah dan tidak bersemangat : Kurang vitamin B1, B2, B6
Keguguran atau masalah rambut : vitamin A, vitamin B6, zinc, kalsium

Jom kita baca kepetingan vitamin dan zat-zat dalam badan kita supaya kita boleh elak dari sebarang penyakit terutama bibir kering mengelupas.

1. Ulser dan radang mulut : Kurang vitamin B2
Ulser atau radang biasanya disebabkan kerana dalam tubuh kekurangan vitamin B2 yang dapat membantu penyembuhan luka.

Vitamin B2 sangat penting peranannya bagi kesihatan kulit & rambut, namun ia tidak boleh tersimpan di dalam tubuh dengan sendirinya, oleh kerana itu diperlukan makanan yang bergizi atau suplemen untuk melengkapinya dengan sempurna.

Sumber : Setiap hari setidaknya minum 250cc susu, makanan seperti kacang tanah, dll.

2. Tubuh lemah : Kurangan zink
Ciri-ciri : Kekebalan tubuh menurun, kehilangan nafsu makan, pertumbuhan lembab, rambut gugur, fungsi alat perasa akan menurun.

Jika anda terasa kurang selera atau tidak lalu makan kemungkinan badan anda kekurangan zinc.

Sumber : Daging lembu atau kambing kaya akan kandungan zinc, nak senang pi makan steak.hehehe

3. Penyakit mata : Kurang vitamin A
Vitamin A bukan hanya faktor penting yang dapat menjaga kesihatan mata, namun ia juga penting bagi sistem pencernaan dan pernafasan. Vitamin A mampu mencegah bakteria atau virus yang membahayakan tubuh kita.

Oleh kerna itu apabila anda kekurangan vitamin A, selain dari mata anda ada perubahan yang teruk,ia juga mampu membahayakan sistem pernafasan dan pencernaan.

Sumber : Setiap hari makan sedikit kerang, sayur sawi atau makan hati 1-2 kali setiap minggu.

4. Mudah emosi : Kurang zat besi
Kekurangan zat besi bukan hanya dapat menyebabkan anemia, namunia juga bisa membuat emosi anda sangat tidak stabil dan mudah marah serta naik angin tidak menentu.

Zat besi sangat penting untuk membantu tubuh kita memproses sel darah merah, khusus bagi perempuan yang sedang datang bulan, zat besi akan semakin penting untuk menambah kesegaran tubuh dan mencegah emosi yang tidak stabil serta menyebabkan anda terus dalam keadaan down atau suram.

Sumber : Daging merah seperti daging lembu atau kambing, telur ayam, kacang, sayur hijau, selain itu anda juga harus perbanyak makan vitamin C yang baik untuk penyerapan zat besi.

5. Kaki bengkak : Kurang kalium
Kalium sangat penting untung mengatur keseimbangan darah dan air di dalam tubuh.

Kekurangan kalium dalam jangka panjang dapat menyebabkan aritmia, keadaan saraf yang tidak normal, seperti ketika anda kekurangan air setelah bersukan. Kekurangan kalium juga boleh menyebabkan mudah kram, dalam jangka panjang boleh menyebabkan bagian tubuh bengkak, terutama di bahagian kaki.

Sumber : Kita boleh menambah kalium dari pisang setelah bersukan untuk mencegah kram, selain itu buah-buahan dan sayuran juga boleh menambah kalium bagi tubuh.

6. Badan pegal-pegal/sakit : Kurang vitamin D
Orang yang kurang terkena sinar matahari dan kekurangan vitamin D akan lebih mudah mengalami sakit badan atau sengal. Vitamin D nutrisi tubuh yang tidak dapat disintesis, jadi sangat penting untuk memenuhi kebutuhannya.

Vitamin D juga penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

Sumber : Memakan ikan berminyak 2 kali seminggu seperti ikan salmon atau sardin, selain itu anda juga harus berjemur di bawah sinar matahari untuk dapat vitamin D, ada sesetengah pakar cahaya matahari sebelum jam 10 pagi waktu sesuai.


- - - -
TAOTAUAJER - Kiamat merupakan rukun iman ke lima yang dipercaya umat Islam pasti akan terjadi. Namun tidak satu pun makhluk mengetahui bila peristiwa akhir kehidupan alam dunia tersebut akan berlaku.


Akan tetapi Allah SWT melalui Rasulullah SAW sudah mengabarkan tanda-tandanya. Mekah menjadi salah satu kota di muka bumi yang disebut Nabi akan menunjukan tanda bahawa kiamat sudah dekat.

Pertanda yang disebutkan nabi ini dahulu dianggap mustahil terjadi. Namun apa yang ada di Kota Mekah saat ini benar-benar menunjukan keadaan seperti apa yang diperkatakan oleh Nabi Muhammad dahulu.

Tanda-tanda kiamat tersebut benar-benar sudah muncul di Mekah. Apa saja? Berikut ulasannya!

1. Bangunan Tinggi Melebihi Gunung


Nabi Muhammad SAW mengabarkan bahawa salah satu tanda bahwa kiamat sudah dekat adalah ketika di banyak bangunan yang tingginya melebihi gunung.

Dalam sebuah riwayat dijelaskan bahwa bangunan-bangunan tingginya begitu menjulang. Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang unta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata:

"Apabila anda telah melihat galian-galian besar di Mekah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahawa kiamat telah mendekatimu." (HR. Ibnu Abi Syaibah dan al-Arzaqi)

2. Gunung-Gunung di Mekah Mulai Berlubang


 Nabi juga menjelaskan bahawa kiamat akan terjadi jika gunung-gunung di Kota Mekah sudah berlubang. Hal ini tentu sukar dipahami oleh masyarakat pada masa kehidupan Nabi. Namun ternyata hal itu sudah terjadi saat ini.

Gunung-gunung di Kota Mekah kini sudah berlubang dalam bentuk terowongan. Mekah juga dipanggil Kota Terowongan karana memiliki puluhan terowongan. Pada 2011 saja, Mekah memulai pembinaan 55 terowong. melalui pegunungan dan sejumlah ruas jalan.

Rasulullah SAW bersabda "Jika kamu lihat gunung-gunung di Mekah ada lubang yang menembusinya".

3. Bayangan Kabah Tidak Lagi nampak


Baginda Rasulullah SAW juga bersabda bahwa kiamat akan terjadi jika Al-Sa’ah telah membentang bayangannya sehingga bayangan Kabah tidak lagi nampak. Al-Sa’ah merupakan salah satu dari pengertian kiamat.

Sementara di Arab, Al-Sa’ah juga bermaksud sebagai jam. Kerana itu Sheikh menyatakan secara langsung waktu kiamat yang hampir juga terjadi apabila bayang menara jam menutupi Kabah.


- - - - - -