Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - KALAU ditanyakan apakah makanan yang menjadi fenomena sekarang, pastinya hampir kesemua jawapan terarah kepada ais krim pasu yang mencipta kegilaan tersendiri kebelakangan ini.



Namun tahukah anda terdapat satu posting di Facebook mengatakan, penggemar ais krim pasu berkemungkinan besar berisiko tinggi menghidap penyakit kanser.

Posting yang memetik sumber daripada pakar pemakanan mendakwa pasu yang digunakan untuk meletak ais krim itu diperbuat daripada bahan chemical grade dan bukan food grade seperti bekas makanan biasa.


Chemical atau bahan kimia yang terdapat pada bahan pasu tersebut tidak mudah dibersihkan dengan air dan sebarang perubahan pada suhu terutamanya dikatakan mampu mengubah kandungannya.

Yelah, kalau dilihat pun memang pengusaha ais krim pasu menggunakan pasu khas untuk menanam tumbuh-tumbuhan dan bukan bekas makanan.

Jadi lepas baca posting ini, adakah anda masih lagi berani mahu mencuba ais krim pasu?

Terpulanglah… tapi rasanya pengusaha ais krim pasu sendiri perlu berbuat sesuatu untuk menjamin kesihatan pengguna dan anda juga.

TAOTAUAJERSemua makanan manis-manis ni semua pun boleh jadi penyebab kenser.. tak kira lah aiskrim letak dalam pasu ke, gula-gula ker...kan kita tau secara saintifik sel kenser boleh membiak dengan pengambilan gula yang berlebihan...bukan setakat aiskrim pasu je...


- -
TAOTAUAJER - Kalau Allah murka, Allah boleh mencipta pelbagai jenis musibah untuk memberi peringatan atas kealpaan kita, walaupun negara kita aman dan nampak macam tiada bala bencana seperti puting beliung, gunung berapi dan lain-lain lagi.


Kenaikkan harga tidak kira harga minyak mahupun harga bagi barang-barang keperluan yang lain juga adalah suatu musibah yang sangat dahsyat dikala keegoan manusia menerpa.

Apabila Allah datangkan suatu musibah, maka orang yang baik, soleh, dan solehah pun akan terkena tempiasnya. Semua orang akan merasa musibah tersebut kecuali mereka yang Allah lindungi kerana ada amalan yang Allah suka.

Mungkin kita tidak sedar bahawa kita telah banyak melakukan pembaziran dalam perbuatan kita seharian seperti air, makanan, elektrik dan lain-lain perbuatan lagi.

Yang paling dahsyat ialah apabila kita membuang rezeki ke dalam tong sampah. Lebih-lebih lagi butiran nasi. Nasi atau rezeki adalah perkara yang mulia. Perkara mulia yang tidak boleh diletakkan pada tempat yang hina seperti di dalam tong sampah.

Apabila kita menghina butiran nasi dan rezeki yang kita perolehi, maka setiap butiran itu akan berdoa kepada Allah. Oleh itu, Àllah akan membuat keputusan-Nya untuk menghina pada kita balik.

Sila habiskan butiran nasi dan makanan, sekiranya tidak habis dimakan, maka jangan sesekali buang ke dalam tong sampah. Sebaik-baiknya, berilah kepada binatang-binatang lain seperti kucing, ayam, itik, burung dan ikan. Kalau tidak jumpa binatang-binatang tersebut, maka boleh juga diletakkan berhampiran pada pokok-pokok di sekeliling tempat tinggal anda untuk dijadikan makanan semut, cacing dan pokok-pokok yang ada di situ (baja organik).

Sambil-sambil itu ucapkanlah istighfar dan bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki lebihan yang anda perolehi pada hari ini serta berdoalah supaya orang-orang yang tidak senasib dengan anda seperti di Syria dan di mana-mana negara yang penduduknya tidak cukup makan dalam sehari ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan memperolehi rezeki yang cukup untuk keperluan harian mereka. Amin.

TAOTAUAJER : Saya bercakap untuk diri saya dan anda-anda sekalian dan bermuhasabahlah diri kita semoga Allah memberi taufiq dan hidayah serta maghfirah kepada kita agar kita tidak tergolong di dalam orang-orang yang kufur pada nikmat Allah. 

- -
TAOTAUAJER - ANTARTIKA - Pentadbiran Aeronautik & Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memuat naik beberapa keping gambar yang menakjubkan, bongkah ais terbalik yang berwarna hitam di lamannya.


Gambar yang menunjukkan bahagian permukaan bawah sebuah bongkah ais yang sangat menakjubkan dengan beberapa ekor penguin berada di atasnya.

Corak-corak menakjubkan yang terdapat pada bongkah ais itu sebenarnya adalah unsur-unsur yang terdapat dalam lautan sejak beratus-ratus tahun dahulu, menurut kata para penyelidik.


“Bongkah ais itu mengandungi mendapan dan mineral-mineral berusia ratusan tahun yang dibawa oleh tiupan angin dan ia bertindak sebagai lapisan ais tersebut apabila terbalik.

“Peluang menyaksikan pemandangan sebegini umpama berada di dalam mimpi,” kata Nasa

Gambar pemandangan itu dirakam di Lembah Aisberg, satu kawasan di barat Laut Weddell di mana banyak bongkah ais bergerak ke arah timur laut di sekitar pusaran air laut tersebut.

Photograph by Ethan Norris, National Science Foundation.

TAOTAUAJER : Kejadian bongkah ais terbalik amat jarang berlaku tetapi apabila berlaku, kesannya cukup dahsyat kerana boleh menghasilkan tsunami yang bakal mengancam kapal-kapal berdekatan, 
- - - - - -
TAOTAUAJER - Ternyata bahawa fakta dan rahsia disebalik pembinaan Piramid di Mesir telah terbongkar. Ramai yang beranggapan bahawa piramid telah dibina sewaktu pemerintahan kerajaan Firaun Khufu atau Cheops.


Namun yang sebenarnya piramid tersebut telah lama dibina berkurun oleh kerajaan yang sebelumnya. Ternyata firaun-firaun Mesir hanya membaik pulih piramid yang diwarisi oleh mereka sahaja.

Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.

Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat.


Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.

Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.

Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Rahsia Piramid

Berdekatan dengan Great Pyramid of Giza ada batu lantai hitam. Apabila dilihat dengan dekat kesan-kesan keratan pada batu-batu tersebut, ia seumpama dikerat dengan mesin zaman moden. Lihat contoh-contoh seperti di bawah;


Batu seolah-olah dikerat dengan mesin moden

Pada tapak-tapak piramid yang lain pula, ada lubang-lubang yang ditebuk pada batu, yang seolah-olah mustahil ditebuk dengan tangan, melainkan menggunakan mesin seperti mesin moden.


Lubang pada batu seolah ditebuk dengan mesin moden

Ada lukisan seperti mentol lampu yang besar dalam piramid Mesir. Adalah dipercayai pencahayaan di dalam piramid ketika itu adalah dengan menggunakan mentol lampu tanpa wayar.

Konsepnya sama seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nicola Tesla dalam World’s Fair di Chicago tahun 1893.


Antenna tanpa wayar

Ada ditemui barang yang mana dikatakan oleh ahli arkeologi sebagai arca atau ukiran, tetapi bagi ahli-ahli sains kejuruteraan menganggapnya sebagai salah satu komponen dari sebuah mesin. Seperti dalam gambar di bawah, bentuknya pun nampak seperti disk yang mungkin adalah komponen sesebuah mesin. Dan ditemui juga satu batang silinder yang muat jika dipadankan dengan bulatan di tengah disk di bawah. 


Sebuah arca atau komponen mesin?

Banyak kaedah matematikal yang berkaitan piramid di Mesir adalah sangat canggih dan menakjubkan. Sebagai satu contoh, ketinggian Piramid Besar di Mesir (Giza) adalah 149.4 meter, manakala jarak di antara Bumi dan matahari adalah 149. 4 juta kilometer tepat.

Chris Dunn, seorang jurutera pengilangan mengatakan bahawa wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan. Ianya bukan hasil kerja tangan dengan menggunakan tukul dan pahat, kerana pembuatannya begitu tepat.

Bagaimana sebuah patung yang sangat besar boleh diukir dengan simetri kiri dan kanan pada zaman yang dikatakan kuno?


Wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan

TAOTAUAJER :  Yang wajib kita percaya tanpa ragu hanyalah Al-Quran dan Hadits-hadits shahih dari Nabi S.a.w. Selain dari itu hanyalah hasil kajian manusia biasa yang mungkin ada cacat-celanya. Bagi yang suka boleh terus mengkaji dan memerhati serta berfikir tentang alam ciptaan Allah Yang Maha Esa, dan yang tidak suka hanya perlu abaikan saja. Wallahu a’lam.


- - - - - -
TAOTAUAJER -  Akhirat merupakan destinasi yang terakhir buat umat manusia, namun malangnya ianya seakan dilupakan oleh umat manusia sekarang ini dan persediaan untuk memasuki ke alam sana seakan diabaikan.


Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:

Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!”

Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!” Mereka berkata kepadanya:

“Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata:

“Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?” Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata:

“Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

“Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”



- - -