Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Setiap tahun, sebuah taman di kaki bukit Gunung Austrian Hochschwab , bertukar menjadi sebuah kolam, dengan kesemua denai dan kerusi diselami bawah air. 


Sangat menakjubkan.. sehingga seorang jurugambar Marc Henauer berkata yang ia seperti hari kiamat. Tetapi ia sebenarnya adalah fenomena yang disebabkan oleh salji yang cair dan bertakung di taman ini.

Setiap tahun, taman ini bertukar dari tempat untuk pendaki gunung kepada untuk tempat untuk perenang. Taman ini terletak di tepi GrĂ¼ner See (Green Lake), dan merupakan tempat utama tumpuan pelancong. Pada musim bunga, salji diatas gunung Hochschwab mula cair, dan air itu mengalir ke kolam ini, dan kesemua tempat jalan, kerusi, dan juga pokok diselami air.

Tasik ini mempunyai kedalaman 1-2 meter dan seluas 2000 kaki persegi, tetapi boleh mencapai kedalaman 10-12 meter dan seluas 4000 kaki persegi. Menurut Marc Henauer, emosi yang dialaminya apabila didalam sebuah taman yang diselami sangat unik, dan hanya dapat dialami di sini. Fenomena ini hanya berlaku untuk 3-4 minggu setahun.

Jadi apa yang sedang anda menunggu lagi? Lihat lagi gambar di bawah ... 


TAOTAUAJER : Subhanallah... indah sungguhkan.. betapa betuahnya kita dapat melihat permandangan dalam tasik ini.. walaupun sekadar gambar sudah cukup untuk kita mengagungi kuasa Allah...

- - - - - - - -
TAOTAUAJER - Kita baru jer dikejutkan dengan berita penemuan mangsa pesawat QZ8501 yang hilang beberapa hari lepas... hari ini kita digemparkan pulak dengan berita insiden terkini yang melibatkan sebuah lagi pesawat milik Airasia.


Iaitu Pesawat Z2272 Airbus A320 yang tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang Kalibo, Filipina. Kejadian itu disahkan oleh laman web penerbangan terkenal Flighradar24.com melalui twitter.


Penerbangan Z2272 itu berlepas dari Manila pada 7.10 malam waktu tempatan. Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Berikut adalah gambar-gambar (Sumber Fligthradar24, @Jetdsantos):

- -
TAOTAUAJER - Mayat yang telah kembung turut ditemui berhampiran kawasan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 mengakhiri tanda tanya nasib pesawat itu yang hilang sejak Ahad lepas.


Pada awalnya pesawat dalam misi pencarian menemui 10 objek mirip pintu pesawat, jaket keselamatan dan juga gelongsor kecemasan dalam lingkungan 10km persegi di sekitar perairan Kalimantan.

Anggota pasukan Badan Mencari Dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) dilihat diturunkan dari helikopter untuk mengambil mayat berkenaan yang berupa seorang lelaki.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat di perairan Selat Karimata. 6 Mayat ditemui, 3 mayat sudah dievakuasi.

"Ada lebih dari satu mayat yang ditemukan," kata Kabasarnas Marsekal Madya FHB Soelistyo ketika dihubungi media.


Ahli keluarga penumpang pesawat QZ8501 akan diterbangkan esok ke lokasi pencarian.

Bagaimanapun, setakat ini dilaporkan hanya satu mayat itu sahaja yang ditemui terapung di kawasan penemuan serpihan itu.

Pesawat Airbus A320-200 dikendalikan oleh syarikat penerbangan AirAsia Indonesia ketika hilang sedang dalam penerbangan ke Singpura dari Surabaya, membawa bersama 162 orang.

Hari ini telah masuk hari ketiga pesawat berkenaan hilang selepas terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia kira-kira pukul 7.24 pagi Ahad. 
sumber : Mynewshub

TAOTAUAJER : Salam Takziah dan sedekahkan Al-Fatihah pada mangsa Air-Asia...


- - - - - -
TAOTAUAJER - Pangkalan Bun: Beberapa bahagian pesawat termasuk pintu pesawat dikesan ketika pencarian melalui udara, lapor AFP.


"Kami mengesan kira - kira 10 objek besar dan beberapa objek kecil berwarna putih," kata Marsekal Muda Tentera Udara Indonesia Agus Dwi Putranto.


Menurutnya, lokasinya adalah 10 kilometer daripada lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan radar di sekitar kawasan Pontianak dan Bangka Belitung," katanya.

Pasukan SAR kami, iaitu pesawat Kalibrasi Kementerian Perhubungan melihat adanya serpihan pesawat berwarna putih dan merah di perairan Pangkalan Bun,” kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo di Jakarta hari ini.

Beliau menjelaskan, penemuan serpihan pesawat tersebut berada di koordinat 03.52,50 Selatan dan 110.30,53 Timur.

Serpihan kedua, 03.52,73 Selatan dan 110.30,18 Timur.

Ketiga, 03.53,62 Selatan dan 110.29,39 Timur di perairan Pangkalan Bun.


Kedudukannya di sekitar 100 batu dari pelabuhan Pengkalan Bun iaitu radius 225 darjah. Maklumat ini sudah diselaras pihak Badan SAR Nasional (Basarnas) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI),” katanya.

GAMBAR Korban AirAsia QZ8501, Tim SAR Temukan Korban AirAsia QZ8501, GAMBAR MAYAT PENUMPANG PEWASAT AIR ASIA QZ8501

Petugas menunjukkan gambar serpihan diduga PESAWAT QZ8501yang ditemukan di perairan selatan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Beliau turut menunjukkan 10 keping gambar yang menunjukkan sebuah pintu pesawat, peluncur keselamatan pesawat dan objek berbentuk segi empat tepat.

Seorang jurukamera AFP yang berada dalam pesawat yang sama memaklumkan dia melihat beberapa objek berbentuk rakit keselamatan, jaket keselamatan dan beberapa tiub panjang berwarna oren.

Manakala Pasukan tentera udara Indonesia melaporkan menemui objek yang dipercayai tubuh manusia di kawasan perairan Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam, Kalimantan Barat - Detik News

Gambar yang dipercayai tubuh mangs pesawat QZ8501

TAOTAUAJER : Bersama kita doakan kesemua penumpang dan anak kapal.‪#‎prayforQZ8501‬ nantikan lagi update yang bakal menyusul...


- - - - -
TAOTAUAJER - Bertembung dengan seekor buaya di siang hari sudah cukup menakutkan apatah lagi pertembungan dengan sekumpulan buaya pada waktu malam gelap gelita! Langkah seribu jawabnya! Haha.


Tetapi, bagi jurufoto Larry Lynch, beliau mengambil peluang tersebut dengan menghasilkan karya fotografi yang menarik dan menggerunkan. Tunggulah sehingga anda melihat pasangan mata buaya-buaya yang berjaya dirakamnya dalam gambar-gambar tersebut....Sangat menakutkan!


Mata buaya-buaya ini sebenarnya bukanlah berwarna merah, tetapi ia kelihatan begitu kerana ada reseptor khas di dalam mata haiwan tersebut yang digunakan ketika dalam kegelapan atau dalam keadaan yang kurang cahaya. Reseptor tersebut mempunyai fungsi yang hampir sama seperti mata kucing tetapi ia memantulkan warna merah berbanding reseptor mata kucing yang memantulkan warna hijau ketika dipancarkan flash.....


Untuk mendapatkan gambar yang sebegini, Larry mengambil risiko memasuki kawasan paya dalam keadaan yang betul-betul gelap.... Mengimbas kembali ketika sesi photoshoot ini dijalankan, Larry berkata “Segalanya bercampur baur ketika saya melakukannya. Di antara melutut di dalam lumpur hitam setebal beberapa inci, kepanasan, kelembapan dan gigitan nyamuk yang dahagakan darah, tetapi hanya satu dalam fikiran saya iaitu ‘ambil gambar yang terbaik dan berambus dari tempat itu’.... Nasib baik Larry berjaya keluar dari tempat itu dengan selamat. Lihatlah gambar yang terhasil, amat menakjubkan.

Setiap titik merah yang menyala itu adalah mata buaya-buaya yang berada di dalam paya malam tersebut. Memang saya tak mahu berada di situ di malam hari, semua buaya tersebut kelihatan amat kelaparan dan menggerunkan! 


- -
TAOTAUAJER - Walaupun seluruh kawasan di sekitar Kampung Sungai Isap Kuantan ini di tenggelami air banjir, namun sekitar kawasan Masjid Kampung tersebut tidak di tenggelami air, itu lah keajaiban kuasa Allah melindungi tempat suci umat islam.


Jika semalam Masjid Masjid Al-fatah Batu 3 Jalan Gambang yang di tenggelami air, namun hanya air jernih sahaja yang memenuhi ruang solat masjid itu.

Kini Masjid Sungai Isap pula di lindunggi Maha suci pencinta seluruh alam melindunggi kebesaran dari segala musibah yang berlaku , kawasan segi empat yang menempatkan Masjid ini tidak sedikit pun terjejas dan tenggelam sedangkan di persekitarannya rumah, pejabat sudah di tenggelami Air.


TAOTAUAJERAllahuakhbar!!! Namun begitu hasil daripada kajian tao selidik... kejadian dalam gambar ini adalah banjir tahun lepas.. tapi tak pasti la kalau tahun ini pun terjadi sebegini Wallahu a’lam. Masjid ini jugalah dulu kejadian dimana air lumpur bertukar jernih apabila masuk dalam Masjid.


- - - -
TAOTAUAJER - Pelakon Emma Maembong menjadi artis tunggal Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam ranking 100 Most Beautiful Face untuk 2014, sebaris dengan artis terkenal dunia, anjuran portal hiburan dalam talian, TC Candler.


Emma menduduki tangga ke-71 dan dia berjaya menewaskan antaranya Rachel Weisz yang berada di tangga ke-98, Megan Young (93), Scarlet Johansson (81) dan Mila Kunis (74).

Ini adalah entri baru bagi Emma dalam senarai 100 Most Beautiful Face yang dijadikan sebagai acara tahunan oleh TC Candler.


Selain artis Hollywood turut tersenarai ialah artis wanita Jepun, Britain, Korea Selatan, India dan Perancis.

Tempat pertama disandang oleh artis Korea Selatan, Nana.Pada tahun lepas Nana berada di kedudukan kedua.

TC Candler dikenali kerana menyenaraikan 100 wajah pada skala global dengan mengambil kira faktor dalam budaya, gaya hidup, kerjaya dan darjah kemasyuran.

Ia menerima berjuta-juta cadangan setiap tahun bagi memilih 100 wajah.

100 Most Beautiful Face ini bukan hanya mengenai populariti semata-mata sebaliknya ia juga merangkumi keanggunan, kelas dan lain-lain mengenai kecantikan.

Ini adalah senarai ke-25 tahun sejak ia diperkenalkan pada 1990. Pada tahun ini juga, buat pertama kalinya senarai 100 Most Handsome Face untuk lelaki turut diperkenalkan dengan Jamie Dornan dinobatkan di tangga pertama. Tiada artis lelaki Malaysia berada dalam senarai ini. 

Saksikan video di bawah ini... 


TAOTAUAJER :  Kalau emma dah masuk dalam top 100 most beautiful Face maksudnya.... emma maembong antara yang tercantik kat malaysia la? hrmmm untung ko zizan.. hehe. Agak -agak untuk 100 Most Beautiful Face 2015 nanti ada artis malaysia yang masuk tak.
- - - -
TAOTAUAJER - Subhanallah... mengejutkan apabila beberapa gambar ikan patin bersaiz gergasi berjaya di tangkap setelah empangan dibuka di Thailand...


Ikan patin bersaiz gergasi yang berjaya ditangkap penduduk kampung setelah pintu empangan Banglang Thailand dibuka kerana mencapai tahap bahaya yang mampu membuatkan empangan pecah....  

26/12/2014.  Setelah pintu Empangan Banglang - Bendang Setar - Jala. di buka Penduduk tempatan beramai2 datang menyaksi Air yang di lepaskan dan ada yang datang untuk menangkap ikan yang keluar dari pintu Empangan yang di buka. Inilah hasilnya.....


Ini pula gambar yang dirakamkan pada 26/12/2014. 


Ini pula rakaman video ikan patin saiz gergasi yang berjaya dirakamkan sewaktu empangan dibuka


TAOTAUAJER : Dikatakan ikan patin yang besar ini (Raja Patin) mampu mencecah harga sehingga RM100,000 jika ianya ikan patin Temerloh. 
- - -