Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Ini merupakan gambar-gambar yang telah diambil di seluruh dunia perihal fenomena lautan terpisah yang membingungkan ramai saintis. Tetapi bagi umat Islam. Perkara ini telah disebut dalam al Quran 1400 tahun yang lampau. Subhanallah. 




2. Lautan Atlantik dan Laut Caribbean di Eleuthera


3. Sungai Rhone bertemu Arve (Geneva, Switzerland)


4. Pertemuan sungai Jialing dan Sungai Yangtze (China)


4. Pertemuan Sungai Rio Negro dan Sungai Amazon (Manaus, Brazil)


5. Sungao Drava dan Danuve (Osijek, Croatia)


6. Sungai Alaknanda dan Bhagirathi (Devprayag, India)


- - - - -
TAOTAUAJER - Antara satu video yang sedanh heboh diperkataan, dimana apabila satu rakaman video terakam kuda terbang selepas hujan di Jeddah.


Namun begitu, hasil rakaman ini tidak dapat dikenalpasti kesahihannya.

saksikan video kuda terbang yang berjaya dirakamkan di bawah ini...


TAOTAUAJER : pertama kali tao tengok video ni tao terfikir kalau kuda ni terbang mana sayapnya ??? kalau ada sayap itu buraj namanya kalau buraj yang dikatakan haiwan tunggangan rasulullah s.a.w ianya dikatakan berkepak ada sayap tetapi dalam video ini takde sayap dan tiada pergerakan


- - -
TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tau sebelum ni ura-ura dimana subsidi minyak bakal dimansuhkan pada 1 Disember ini. Jom kkita lihat surat pekeliling yang di keluarkan dan berapakah harga minyak selepas dimansuhkan subsidinya...

harga minyak terbaru tanpa subsidi

Berikutan pemansuhan subsidi minyak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai 1 Disember ini, harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa.

Ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan harga baru yang akan diumumkan oleh kerajaan setelah pemansuhan subsidi terhadap bahan api ini.

Menurut surat pekeliling yang tersebar di internet, dipercayai pekeliling yang diberikan syarikat IPTB(Buraqoil), harga minyak RON97 akan diturunkan sebanyak 9sen, RON95 diturunkan sebanyak 4sen manakala diesel pula membuat kejutan dengan naik sebanyak 3sen.

Berikut adalah harga terkini minyak dan diesel selepas subsidi mansuh menurut surat pekeliling tersebut.
  • RON97 - RM 2.46 seliter 
  • RON95 - RM 2.26 Seliter 
  • Diesel - RM 2.23 seliter
Surat pekeliling mengenai harga terkini minyak mulai 1 Disember ini.
Surat pekeliling mengenai harga terkini minyak mulai 1 Disember ini.
-
TAOTAUAJER - Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dan 270 yang lain cedera apabila dua pengebom nekad meletupkan diri mereka manakala beberapa lelaki senjata melepaskan tembakan semasa solat Jumaat di sebuah masjid di Kano, Nigeria.


Serangan terhadap Masjid Besar di Kano, bandaraya di kawasan majoriti penduduk Islam di utara negara itu, dilancarkan ketika solat Jumaat bermula.

Masjid itu bersambung dengan istana Emir Kano, Muhammad Sanusi II, ulama kedua paling kanan di Nigeria. Minggu lalu, beliau menggesa orang awam memerangi Boko Haram.

Letupan itu berlaku selepas serangan bom terhadap sebuah lagi masjid di bandaraya Maiduguri dipatahkan, lima hari selepas pengebom nekad membunuh lebih 45 orang.

Jurucakap polis kebangsaan, Emmanuel Ojukwu memberitahu AFP bahawa pengebom nekad berkenaan meletupkan diri secara berturut-turut sebelum "beberapa lelaki bersenjata menembak mereka yang cuba melarikan diri".



Ojukwu berkata, beliau tidak mengetahui sama ada pengebom nekad berkenaan lelaki atau wanita selepas beberapa serangan membabitkan pengebom nekad wanita sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, katanya orang ramai yang berang dengan serangan itu membunuh empat penembak dalam kekecohan yang menyusul. Saksi menyatakan penembak terbabit dibakar.

Minggu lalu, Emir Kano memberitahu jemaah masjid sama bahawa mereka patut mengangkat senjata memerangi Boko Haram.

Beliau juga menyatakan keraguan dengan kemampuan tentera Nigeria melindungi orang awam dan menamatkan darurat itu. - AFP/BH 


- -
TAOTAUAJER -Buku bertemu ruas.. Apabila sekumpulan samseng yang mengganggu isteri seorang peninju profesional akhirnya tahu langit tinggi ke rendah apabila dibelasah beramai-ramai dalam tempoh singkat.



Melalui video rakaman CCTV yang kini viral, Nicolai Vlasenko, 29, seorang peninju dan pakar seni mempertahankan diri dilihat ‘mengajar’ sekumpulan samseng di luar sebuah kelab malam di Rusia selepas cuba menarik isterinya masuk ke bilik VIP ketika dia ke tandas.

Sekembalinya Nicolai dari tandas, dia terperanjat melihat aksi samseng ini dan cuba berunding supaya mereka menghentikan perbuatan tersebut tetapi permintaannya bukan sahaja ditolak malah diajak ‘berbincang’ di luar.

Menurut saksi, Leonti Yevdokimov, 33, adalah samseng yang mencadangkannya lalu dipersetujui oleh Nicolai.

Lucunya, baru sahaja salah seorang samseng menyerang Nicolai, dia telah ditumbuk tepat di rahang sehingga KO. Penyerang kedua cuba membalas, tetapi dia juga dijatuhkan dengan mudah.

Seorang lagi saksi, Eldar Vinogradoff, 27, berkata, “Mereka keluar dalam bilangan yang ramai. Terdapat sekurang-kurangnya 10 orang diketuai oleh dua samseng yang menyangka mereka ‘cukup besar’.

“Salah seorang daripada mereka membuka baju dan mula menakut-nakutkan peninju itu, tapi saya tak fikir dia tahu apa yang berlaku apabila sekelip mata rebah.”

“Lelaki kedua cuba untuk menendang peninju itu dan dia juga jatuh serta-merta. Kemudian lelaki ketiga menyerang, dan dia hampir jatuh lepas terima tiga tumbukan di kepala.”

Ahli geng yang lain kemudiannya, tidak lagi berani menyerang setelah melihat apa yang berlaku.

Saksikan video di bawah ini..


TAOTAUAJER :  Inilah yang dikatakan sengaja menempah bala... Apabila buku bertemu ruas.. habis semua di kerjakannya.. tulah lain kali nak kacau selidik dulu lelaki dia peninju ker polis ker..hehe..


- - -
TAOTAUAJER - Membina sebuah empangan atau tambak merupakan salah satu kaedah menangkap ikan yang sampai saat ini masih digunakan. Empangan ini dibina daripada batu ataupun tiang kayu. Uniknya, ada empangan perangkap ikan berbentuk seperti hati.


Empangan unik itu terletak di Kepulauan Penghu di sebelah barat Taiwan. Nelayan tempatan telah membina empangan tersebut selama 700 tahun lalu. Empangan yang berfungsi sebagai perangkap ikan tersebut dibina dengan cara membuat longgok-longgokkan dari batu.

Taiwan Landmark Twin Hearts Stone mempunyai lebih dari 570 empangan yang diperbuat daripada batu. Namun, yang paling terkenal adalah empangan batu berbentuk dua hati di Chimei Township. Empangan ini dibina daripada batu dan batu karang.


Rupanya, bentuknya yang luar biasa ini menarik minat para pelancong, terutama pasangan romantis dan pengantin baru untuk datang berkunjung. Empangan berbentuk dua hati ini adalah salah satu empangan batu terbaik yang dipelihara di seluruh Penghu.

Kini, secara beransur-ansur, empangan berbentuk sepasang hati itu telah kehilangan fungsinya sebagai perangkap ikan. Walaupun begitu, penduduk setempat mendapatkan banyak keuntungan dengan banyaknya pelancong yang datang.


- - -
TAOTAUAJER - Pasti biasa korang tengok mat bangla berpegangann tangan apabila berjalan? yang berpegangan tangan tu lelaki sama lelaki. Tak ke korang hairan? Pasti ramai yang tertanya kenapa bangla berpegangan tangan meskipun kemana sahaja? 


Okay sini tao nak kongsikan info dari penulis Saiful Nang, dimana kisah apabila di sekolahkan oleh bangla akan kenapa mereka berpegangan tangan... 

“HARI INI SAYA KENA SEKOLAH DEK BANGLA”

Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berjalan dengan gaya berpegangan tangan bila bersama kawan lelaki...

Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?
Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba...


Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru. Jika dulu “Gay” bermaksud “Sangat Gembira” hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain...

Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik...

p/s Ayat dipermudahkan untuk mudahkan pemahaman. Ikutkan ayat bangla tadi, saya kena guna banyak bahasa isyarat...

p/s 2 : walaupun sudah disekolahkan, saya takkan berjalan pegang tangan kawan lelaki saya. Minda saya dah bersih sikit selepas disekolahkan Bangla itu, tetapi minda anda semua bagaimana?

- - - -
TAOTAUAJER - Oscar adalah seekor kucing yang dipercayai dianugerah kelebihan untuk merasai apabila seseorang itu menghampiri kematian. Dalam 50 kes yang didokumenkan, Oscar yang telah lama duduk di hospital itu, telah duduk disamping pesakit sebelum mereka meninggal dunia. Seolah-olah Oscar sudah dapat merasai mereka akan pergi.


Cerita menakjubkan ini didedahkan oleh Dr. David Dosa, seorang doktor Geriatrik dan pembantu profesor di Universiti Brown, yang mendakwa ramalan Oscar ini jarang sekali salah dalam tempoh enam tahun yang lalu.

Dr. Dosa mendedahkan anugerah menakjubkan yang ada pada Oscar dan jarang sekali berlaku didalam satu artikel pada New England Journal of Medicine pada tahun 2007. Sejak itu, kucing itu telah mengesan dengan tepat lebih banyak kematian, serta membukitkan kepada pakar geriatrik bahawa ianya bukan sekadar satu kebetulan. Dr. Dosa akhirnya menulis sebuah buku mengenai pengalamannya dengan Oscar di Hospital. Ia bertajuk ‘Making rounds with Oscar: The extraordinary gift of an ordinary cat’.


Buku ini menerangkan lebih lanjut tentang kehidupan harian Oscar, bagaimana dia menghabiskan masanya melangkah dari bilik ke bilik di Hospital, serta jarang menghabiskan masa dengan pesakit yang masih mempunyai peluang untuk terus hidup. Sebaliknya, Oscar memilih pesakit tertentu dan duduk di sebelah mereka. Selalunya pesakit yang akan meninggal dunia dalam masa yang singkat. Jika dia duduk di luar bilik seseorang pesakit yang akan meninggal dunia, dia akan menggaru di pintu, seolah-olah cuba untuk memasuki ke dalam bilik.

Dalam satu contoh, Oscar melawat seorang wanita yang mempunyai darah beku yang sangat teruk di kakinya, Oscar duduk disamping pesakit itu, dan dia tinggal di sisinya sehingga dia meninggal dunia.

Pernah seorang jururawat menguji Osccar dengan meletakkannya pada seorang pesakit yang mereka fikir tidak mempunyai peluang untuk hidup, tetapi Oscar berlalu pergi dan duduk dengan pesakit lain. Sangkakan Oscar ternyata betul - pesakit yang kedua meninggal dunia pada hari yang sama, manakala pesakit yang pertama hidup selama dua hari lagi sebelum meninggal dunia.

- - - - -
TAOTAUAJER - Suspek pembunuhan kanak-kanak Mohd Shahriqal Sidek, 3, mengakui menampar mangsa berulang kali sehingga pengsan. Suspek kemudian mencampak mangsa ke anak sungai di Kampung Jempangah, Beaufort, Jumaat lalu.


Hasil siasatan awal mendapati, dendam terhadap terhadap keluarga mangsa menjadi punca suspek yang berusia 30 tahun itu bertindak sedemikian pada Jumaat lalu termasuk mencampak mangsa ke anak sungai berhampiran Sekolah Menengah St John, 7 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan yang menyayat hati dan mengembung selepas 56 jam kehilangannya dilaporkan.

Suspek mendedahkan, mangsa kerap mengejeknya sebelum ini sehingga menyebab lelaki itu berang dan bertindak menyerang mangsa.

Suspek kini direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.
sumber : myMetro

 TAOTAUAJER : Subhanallah..kejinya perbuatan manusia ni..tak berhati perut... lulus hati apabila tengok gambar budak kecik ni..kasihan....   hanya sekeping hati yang mampu menyuruh bersabar.dan semoga keluarga sabar dengan ujian Allah..sesungguhnya orang-orang yang bersabar ganjaran dariNya besar.

- -
TAOTAUAJER - Seekor keli berwarna oren keemas-emasan jauh berbeza berbanding keli biasa terperangkap dalam bubu Kasum Ringkai atau lebih dikenali dengan nama Apai Rickey.


Katanya, sepanjang usianya mencecah 50-an dia tidak pernah melihat keli berwarna keemas-emasan malah penemuan keli unik itu turut menarik perhatian penghuni Rumah Buchai, Kecoh, 30 kilometer dari pekan Saratok.

“Semua penghuni warga emas di rumah panjang kami mengaku tidak pernah melihat keli sedemikian rupa. Ia terperangkap dalam bubu yang saya letak di paya belakang rumah panjang kami,” katanya.

Cerita Apai Rickey lagi, paya itu dipanggil Sungai Rarong oleh penduduk setempat memang jadi lokasinya untuk meletak bubu ikan yang dipanggil bubu duduk.


“Berpuluh-puluh ekor ikan keli, haruan, toman serta beberapa jenis ikan air tawar lain di paya ini.Menggunakan kaedah bubu duduk ini berumpankan biji sawit dan ubi, saya memperoleh banyak hasil.

“Tetapi seminggu lepas, sewaktu saya memeriksa bubu duduk yang di paya ini, saya terkejut terlihat seekor ikan berwarna keemas-emasan terperangkap dalam bubu bersama dua ekor keli lain,” kata Apai Rickey ketika ditemui semalam.

Pada mulanya, kata Apai Rickey, ada rasa takut dan ragu-ragu mengeluarkan ikan pelik itu kerana warnanya agak berbeza berbanding keli biasa.

Didorong perasaan ingin tahu, dia memberani diri menangkap dan membawa ikan itu balik ke rumah panjang untuk dikongsi bersama penghuni rumah panjang mereka.

“Rata-rata warga emas di sini sependapat, inilah kali pertama dalam hidup mereka melihat ikan keli seakan-akan ikan emas.

Mereka menyarankan saya memeliharanya kerana mungkin ada hikmah tersembunyi di sebalik penemuan ini,” katanya.

Menurut Apai Rickey, ikan keli itu bersaiz lengan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, panjangnya pula sekitar 30 sentimeter.

Tambahnya, setelah dinasihat bapanya, dia memelihara keli emas itu dengan meletakkannya di dalam tong air di bilik mandi mereka.

“Saya memberi makanan biasa seperti biji kelapa sawit, cacing serta serangga. Dan, ikan keli ini menjadi tumpuan sebab ramai yang datang melihat,” jelasnya.

Berikutan tersebarnya berita tentang penemuan ikan keli yang pelik tersebut, beberapa penduduk Cina dari Sarikei datang dan menawar harga tertentu, namun tawaran itu terpaksa ditolak.

“Kami sekeluarga tidak pasti sama ada akan terus memelihara, melepaskan atau sebaliknya,” kata Apai Rickey dalam nada yang kebingungan.
- -
TAOTAUAJER - Dalam menjalankan perniagaan, sebaiknya kita boleh memaparkan keunikan dan keunggulan perniagaan kita yang tidak dimiliki oleh pesaing. Itulah nampaknya yang benar-benar dihayati oleh gadis cantik penjual crepes ini.


Daerah Songshan adalah salah satu kawasan pasar malam yang paling ramai di ibu negara Taiwan, Taipei. Banyak sekali peniaga makanan di daerah ini, mulai dari yang normal hingga yang murah.

Kemolekannya ini membuat para pengunjung khususnya para lelaki menahan nafas, seperti yang dilihat pada salah satu angle ini...


kerana banyaknya peniaga disana, maka tiap-tiap gerai pun harus berlumba-lumba untuk menarik pengunjung. Nah, gadis cantik penjual kuih crepes susu ini menjual kecantikan dan kemolekannya untuk menarik pengunjung. Di samping itu ia selalu ramah melayani ajakan berbual pembeli dan tidak berkeberatan kalau 'tindakan' yang membuat kaum lelaki menahan ludah dirakam oleh kamera.

Saksikan video Gadis Penjual Cantik dan Seksi Di Taiwan Menjadi Viral di bawah ini



Tak pelik la kenapa tempat dia berjualan selalu ramai pembeli. Dan foto-foto 'segar' si gadis cantik yang tidak diketahui namanya ini menjadi sensasi di seantero Taiwan, China dan Hongkong.

- - -