Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - dengan bermulanya sambutan Ramadhan hari ini, umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa selama sebulan. 



Tempoh tersebut bakal menguji kesabaran masyarakat Islam dengan tidak makan atau minum bermula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari serta tidak melakukan perkara yang dilarang sehingga boleh membatalkan puasa.

Menariknya, dalam bulan ini juga, berlangsung perlawanan bola sepak Piala Dunia yang turut melibatkan para pemain yang beragama Islam.

Biarpun perlu beraksi di padang, ia bukanlah alasan untuk mereka meninggalkan kewajiban berpuasa jika ia dilaksanakan dengan cara yang betul sekaligus tidak akan memudaratkan kesihatan mereka.

Berikut merupakan antara 10 pemain yang sepatutnya berpuasa sepanjang kempen tersebut:
1. Karim Benzema (Perancis)
2. Mesut Ozil (Jerman)
3. Xherdan Shaqiri (Switzerland)
4. Moussa Sissoko (Perancis)
5. Marouane Fellaini (Belgium)
6. Bacary Sagna (Perancis)
7. Sami Khedira (Jerman)
8. Vincent Aboubakar (Cameroon)
9. Mamadou Sakho (Perancis)
10. Eden Hazard (Belgium)
-
TAOTAUAJER - Sekeping gambar yang sedang tersebar di media-media sosial di dakwa memperlihatkan sekumpulan jemaah sedang menunaikan solat menjadi telah menjadi pertikaian.


Gambar bunian berjemaah di gunung Jerai  tersebut pada asalnya dimuatnaik bertujuan untuk memaklumkan berkenaan penampakan entiti a.k.a orang bunian yang sedang bersolat jemaah seperti mana yang dibulatkan.

Namun begitu, timbul pertikaian apabila beberapa pendapat menyatakan mengenai keistimewaan tempat tersebut hingga menimbulkan kekeliruan pengguna media sosial yang lain.


Foto yang dipercayai diambil oleh kakitangan TM sewaktu selepas membuat pemeriksaan keatas pencawang TM waktu petang di puncak Gunung Jerai Kedah pada hari Ahad baru-baru ini (22.06.2014) kini tersebar meluas di Facebook.

Selain itu juga tao ada jumpa satu gambar yang dimana mungkin boleh merungkai misteri bunian ini namun begitu andaian tao tidak sangat tepat hanya Allah yang tau apakah benar di dalam gambar tersebut adalah benar-benar bunian ataupun ianya adalah majlis ilmu yang berlangsung di kawasan tersebut. Cuba korang semua lihat gambar di bawah ini.


TAOTAUAJER : Kalau di perlihatkan gambar ini dan diatas.. persamaanya adalah pagar yang berwarna putih dan coraknya. Berkemungkinan gambar bunian yang di perkatakan itu adalah majlis ilmu di kawasan itu tetapi mereka tidak perasan. Bagaimana pula dengan pendapat anda?   


- - - - - -
TAOTAUAJER - Berita yang mengejutkan.. bagaimana pulak dengan makan nasi kandar bleh pulak kena Positif Dadah? Nasi Kandar Dadah ker? Sudah lama ramai yang mempertikaikan mengapa nasi kandar kadangkala boleh membuatkan kita bagai ketagih untuk menikmatinya selalu.


Di Kuala Lumpur peminat nasi kandar diminta berhati-hati memakan makanan popular dari Utara Semenanjung itu kerana ujian air kencing ke atas mereka yang memakannya boleh positif dadah.

Ternyata, fakta ini ada kebenarannya apabila Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah dalam nasi kandar sememangnya boleh menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti baru lepas mengambil dadah.

“Pegawai kami sudah uji dengan makan nasi kandar. Lima orang yang buat ujian air kencing semuanya positif selepas makan.

Antara yang dikaitkan dengan hal ini adalah penggunaan kas kas yang juga sejenis biji popi (tumbuhan untuk menghasilkan dadah) dalam masakannya.


sumber : Mynewshub

TAOTAUAJER : Oleh itu kena hati-hati, takut lepas makan, naik kereta ada sekatan jalan raya, tak pasal-pasal kita masuk lokap pulak. 


- - - - -
TAOTAUAJER - Kung fu Huo En Hu menunjukkan kemahiran yang luar biasa di hadapan orang ramai. Kemahiran ini menjadi dia popular dan di iktiraf Guinness World Records. Apa yang hebat sangat dengan jarinya? JOM kita lihat....




Saksikan video ini pulak


TAOTAUAJER : Perghhh memang hebat! Mampu tebuk buah kelapa hanya dengan menggunakan Jarinya. Banyak sungguh benda-benda hebat datangnya dari China.


- - -
TAOTAUAJER - GEMPAR!! Di China, Pelancong mendakwa berjaya menangkap gambar “Alien” yang menyerupai watak Gollum dalam cerita Lord Of The Ring.. Namun yang melucukan hati disebalik penemuan itu..


“Saya bukan makhluk asing. Saya hanya kencing di situ!’’ itu penjelasan seorang pelakon cerita fiksyen bagi menyelesaikan dakwaan seorang pelancong bahawa dia berjaya merakamkan gambar makhluk ANEH di kawasan pergunungan.


Pelakon itu menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya mengunjungi pergunungan berkenaan untuk membuat rakaman filem sci-fi, ketika gambar dia kencing diambil.

“Saya tidak sangka ketika saya kencing, seseorang telah merakamkan gambar saya,’’ katanya.

Perkara itu sebelum ini menjadi perdebatan dalam media sosial selepas gambar berkenaan tersebar di internet.

Gambar itu menunjukkan wajah makhluk asing tersebut yang menyerupai watak dalam filem Lord Of The Ring.


Ia dirakamkan ketika pelancong berkenaan sedang berkhemah di kawasan pergunungan terbabit.

“Saya berjalan keluar dari kem itu kerana ingin kencing dan tiba-tiba saya melihat makhluk asing. Saya kemudian merakamkan gambar dan kini saya takut dengan keberanian saya itu,’’ katanya.
sumber : Mynewshub

- - -
TAOTAUAJER -  Inilah antara berita yang hangat di perkatakan tentang tudung Fareeda apabila untuk memasuki butiknya perlu mengemukakan slip gaji selama tiga bulan. Giller gempak!


Kalau sebelum nie kita dengar katanya orang sanggup beratur dan  tidur di kaki lima semata-mata menjadi orang terawal membeli koleksi terbaru tudung Fareeda hinggalah pengiklanan di badan pesawat, sedikit sebanyak kita pun tumpang bangga melihat kejayaan perniagaan Melayu ini.

Namun apabila diberitakan bahawa Butik Fareeda Exclusive menghendaki pelanggannya menunjukkan slip gaji selama tiga bulan sebelum memasukinya, rasa agak melampau di situ.

Perkara ini disebarkan menerusi satu status Facebook pelanggan Fareeda yang kini tersebar di media sosial.

Pada masa sama, terfikir juga kot-kot ini adalah satu fitnah semata-mata. Majoriti kaum wanita yang meminati Fareeda tahu kot skala harga tudung jenama ini jadi mereka yang tak mampu awal-awal lagi dah telan air liur saja dari jauh apatah lagi mahu memasuki butik eksklusif mereka.

Namun sekiranya ini benar, pendapatan seseorang tidak semestinya tertera pada penyata gajilah.. isteri jutawan yang duduk rumah goyang kaki dan kerjanya cuma menghabiskan duit laki manalah ada semua itu kan?

TAOTAUAJER : Tak pernah pulak dengar nak masuk kedai kena tunjuk 3 bulan slip gaji melainkan kalau nak loan barang di Courts Mammoth ke, pasar raya AEON ke etc. 

- - -
TAOTAUAJER - GAYA baru potongan rambut ‘zig-zag’ bintang terkenal Portugal, Christiano Ronaldo nyata menarik perhatian dunia, selain mendapat pujian dari peminatnya, Ronaldo turut dikritik hebat.


Namun ramai yang tidak menyangka bahawa gaya ‘zig-zag’  bukan hanya menjadi fesyen terbaru penggayaan rambut pemain bola sepak tersebut tetapi ianya sebenarnya melambangkan tanda penghormatan kepada seorang kanak-kanak di Sepanyol yang terpaksa menjalani pembedahan otak akibat menghidap kanser.

Dikhabarkan,  bekas pemain bola sepak tersebut telah membiayai keseluruhan kos pembedahan kanak-kanak berkenaan, dikenali Erik Ortiz Cruz.


Pada Februari lalu, Ronaldo menyumbang sebanyak 83,000 pound sterling (RM454,844) kepada Erik bagi tujuan itu.

Terdahulu, dia juga pernah membiayai rawatan kanser yang dialami seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun pada 2012.

Dalam perkembangan perlawanan bola sepak pada saingan Kumpulan G semalam, Portugal sekadar meraih mata seri 2-2 ketika perlawanan menentang AS dan kini menyandang kedudukan tercorot kumpulan dengan pungutan satu mata.

Pasukan itu harus meraih kemenangan mengatasi Ghana dalam saingan terakhir kumpulan pada Khamis ini bagi menempah peluang mara ke peringkat seterusnya, namun segalanya masih bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan Jerman dan AS di Arema Pernambuco.
Sumber: Sinar Harian

-
TAOTAUAJER - Sebagai seorang Islam, kita wajib mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Nasihat ini sering kita dengar terutama sekali dalam khutbah jumaat yang dibacakan oleh khatib. Kuasa Allah SWT janganlah sesekali kita cabar. Kita hanya hamba Allah yang hina. Cuba kita hayati kisah-kisah terdahulu yang membabitkan kaum-kaum nabi. Ada di antara mereka yang telah menerima azab daripada Allah secara ‘cash’ di dunia. Jom kita hayati tentang kisah mereka.


Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Berikut dipaparkan secara ringkas sejarah kaum-kaum yang dibinasakan :

1. Kaum Nabi Nuh - Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).

2. Kaum Nabi Hud – Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).

3. Kaum Nabi Saleh – Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).  

4. Kaum Nabi Luth – Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum Nabi Syuaib – Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).

6. Firaun – Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

7. Ashab Al-Sabt – Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).

8. Ashab al-Rass – Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).

9. Ashab al-Ukhdudd – Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).

10. Ashab al-Qaryah – Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).

11. Kaum Tubba – ’Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).

12. Kaum Saba – Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).
- - -
TAOTAUAJER - Sepertimana kita tau Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan. Apatah lagi apabila di bulan Ramadhan. Kini tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, seluruh umat Islam di serata dunia akan menyambut kehadiran bulan mulia, Ramadan Al-Mubarak.


Seperti kebiasaan, juadah yang dimasak atau dihidangkan pada bulan puasa selalunya agak berlainan dari hari-hari biasa.

Mungkin buat ibu bapa, tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengalakkan anak mereka bangun sahur selain berasa gembira berpuasa walaupun pada usia yang muda.

Antara yang menjadi tumpuan sepanjang Ramadan adalah keunikan bazarnya!

Penulis berani jamin, pasti setiap daripada kita, pada setiap tahun tidak pernah melepaskan peluang pergi ke bazar Ramadan untuk merasai sendiri kepelbagaian lauk-pauk dan juadah yang disediakan.

Bukan masyarakat Melayu sahaja yang teruja, malah rakyat berbilang kaum di Malaysia ini tidak turut sama merasai kemeriahan bazar pada saban tahun.

Antara bazar-bazar Ramadan yang sentiasa menjadi tumpuan ialah di Taman Melawati, Shah Alam Seksyen 13, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Chow Kit, Pantai Dalam dan Bandar Baru Bangi.

1. Ikan Bakar

2. Ayam Percik

3. Tepung Pelita

4. Nasi Kerabu

5. Nasi Ambeng

6. Popiah Basah

7. Air Katira

8. Roti John

9. Bubur Lambuk

10. Kurma

sumber: Mynewshub

TAOTAUAJER : Pelbagai keistimewaan juadah yang disediakan yang pastinya bisa mengecurkan air liur setiap yang melihatnya.


- - -
TAOTAUAJER -  Artikel khas buat lelaki. Pernahkah anda tahu kenapa wanita tak sanggup dimadukan?
Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, ada yang sampai sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan).


Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa.

Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.

Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

Jom ketahui kenapa isteri menolak poligami?

1. Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.

2. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.

3. Siapa yang sanggup terjun ke ‘lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.

4. Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu.

5. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi.

6. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.

7. Lelaki sering menjadikan ‘Sunnah Nabi’ sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan.Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi.

8. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa.

9. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri.Apabila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.

10. Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya.

Manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.
Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’.

Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah.

Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati. Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.

Kesimpulannya : 
Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu. Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa ujian dan dugaan mendatang, insyAllah sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh. 

Poligami yang berjaya akan wujud jika unsur-unsur keadilan terhadap wanita dipenuhi, dan terlepas sama sekali dari belenggu rasa cemburu, perasaan buta dan ego yang berlebihan.

Poligami tidak bermaksud mengurangkan hak dan kehormatan wanita. Tetapimenjunjang kepentingan wanita.Pernikahan suaminya dgn wanita lain adalah lebih baik baginya daripada perceraian.

TAOTAUAJER : Amacam? baru tahu kan.... semalam hangat pulak dengan berita dimana seorang suami di kerat zakarnya gara-gara nak kahwin lagi. Memang giller.


- - - -
TAOTAUAJER - Seorang peminat bola sepak di China mati akibat serangan jantung kerana dipercayai berjaga selama tiga malam berturut-turut untuk menonton perlawanan Piala Dunia FIFA 2014.


Zhou Meng, 39 rebah di atas sofa selepas diserang sakit jantung ketika menonton perlawanan antara pasukan Uruguay dan Costa Rica, Sabtu lalu.

Dia sebelum ini dikatakan berjaga sepanjang malam pada Khamis dan Jumaat untuk menonton siaran langsung liputan perlawanan itu yang diadakan di Brazil dan bekerja pada siang hari.

Zhou dikejarkan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri tetapi disahkan mati beberapa jam kemudian.

Menurut pengarah bahagian pembedahan saraf, Gao Liang, mangsa pernah mengalami tekanan darah tinggi sebelum ini.

Zhou bukannya satu-satunya orang yang mengalami masalah seperti itu sejak perlawanan Piala Dunia bermula 13 Jun lalu.

Hospital Shanghai menerima lebih banyak kes kecemasan berbanding kebiasaannya minggu lalu, minggu pertama kejohanan Piala Dunia.

Ini termasuk peminat bola yang menerima kesan akibat berjaga sehingga ke awal pagi dan mengorbankan waktu tidur untuk menonton siaran langsung itu.

Menurut doktor di hospital Huashan, jumlah pesakit meningkat sebanyak 50 peratus hujung minggu lalu. - Agensi


- -
TAOTAUAJER - KECOH dalam internet hari ini mengenai berita seorang isteri yang dikatakan telah bertindak kejam memotong kemaluan suaminya selepas mendapat khabar bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi.


Difahamkan suspek bertindak demikian ketika suaminya sedang tidur. Menurut sumber, lelaki tersebut kini ditempatkan di HUSM, Kubang Krian, Kelantan.

Pihak hospital sedang berusaha untuk menyambung semula kemaluan mangsa. Namun sehingga kini belum mana-mana pihak yang mengesahkan kejadian tersebut
sumber : Mynewshub

TAOTAUAJER : Tak pe.. nanti ade la keluar cerita yang sebenar, kalau tak silap tao ada jugak ternampak orang post zakar kena potong, tapi tak pasti la pulak pasal kes nie.. so ignore jer. Tapi bila dah tahu akan kes ini memang giller la perempuan tu berani kasi potong. - Koleks Ngeri


- - - -
TAOTAUAJER - Gambar yang menjadi Viral dan mula menjadi buah mulut apabila, berberapa gambar naga yang telah di bunuh di sebarkan di laman sosial Facebook. Dalam gambar tersebut dinyatakan dimana ianya di jumpai di apartment Tanjung Puteri. Mari kita saksikan gamar di bawah ini....


Tidak dapat dipastikan adakah gambar yang diterima ini benar-benar wujud atau pun sekadar gambar fake .
Kita tunggu dan lihat sahaja respon dari sesiapa sahaja yang tahu tentang perkara ini. Tapi sememang nyer
sudah menjadi viral dah di media sosial.


Gambar yang sebenar apa yang berlaku


Hakikat sebenarnya, ini adalah berita palsu yang dikitar semula.

Imej binatang menyerupai naga putih ini pernah disebarkan di laman sesawang Twitter versi China, Weibo sebelum ini.

Individu yang memuat naik gambar ini menyatakan binatang dipercayai naga putih jatuh di laman rumahnya ketika waktu hujan.

Binatang itu ditemui selepas dia mendengar bunyi aneh seakan-akan burung menyebabkannya keluar memeriksa dan mendapati ia terdampar dalam keadaan cedera. Begitu pun, kesahihan gambar dan cerita individu ini turut diragukan.

Selain di China, gambar sama juga pernah digunakan untuk penyebaran berita palsu lebih kurang serupa di Thailand.

Kesimpulannya, cerita tentang naga putih jatuh di Johor Bahru TIDAK BENAR sama sekali.

TAOTAUAJER : Disamping itu ramai ada juga yang mengatakan ia dijumpai di perak . Tapi yang paling tak boleh blah bila ada yang mengatakan kerajaan dah ambil naga tu....WTH!!! Nak terguling la pulak....


- - - - -
TAOTAUAJER - Saksikan gol tercantik setakat ini di Piala Dunia 2014 jaringan Tim Cahill dari Australia semasa bertemu Belanda 19 Jun 2014.




Mana kala Ini Satu lagi gol yang tercantik adalah milik Robin Van Persie semasa bertemu Sepanyol



 Reaksi Van Gaal atas gol menakjubkan Tim Cahill


TAOTAUAJER : Dengan itu Belanda selangkah ke pusing kedua selepas menewaskan Australia dengan keputusan 3-2.


- -