Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Apakah benar sewaktu dulu kala bulan adalah seindah terangnya mentari di siang hari? Cerita ini diceritakan dari kisah Ibnu Abbas Ra sewaktu dahulu akan hilangnya sinaran bulan seakan matahari.


 Allah swt berfirman;
"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang." (Surah Al Isra: 12)

Sejak empat belas abad yang lalu, para sahabat telah membuat kesimpulan bahawa bulan dahulu memancarkan cahaya, tetapi kemudian Allah SWT menghilangkan sinarnya.

Dalam tafsiran mereka terhadap firman Allah swt di atas, Imam Ibnu Katsir berkata: Ibnu Abbas Ra menyatakan,
 "Dahulu bulan bersinar seperti matahari, dan ia menjadi tanda malam, namun Allah kemudian memadamnya, dan warna hitam yang ada pada bulan sekarang ini adalah bekas penghapusan tersebut. "(Sumber Al Alusi, Ruh Al Ma'ani 26/15)

Ayat ini mengisyaratkan sebuah fakta saintifik yang baru muncul dan mengemuka pada abad 20, bahawa bulan dahulunya adalah bintang yang menyala, kemudian Allah memadamkan cahayanya. Petunjuk Al Quran mengenai hal tersebut sebagaimana tafsiran Abdullah bin Abbas Ra sangat jelas. Kesimpulan yang diambil oleh sahabat mulia dari Al Quran 14 abad yang lalu, maka apa gerangan yang dikatakan para astronomi moden mengenai masalah ini?

Akhirnya ilmu astronomi mendapati bahawa bulan dahulu menyala kemudian padam cahayanya. Teknologi teleskop dan satelit generasi pertama telah berjaya menunjukkan foto foto detail bulan, dan tampak jelas di sana kawah kawah gunung berapi, dataran tinggi.

Namun para astronomi pada masa itu belum boleh memastikan tipologi bulan ini hingga angkasawan Neil Amstrong menjejakkan kaki di bulan pada tahun 1969. Kemudian dengan peralatan teropong bintang yang tepat dan kajian geologi atas yang analisis lapisan tanahnya, para astronomi, sebagaimana kehairanan rasmi NASA, baru boleh mengatakan bahawa bulan muncul sejak 4,6 bilion tahun lalu dan semasa proses pembentukkannya, ia mengalami pelbagai hentaman dasyat dengan meteor meteor dan asteroid. Akibat pengaruh panas yang sangat tinggi, maka lapisan lapisannya pun mengalami proses pencairan yang ekstrem, sehingga menyebabkan pembentukan palung palung yang disebut "Maria", juga membentuk puncak puncak gunung dan kawah yang disebut "Craters". Kawah kawah ini selanjutnya melontarkan lahar lahar gunung berapi dalam jumlah yang besar, sehingga memenuhi seluruh palung palungnya. Pada tahap berikutnya, bulan membeku. Letusan volkano berhenti dan laharnya padam. Dan sejak itulah, cahaya bulan menjadi padam setelah sebelumnya menyala.

Jika kembali ke ayat ayat Al Quran, kita boleh memberikan catatan tersendiri pada penggunaan kata "famahaw naa (Kami hapuskan). Menurut ahli bahasa, mahwu bererti menghapuskan dan menghilangkan. Dalam konteks ayat ini, Allah swt bererti menghilangkan dan menghapuskan sinar bulan, bukan menghilangkan planet bulan. Jadi bulan masih tetap ada. Selain itu Allah juga lebih lanjut berfirman: "dan Kami jadikan tanda siang itu terang". Disini Allah gunakan perkataan "terang" sebagai pembanding untuk menunjukkan bahawa yang dijadikan perbandingan adalah cahaya tanda malam (bulan) dan cahaya tanda siang (matahari), lalu yang pertama padam, sementara yang kedua tetap terang dan masih boleh kita lihat.

- - - - - -
TAOTAUAJER -  Sepertimana yang kita tahu, baru-baru ini kita telah di datangi Presiden Amerika iaitu Barack Obama ke Malaysia atas urusan yang dikatakan sebab TTP dan juga ada beberapa sebab yang menjadikan spekulasi dan juga ada mengatakan ianya terdapat agenda yang di rahsiakan. Namun begitu hari ini tao taknak cerita pasal apa obama datang. Tao nak paparkan kepada semua akan THE BEAST yang turut tiba di Malaysia dimana ia adalah salah satu kenderaan Anti Ancaman yang canggih.


Lebih dikenali sebagai "The Beast", Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One.


Buatan General Motors keluaran 2009, kenderaan itu mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden itu, juga mempunyai ciri-ciri seolah-olah sebuah kereta kebal.

Sepanjang lima meter dan berat lapan tan, "The Beast" dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.


Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.

Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang "shot-gun" dan kamera penglihatan malam.

Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Kenderaan itu boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden.

The Beast, kereta rasmi Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia.Namun spesifikasi secara mendalam dirahsiakan bagi melindungi keselamatan penumpang didalamnya.

Dibawah ini lagi gambar THE BEAST sewaktu lawatan Obama di Malaysia


KENDERAAN rasmi yang membawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan konvoinya meninggal Istana Negara menuju ke hotel sempena lawatan tiga hari Obama ke Malaysia.


KENDERAAN rasmi Presiden Barrack Obama bersama delegasi kelihatan melalui jalan menuju ke Seri Perdana untuk majlis rasmi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun abd Razak sempena lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia.


Sedutan White house down


TAOTAUAJER - Ya.. ianya memang canggih.. ada pernah korang saksikan movie white house down? dimana dalam cerita tersebut ada adegan sewaktu menyelamatkan presiden menggunakan kenderaan THE BEAST ketika itu. Walau bagaimanapun kenderaan ini pernah rosak.

- - - - -
TAOTAUAJER - MALANG nasib seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Nanjing, China apabila dia tersekat di dalam sebuah mesin basuh ketika cuba mengambil permainannya yang terjatuh ke dalam mesin tersebut.


Video yang dikongsi menerusi Facebook Buletin TV3 menyaksikan usaha keluarga dan pasukan penyelamat memotong mesin basuh tersebut bagi mengeluarkan mangsa.

Kejadian itu dikatakan ia berpunca akibat sebelah kakinya yang tersangkut sehingga menyukarkan usaha menariknya keluar.

Ibunya turut dilihat cuba menenangkan anaknya yang menangis kesakitan sebelum dia dapat dikeluarkan sepenuhnya dari mesin itu tidak lama selepas itu.

- - - - -
TAOTAUAJER - Memang pelik apabila satu sakaman siaran langsung perlawanan bola sepak merakamkan satu bayangan pelik yang terakam oleh kamera.


Peminat bola sepak di negara Bolivia telah dihantui dengan `hantu stadium’ yang dirakamkan oleh televisyen ketika pertandingan bola sepak diadakan di Stadium Hernando Siles di La Paz, minggu lepas.

Imej yang dirakamkan itu menunjukkan bagaimana `hantu’ itu berlari laju menembusi penonton dan juga tembok di stadium berkenaan.

Rakaman tersebut telah tersebar di internet dengan pelbagai teori telah diberikan.

Apa pun ia merupakan situasi yang tidak dapat dijelaskan.

Perkara ini bukan kali pertama berlaku di stadium bola sepak di negara Amerika Selatan.

Selebriti yang paling seksi pada abad ini!
Iklan SK Sebelum ini di Venezuela, dalam pertandingan bola sepak antara Venezuela menentang Colombia, imej `hantu’ dirakamkan berjaya menampan bola menyebabkan bola terkena tiang gol.

Sesetengah penduduk percaya ia adalah roh kepada Presiden Hugo Chavez yang berjaya menyelamatkan beberapa cubaan gol tersebut.

- - - - -
TAOTAUAJER - Subhanallah, Inilah satu kejadian yang jarang sekali berlaku dan jarang sekali kita diperlihatkan apabila Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas Asar di percaya bercahaya sewaktu hendak di kebumikan.


Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.




Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. 

SUMBER: Harian Metro


-
TAOTAUAJER - Subhnallah, pastinya ilmu kedoktoran pada suatu ketika dahulu tidaklah sehebat dan secanggih sepertimana sekarang namun begitu kalau korang nak tau pada 1400 tahun yang lalu sudah ada sabda yang menjelaskan manusia mempunyai 360 sendi dan kini ianya sudah terbukti.


‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya The Journey of Faith inside the Human Body, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1,400 tahun yang lalu, iaitu seperti berikut :



147 sendi di tulang belakang
25 sendi antara tulang belakang
72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
24 sendi di dada
2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk
2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat)
2 sendi antara skapula dan dada
86 sendi di hujung teratas
2 sendi antara tulang scapular
6 sambungan antara siku
8 sendi antara pergelangan tangan
70 sendi antara tulang tangan
92 sendi di hujung terbawah
2 sendi pinggul
6 sendi antara tulang lutut
6 sambungan antara pergelangan kaki
74 sendi antara tulang kaki
11 sendi di pelvis
4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
6 sendi antara tulang acetabulm
1 sendi sumphysis kemaluan

Jumlah kesemua sendi adalah 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota-anggota di tubuh manusia.

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi, dan pada masa kini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” (Al-Mulk:14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)
- - - -
TAOTAUAJER - Cuspert yang menggunakan nama pentas, Deso Dogg dan menukar namanya kepada Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan di wilayah timur pada Ahad lalu.


Dahulunya, beliau adalah bekas penyanyi rap Jerman, Denis Mamadou Cuspert dan kini menyertai kumpulan jihad di Syria telah mati syahid selepas terbunuh dalam satu serangan berani mati yang dilancarkan oleh sebuah kumpulan pejuang yang lain, kata sumber kumpulan jihad berkenaan semalam.


Dia yang menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh dalam dua serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan Barisan Al-Nusra Front



Berita berhubung kematian Abu Talha itu diumumkan dalam sebuah laman forun kumpulan itu. “Kami dengan sedih mengumumkan berita bahawa Abu Talha al-Almani telah mati syahid dan semoga dia diterima Tuhan.

“Dia meninggal dunia akibat serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh anggota-anggota tentera yang belot ke atas sebuah rumah yang didiami oleh beberapa pejuang ISIS,” tambahnya.

Lebih 150,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula sebagai bantahan aman untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada Mac 2011.

Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar menggunakan kekerasan terhadap mereka. – Agensi


- -
TAOTAUAJER - SEJAK kehilangan dan misteri pesawat MH370 yang dinyatakan berakhir di selatan Lautan Hindi, para penyelidik antarabangsa menumpukan perhatian ke lokasi koridor tersebut.


Berikut kita merungkaikan mengenai tragedi itu menurut perspektif al-Quran serta kajian saintis berkenaan dengan misteri dan hakikat laut serta pendapat para ulama Islam.

Informasi terkini dalam ilmu kelautan:

1) Laut terbahagi dua bahagian besar iaitu permukaan yang tercampur dengan tenaga dan sinar matahari; dan laut dalam di mana tenaga dan sinar matahari tidak lenyap.

2) Laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan dan tingkatan cahaya matahari serta biota-biota yang hidup di dalamnya. Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam.

3) Gelombang dalam (internal wave) menutupi laut dalam dan merupakan garis pemisah antara laut dalam dan laut permukaan.

Sebagaimana arus permukaan itu menutupi permukaan laut dan menjadi pemisah antara air dan udara. Gelombang dalam ini tidak ditemukan kecuali pada tahun 1904. Panjang gelombang dalam berukuran antara puluhan hingga ratusan kilometer.

Sedangkan tinggi gelombang dalam berukuran antara 10 hingga 100 meter.

4) Kegelapan di lautan dalam semakin bertambah seiring kedalaman lautan hingga didominasi kegelapan pekat yang dimulai dari kedalaman + 200 meter.

Pada kedalaman ini dimulai penurunan suhu yang memisahkan antara air permukaan yang hangat dan air kedalaman yang dingin. Selain itu, pada kedalaman ini terdapat gelombang dalam yang menutupi air dingin di kedalaman lautan. Lalu cahaya tidak ada sama sekali pada kedalaman + 1,000 meter.

5) Alat paling sederhana untuk mengukur kedalaman tembusan cahaya di perairan samudera adalah The Secchi Disk.


Kemudian alat pengukuran cahaya mengalami perkembangan dengan menggunakan sel-sel elektrolight pada tahun 30-an, seterusnya setelah manusia berjaya mencipta alat yang memungkinkan mereka untuk menyelam hingga kedalaman, bahkan ke dasar laut.

6 ) Kegelapan pekat yang dimulai dari 50 hingga 1,000 meter terjadi akibat berlapis-lapisnya kegelapan, dan ini timbul kerana dua sebab utama.

Pertama, kegelapan kedalaman. Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna (merah, jingga, kuning, hijau, nila dan ultraviolet serta biru). Masing-masing warna memiliki panjang gelombang tersendiri. Kemampuan cahaya untuk menembus air tergantung pada panjang gelombangnya. Semakin pendek gelombang cahaya, maka semakin besar kekuatannya untuk menembus air.

Kerana itu, cahaya warna merah akan terserap pada kedalaman + 20 meter, dan setelah itu keberadaannya tersembunyi. Dari sinilah muncul kegelapan warna merah.

7) Hakikat dan misteri laut ini sejak sekian lama telah digambarkan oleh al-Quran. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :
 “Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, dan barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” (An-Nuur : 40).

Al-Quran memastikan keberadaan beberapa kegelapan di lautan yang dalam. Al-Quran menjelaskan dengan kata ‘lujjiyyin’ (sangat dalam) agar pembaca tahu bahawa kegelapan-kegelapan tersebut tidak ada kecuali di laut yang dalam. Ahli bahasa dan mufassirin menjelaskan kata tersebut. Qatadah dan penulis tafsir Al-Jalalain mengatakan bahawa kata lujjiyyin bererti ‘dalam’.

Az-Zamakhasyari mengatakan ertinya adalah dalam lagi banyak airnya. At-Tabari mengatakan:
 “Kata laut disifatkan dengan kata ‘lujjiyyin’ yang bererti dalam dan banyak air. ’’

8) Sementara al-Busyiri mengatakan bahawa maksudnya adalah laut yang tidak diketahui dasarnya. Kata tersebut terambil daripada kata ‘lujjah’ yang bererti banyak air. Kata ‘iltajja’ al-bahru bererti laut itu saling berhentaman ombak-ombaknya.

Al-Quran menetapkan peranan ketiga tabir dalam membentuk kegelapan-kegelapan di laut yang dalam, dan bahawa kegelapan tersebut bertindih-tindih. Ayat tersebut juga mengandungi penjelasan tentang tujuh kegelapan di kedalaman pada bahagian awal, dan tiga kegelapan tabir di bahagian akhir. Wallahu’alam.


- - - - -
TAOTAUAJER - BEBERAPA doktor yang menjalankan pembedahan ke atas seorang ahli perniagaan India berusia 63 tahun terkejut apabila menemui 12 ketulan emas yang dianggarkan bernilai RM75,527 dalam perutnya.


Sebelum ini, lelaki itu mengadu bahawa dia mengalami sakit perut selepas menelan penutup botol minuman dan meminta ia dikeluarkan pada 7 April lalu.

Selain itu, dia turut mendakwa kerap muntah akibat kejadian itu, memetik Daily Mail.


Menurut doktor, setiap ketulan emas itu mempunyai berat sekitar 33 gram.

“Jika emas itu dibiarkan lebih lama, ia akan menyebabkan pendarahan dalaman dan pecah usus,” ujarnya.

Permintaan terhadap emas di India adalah antara yang terbesar di dunia, namun akhir-akhir ini syarat mengimport emas telah diperketatkan akibat kes penyeludupan yang semakin tinggi.

TAOTAUAJER : Mungkinkah kehadiran ketulan emas di dalam perut lelaki itu boleh disifatkan sebagai satu kejadian miteri mahupun ianya satu modusoperandi penyeludupan yang tidak berjaya?


- - -
TAOTAUAJER - MENGERIKAN. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang dialami oleh seorang murid lelaki berusia 10 tahun menerusi gambar yang dikongsikan di akaun Facebook Harian Metro, hari ini.


Tidak diketahui puncanya, sebatang besi longkang tertusuk pada wajahnya sehingga menembusi kulit pipinya.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan Sacred Heart, Kota Kinabalu sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.


Menerusi komen salah seorang pembaca, biar pun dalam keadaan sakit, murid itu langsung tidak menangis.

Melihat keadaan besi penutup longkang itu, kami tidak menolak kemungkinan ia berlaku akibat kerosakan pada infrastruktur besi itu sendiri.

Semoga pihak berwajib mengambil tindakan agar kejadian sebegini tidak berulang lagi khususnya di kawasan sekolah.

TAOTAUAJER : Ya Allah... tragis nyer.. tengok pun dah mengerikan apatah lagi yang merasainya. Tabah sungguh si anak kecil ini, tidak menangis pun sewaktu dalam keadaan sebegini.


- - -