Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Seringkali dicanang dan dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia.


Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka.

Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.

Firman Allah ;
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.(Al-Araf :27)

Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.

Kenyataan yang terlalu umum “sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia” ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]).

Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.

Sekiranya kenyataan “sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia” ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.

Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.

Firman Allah:
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
“Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?”)

(Al-An’am : 130)

Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir al-Razi). Kisah mereka ini boleh didapati di dalam Al-Quran.

Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba’ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma’rifat aAl-Sahabah).

Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia.

Firman Allah SWT:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١)قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ (٤٢)فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.”

(Al-Rum : 41-42)
SUMBER : Utusan

TAOTAUAJER : Oleh itu, pihak yang selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini terus berlaku.


- - - - - - -
TAOTAUAJER - Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai.


Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik kehilangan MH370.

"Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia," katanya.

Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah diberikan dadah oleh perampas.

Apa yang lebih mengejutkan, pengirim mesej itu juga mendakwa dia dan penumpang lain ditahan di Pulau Diego Garcia di mana dia ditempatkan dalam sel yang berasingan daripada penumpang lain.

"Saya menyembunyikan telefon di dalam dubur, membolehkan saya menghantar mesej ini," tulis 'Wood'.

'Wood' yang nama itu sememangnya direkodkan sebagai seorang daripada 227 penumpang MH370, rakyat Amerika Syarikat dan merupakan eksekutif kanan IBM berpangkalan di Beijing

sejak dua tahun lalu, menyertai penerbangan MH370 dalam perjalanan pulang selepas menyelesaikan urusan kerjanya di negara ini.

Dia juga memuat naik gambar profilnya yang setelah dikaji, menggunakan perisian tertentu dirakam di Diego Garcia bertarikh 18 Mac 2014.


Orang ramai turut memberi reaksi terhadap mesej yang diragui itu malah, ada yang menganggap tidak masuk akal.
SUMBER : Sinar Harian

TAOTAUAJER : Pelik jugakkan... hasil daripada bukti nie menyatakan ia diambil pada 18 March dan pula berada di lokasi Diego Garcia, yang pelik nyer lagi Philip Wood pulak antara penumpang di dalam pesawat tersebut. Sekirannya pesawat tersebut terhempas, masakah dia boeh mengupload gambar tersebut? Apakah ini satu agenda dari sesuatu pihak yang ingin menjatuhkan Malaysia? Adoyai Pening - pening.. sungguh misteri - TRAGEDI MH370


- - -
TAOTAUAJER - SEJAK kehilangan pesawat MH370 dilaporkan pada 8 Mac lalu, media barat antara yang berlumba-lumba menyiarkan pelbagai laporan berkaitan dengan insiden itu.Malangnya, kebanyakan laporan mereka cenderung untuk memberikan imej buruk bukan sahaja terhadap negara kita, malah mengaitkannya dengan agama Islam yang disifatkan mereka sebagai pengganas.


Cable News Network (CNN) adalah antara saluran yang begitu ghairah memainkan pelbagai isu termasuklah kemarahan keluarga penumpang China dengan menekankan Malaysia sebagai negara ‘pembohong’ dan tidak telus dalam menyampaikan maklumat.


Sikap berat sebelah media barat itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat di negara ini termasuklah Presiden Pusat Kesedaran Politik Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan yang menulis luahannya menerusi portal Mole.my.

Katanya:
“Semasa krisis MH370, semua orang dahagakan maklumat. Bagaimanapun, berita CNN menyampaikan maklumat yang berat sebelah mengenai MH370 secara berterusan atas nama ‘laporan berita’. Bukan sahaja ia memburukkan lagi masalah yang sedia ada, tetapi ia juga menyebabkan orang ramai ‘menentang’ Malaysia yang pada masa ini sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk mengesan pesawat itu dengan kerjasama 26 negara lain. 
“Jelas sekali, CNN mempunyai agenda tersembunyi dengan mencemuh Malaysia menerusi artikel dan rencana yang berat sebelah.” 
Menurut Huan lagi, dalam dunia CNN, misi mereka dalam mengejar rating telah mengenepikan laporan berdasarkan fakta.
Lebih melucukan, penyampai berita saluran itu hanya menggunakan pesawat mainan untuk menggambarkan bahagian tertentu pada pesawat sambil mengeluarkan teori-teori mereka.


Itu belum lagi ditambah dengan penerangan menerusi gambaran grafik ‘murah’ bagi merendah-rendahkan lagi Malaysia di mata dunia.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rating CNN telah menurun berbanding Fox News sehinggalah berlakunya kejadian MH370. Jelas sekali dunia sangat berminat dengan misteri ini. CNN melihat berita kehilangan pesawat ini sebagai ‘lombong emas’ sekaligus memanipulasikannya ke tahap maksimum. 
“Secara mudahnya, motivasi CNN ialah tentang keuntungan menerusi rating yang tinggi. Namun, siapa yang terpaksa ‘membayar harga’ atas laporan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab mereka? 
“Sudah tentu Malaysia! Simpatilah sikit! Fikirlah apa yang dilalui oleh semua orang,” kata Huan.

Beliau pada masa yang sama turut membidas wartawan penyiaran yang tidak bersungguh-sungguh melakukan penyelidikan sehingga merujuk Kuala Lumpur sebagai salah satu bahagian di Indonesia.


“Baru-baru ini, CNN menemubual Anwar Ibrahim bagi mengetahui pandangannya mengenai MH370. Walhal, mereka sebenarnya boleh menemubual Perdana Menteri atau Pemangku Menteri Pengangkutan yang boleh memberikan jawapan yang lebih jelas mengenai perkara itu!


“CNN jelas tidak mempunyai akar berita lagi. Keutamaannya lebih kepada rating dan keuntungan serta menyokong apa sahaja agenda politik tersembunyi, sekaligus membutakan penerbitnya daripada mematuhi prinsip-prinsip kewartawanan dan tanggungjawab asas dalam melaporkan kebenaran dan tanggungjawab.
“Jangan pilih Malaysia walau apa pun motif anda! Jika mahu menulis mengenai negara ini, lakukannya dengan betul!” tegas Huan.

Pada masa yang sama, tulisan Huan ini sebenarnya perlu difikirkan juga oleh segelintir rakyat Malaysia yang kerap berkongsi artikel CNN atau media barat yang lain di laman sosial mereka.

TAOTAUAJER : Sebaiknya, jangan membuta-tuli menyebarkan maklumat yang dirasakan sensasi kerana ia secara tidak langsung menambahkan lagi ‘kepedihan’ dan tekanan yang dialami oleh ahli keluarga penumpang MH370. - TRAGEDI MH370


- -
TAOTAUAJER - Di Stockholm, satu keluarga di Sweden terkejut besar apabila mendapati tikus yang selama ini berkeliaran di rumah mereka bersaiz gergasi. Pastinyer korang jugak akan terkejut besar apabila menemui tikus yang sangat besar. 


Keluarga Bengtsson-Korsås mula mengesan sesuatu yang pelik apabila kucing peliharaan mereka, Enok enggan masuk ke dapur kediaman mereka di Solna, Stockholm.

Kejutan berlaku selepas mereka melihat sendiri tikus yang membuatkan kucing mereka ketakutan itu berukuran 38 sentimeter.


Tikus itu berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan melalui lubang yang dibuat di celahan panel kayu dan konkrit.

Sebelum ini, tikus itu tidak pernah kelihatan sehinggalah keluarga itu mengalihkan tong sampah di dapur rumah mereka.
“Saya ketakutan. Ia sangat besar sehingga saya tidak dapat mengenal pasti apakah benda itu sebenarnya dan sebaik melihatnya, saya terus melompat ke atas meja,” kata Signe Bengtsson-Korsås

Tikus gergasi itu selesa “menetap” di sebalik sinki dan turut menyebabkan salurannya bocor kerana digigit haiwan berkenaan.


Usaha keluarga itu untuk menghalaunya tidak berhasil sebaliknya tikus gergasi itu berani menunjukkan dirinya dan berkeliaran di dapur.

Khidmat kawalan makhluk perosak dipanggil bagi memasang jerat yang digunakan industri untuk menangkap tikus berkenaan dan tidak lama selepas itu satu dari jerat itu mengena.

Bagaimanapun, apabila diperiksa, jerat itu hilang. Jerat yang dipasang tidak mampu menghalang pergerakan tikus gergasi itu. “Haiwan itu tidak mati terkena jerat sebaliknya melarikan diri bersama jerat itu. Ia kemudiannya masuk di celah kayu dan tersekat di situ sebelum mati tercekik,” katanya.- Agensi

TAOTAUAJER : Mane tak nyer kucing pun lari kalau dah sebih kurang sama besar dengan kucing pun. Tah macamana la binatang nie boleh sebesar ini. Sebelum ini juga kejadian sebegini pernah di laporkan, yang lagi menyedihkan apabila haiwan ini memakan dua orang bayi dalam dua peristiwa berbeza di Cape Town 3 tahun lepas - KOLEKSI OMG


-
TAOTAUAJER - Kalau sebelum ini Satelit INMARSAT daripada United Kingdom mengesahkan lokasi terakhir pesawat MH370 adalah di Lautan Hindi berdasarkan kepada maklumat 'PING' , namun kini berita terbaru apabila Jepun adalah negara terbaru mengesan objek pada imej satelit mereka yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.


Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.

Grafik daripada Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun menunjukkan lokasi 10 objek dikesan.


Objek itu terapung kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth iaitu di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini

Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.

Maklumat tersebut sudah diberi kepada pihak Malaysia, katanya.

Namun, belum terdapat pengesahan objek itu berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, 8 Mac lalu.

Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.


Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.

Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini. - Agensi 
Tokyo, Japanese satellite images have shown around 10 floating objects off Australia, possibly from missing Malaysia Airlines Flight 370, media reports quoted the government as saying Friday.
The objects were spotted in waters roughly 2,500km southwest of Perth, Kyodo and Jiji news agencies said.
Japan's Cabinet Satellite Intelligence Center's study showed objects up to eight metres in length and four metres wide in images captured by a satellite between 9am and 3pm (0000GMT and 0600GMT) Wednesday, Kyodo said.
A government source said they could be wreckage of the missing plane since they were found in an area overlapping the sites where debris had previously been spotted, according to the agency.
Jiji quoted a government official as saying the floating objects were "highly likely" to be part of the plane.
Japan had handed the information to Malaysia, the reports said. – AFP

TAOTAUAJER : Pelik, habis tao cari manakah gambar yang dikatakan di rakamkan oleh satelit Jepun tak jumpa satu pun. Mungkin belum di edarkan lagi imej yang dijangkakan .. takapa kita tunggu update seterusnya nanti. - TRAGEDI MH370


-
TAOTAUAJER - Jangan terkejut sekiranya pada 29 Mac nanti korang akan tiada bayang, sepertimana taotauajer diberitahu beberapa kawasan di seluruh negara termasuk di ibu negara berpeluang mengalami fenomena tanpa bayang,


Sepertimana yang di maklumkan fenomena ini bakal berlaku pada 29 Mac ini pada pukul 1.20 petang dan  juga pukul 1.10 petang pada 15 September 2014.

Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) Agensi Angkasa Negara (AAN) dalam satu kenyataan media memberitahu, fenomena itu akibat peredaran Bumi mengelilingi matahari dengan kecondongan satah Bumi pada sudut 23.5 darjah.

“Kawasan-kawasan yang berada dalam latitude 23.5 darjah utara dan 23.5 darjah selatan akan mengalami fenomena tersebut namun tarikh dan masa berbeza mengikut kedudukan lokasi.

“Sebagai contoh di Pulau Langkawi, fenomena itu akan berlaku pada 6 April ini pada pukul 1.24 petang dan 6 September, pukul 1.20 petang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, fenomena itu bagaimanapun bukan sesuatu situasi yang pelik kerana ia berlaku dua kali pada setiap tahun.

Tambah kenyataan itu, pada waktu itu orang ramai akan mendapati matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari.

Hal itu akan menyebabkan mereka tidak dapat melihat bayang-bayang sendiri sekiranya berdiri di kawasan lapang.

Buat pengatahuan korang fenomena itu juga dikenali sebagai peristiwa Ekuinoks apabila Matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara Bumi. Kejadian ini berlaku setiap Mac dan matahari juga akan melintasi Khatulistiwa dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan Bumi setiap September pula.


Tiada yang istimewa pada hari berkenaan selain matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari. Ini menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang kita jika berdiri di tengah panas

Fenomena berkenaan juga berlaku setiap hari tetapi di lokasi berbeza mengikut garis lintang kedudukan pergerakan matahari. Ini bermakna setiap negara yang berada di antara garisan Sartan dan Jadi, termasuk Khatulistiwa, akan merasai fenomena berkenaan.

Fenomena berkenaan juga berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu dua hingga lima minit serta tidak memberi kesan langsung kepada penduduk bumi seperti kejadian gerhana bulan dan matahari.

Ahli falak Islam yang masyhur, Imam al-Khawarizmi dan ahli sains Isaac Newton berpendapat, setiap dua jisim yang berdekatan mewujudkan kesan tarik menarik antara satu sama lain, sama ada kuat atau lemah tarikan itu. Disebabkan ketika berlakunya gerhana matahari, bulan berada hampir dengan bumi, pastinya akan berlaku tarikan kuat dari bulan terhadap bumi yang mengakibatkan berlakunya perubahan paras air laut dan mungkin angin yang memberi kesan kepada cuaca.

Gerhana bulan dan matahari juga boleh membawa perubahan kepada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan benda hidup di dunia ini. Contohnya, jika berlaku gerhana matahari di mana waktu siang tiba-tiba bertukar menjadi gelap seperti malam, mungkin haiwan seperti burung akan keliru dan menyebabkan ia terbang pulang ke sarang atau tidak berhaluan.

Berbeza dengan kedua-dua gerhana berkenaan, fenomena tanpa bayang hanya kejadian tiada bayang kelihatan pada tepat waktu tengahari di sesuatu tempat ketika matahari melintasi garisan lintang kawasan berkenaan. Selepas daripada tarikh itu, bayangan mereka akan kelihatan semula jika dilihat di atas tanah pada tepat waktu tengahari kerana kedudukan matahari yang semakin beralih ke garis lintang sama ada arah utara atau pun mungkin arah selatan.

Semua bandar di dunia yang berada di antara garisan lintang 23.5 darjah Utara (garisan Sartan) dan garisan lintang 23.5 darjah Selatan (garisan Jadi) akan mengalami keadaan itu dan dalam tempoh setahun, hemisfera selatan terlebih dulu mengalaminya seperti di Australia pada bulan Disember hingga Januari.

Sebelum ini, tempat popular yang menjadi tumpuan ialah bandar Pontianak, Kalimantan Barat, kerana kedudukannya betul-betul di garisan Khatulistiwa. Bandar itu akan mengalami fenomena itu dua kali setiap tahun.

Fenomena sama yang berlaku di Makkah pada 28 Mei dan 15 Julai setiap tahun, dimanfaatkan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk membetulkan arah kiblat masing-masing berdasarkan kepada unjuran arah bayang matahari di kawasan setempat masing-masing pada waktu itu akan menghala Makkah. Korang baca nie ▬▬► Fenomena Istiwa Matahari di atas Kaabah.

TAOTAUAJER : Nanti pada tarikh 29 haribulan boleh la ramai-ramai ambik gambar tiada bayang... tapi sebenarnya ada jer bayang tapi betul-betul di bawah kita, takpe kita tengok macamana fenomena itu nanti pada 29 hari bulan. Amacam? sekarang korang dah tahu la kan sebabnya mengapa fenomena tanpa bayang ini boleh berlaku... - Koleksi Fenomena Dunia

- - - -
TAOTAUAJER - Lokasi kehilangan MH370 diperkecilkan melalui pengkajian yang rapi terhadap ‘ping’ dari kapal berkenaan kepada satelit, menurut syarikat Inmarsat dari United Kingdom (UK) yang menyediakan data satelit koridor utara dan selatan, semalam.


Peningkatan tahap kompleks dalam mengkaji maklumat itu merupakan penyebab mengapa selepas dua minggu baru sebarang rumusan yang kukuh dicapai, tambah syarikat itu.



Menurut laporan The Telegraph, MH370 menghantar isyarat ‘ping’ kepada satelit secara berterusan setiap jam walaupun semua sistem komunikasi lain kapal telah dimatikan.

Isyarat seperti itu biasanya digunakan untuk menyeragamkan maklumat masa.

Dengan mengkaji aliran ‘ping’ berkenaan, Inmarsat memutuskan bahawa kapal itu telah terbang lebih 5 jam selepas meninggalkan ruang udara Malaysia dan berkemungkinan telah mengambil dua laluan.

Naib Presiden Kanan (Hubungan Luar) Inmarsat Chris McLaughlin berkata kepada The Telegraph; “Kita melihat kepada kesan Doppler, yakni perubahan frekuensi akibat pergerakan satelit dalam orbitnya. Apa yang kami peroleh kemudiannya adalah jangkaan laluan utara dan jangkaan laluan selatan,”.

Walaupun Inmarsat menyampaikan maklumat itu kepada kerajaan Malaysia pada 12 Mac, ia terus mengkaji data yang ada.

Sejak itu, perbandingan turut dilakukan dengan lain-lain kapal terbang dalam laluan yang sama dan Inmarsat berjaya mewujudkan ‘persamaan luar biasa’ antara laluan yang diramal ke selatan dan bacaan yang diterima dari kapal terbang yang lain.

Maklumat itu bersama anggaran kelajuan MH370, memperkecilkan kawasan pencarian kepada 3 peratus daripada keluasan koridor selatan.

“Kami berkerja berdasarkan di mana ‘ping’ terakhir berlaku dan kami tahu bahawa kapal berkenaan mesti telah kehabisan minyak sebelum ‘ping’ otomatik seterusnya, tetapi kami tidak tahu kelajuan kapal itu bergerak – kami andaikan ia 450 knots,” kata McLaughlin.

“Kita tidak tahu bila bahan bakar kapal itu habis, kita tidak boleh tahu sama ada kapal itu menjunam atau meluncur dan kita tidak tahu sama ada kapal itu ketika penghujungnya sedang terbang lebih perlahan kerana ia terbakar dan berasap.” tambahnya.

Analisis itu telah diserahkan selepas ia dinilai oleh rakan industri penerbangan yang lain di UK dan oleh Boeing, lapor Sky News.



TAOTAUAJER : Jika benar pesawat MH370 tersebut telah terhempas di lautan hindi tersebut, tao mengucapkan tak ziah kepada ahli keluarga yang terlibat. Punca kapal itu terhempas bagaimanapun masih misteri, sama-sama kita tunggu apabila kotak hitam pesawat tersebut ditemui dan baru la tahu apa yang terjadi sebenarnya.


-
TAOTAUAJER - Malam semalam kita baru sahaja mendapat satu berita sedih yang di umumkan oleh YAB Perdana Menteri dimana telah mengesahkan #MH370 yang berlepas dari KLIA ke Beijing telah menuju ke arah Lautan Hindi dan terhempas di Selatan Lautan. Ikuti pautannya[ DI SINI ]


USAHA mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 merupakan satu misi yang amat sukar kerana keadaan lautan berkenaan yang selalunya bergelora selain ia merupakan laluan terpencil.

Kawasan lautan itu jarang dilalui oleh kapal dagang kerana keadaan perairan dan cuacanya yang selalu tidak menentu.

Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pesawat berkenaan diadakan dengan giat di sekitar kawasan itu yang juga berada dalam kawasan mencari di koridor selatan selain operasi SAR di koridor utara.

Sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pesawat jenis Boeing 777-200ER itu dikatakan berada di Lautan Hindi semalam, maka untuk menemui bangkai pesawat jika ia terhempas juga amat mencabar sekali.

Kalau korang nak tau Lautan Hindi mempunyai purata kedalaman kira-kira 3.6km dan jika diibaratkan dengan ketinggian Menara Berkembar Petronas KLCC, kedalamannya merangkumi sepuluh kali Menara KLCC.



Bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Al-Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pula hanya berketinggian 829.8 meter.

Kedalaman purata lautan itu juga tidak dapat menyaingi ketinggian gunung tertinggi di benua Australia iaitu Gunung Kosciuszko di Taman Negara Kosciuszko di New South Wales, Australia.

Kini cabaran mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu semakin bertambah rumit dengan jangka hayat bateri kotak hitam itu kini hanya mempunyai masa lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk dikesan.

Menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Rizal Arshad, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar.

Beliau membuat perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.

“Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar.

“Selain itu cabaran seterusnya ialah mengenal pasti lokasi. Kita tidak tahu dimana lokasinya dan dengan dengan Lautan Hindi yang bersifat dinamik dimana ia berubah menyukarkan lagi proses mencari,” kata Dr Rizal.

Beliau menambah, Lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya yang kerap berubah.

Oleh itu menurut beliau jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan.

Selain itu, kekangan teknologi juga antara faktor yang memberi cabaran kepada pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mereka.

Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut.

Menurut Dr Rizal, rata-rata teknologi yang ada kini hanya boleh mengesan objek sedalam 500 meter sahaja dimana beliau mencerminkan Lautan Hindi sebagai lautan yang ‘ganas’.

“Isunya ialah menggunakan kapal untuk kita menggunakan teknologi sonar, iaitu tenaga bunyi untuk melakukan pemetaan di dasar laut. Kapal-kapal ini kebanyakkannya hanya boleh melakukan pemetaan pada kedalam 1000 meter sahaja,” katanya.

Sementara itu, beliau turut membuat perbandingan antara misi pencarian pesawat Air France 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada 2009 dengan kehilangan MH370 dimana menurutnya ia amat berbeza.

“Kotak hitam tidak direka untuk menahan tekanan yang besar dalam lautan dengan kedalaman melebihi 4000 meter. Dalam kes Air France 447, mereka tahu lokasi pesawat itu terhempas, tetapi kita tidak tahu dimana MH370 berada.
SUMBER : Astroawani

Cabaran begini mungkin terpaksa dihadapi penyelamat dalam misi SAR. Doakan keselamatan penyelamat2 SAR dan MH370..#prayforMH370


TAOTAUAJERDengan serba sedikit keterangan ini agar kita semua dapat membayangkan bagaimana sukarnya langkah seterusnya yang akan dilalui semua pihak… termasuk kesabaran para keluarga penumpang yang pastikan mahu penutup kepada episod sedih ini dengan penemuan jasad orang tersayang dari dasar selatan Lautan Hindi.

- - - -
TAOTAUAJER - Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam. Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.                                                                                                              sumber : Astroawani



TAOTAUAJER :Innalillahiwainnalillahirojiun, akhirnya pesawat mh370 telah di sahkan oleh najib sendiri di jumpai di perairan selatan lautan hindi.



- - - - -
TAOTAUAJER - Satu kejadian ngeri yang mengejutkan di China. Kejadian ini sudah berlaku pada 5 Februari lalu. Namun pihak polis China baru mendedahkan foto yang diambil dari rakaman CCTV semasa pasangan pertengahan umur dilanggar oleh sebuah kereta.


Mangsa yang bernama Hu Mou, dan isterinya. Mereka sedangh memandu sebuah kenderaan roda 3. Mereka dikatakan tidak mematuhi arahan lampu merah yang sedang menyala. ketika melintas menyebabkan sebuah kereta menghentam mereka.


Gambar yang dirakam kelihatan dahsyat, di mana keduanya melambung ke udara dan kenderaan mereka hancur hingga tidak berbentuk. Sementara kereta yang melanggar kelihatan rosak di di bahagian tepi. Hu Mou dan isterinya maut di tempat kejadian.

Gambar ini dikeluarkan sempena anjuran untuk keselamatan bersama dengan berkendaraan lalu lintas. Gambar tersebut mampu membuat ramai orang terkejut dan berfikir sejenak sendirian.

Selain dari pada itu terdapat juga kejadian yang sama berlaku apabila melanggar lampu isyarat merah. Saksikan  video di bawah ini...



sumber : Dailymail

TAOTAUAJER : Dengan itu di ingatkan kepada semua, janganlah melanggar lampu isyarat merah.. ini kerana ia sangat berbahaya dan boleh meragut nyawa. Ingatlah orang yang tersayang. - Koleksi Kemalangan


- - - -
TAOTAUAJER - Selepas sahaja Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kepada umum pada 1 Mac lalu, telah timbul kegemparan berlaku iaitu cubaan kes bunuh diri.


Menariknya, individu yang mencatat ‘rekod’ sebagai orang pertama terjun dari jambatan tersebut adalah pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara seorang timbalan menteri. Mujurlah dia berjaya diselamatkan nelayan yang berada berhampiran jambatan. 

Kini, sebuah lagi kisah sensasi melibatkan Jambatan Kedua Pulau Pinang kembali disebarkan iaitu kemunculan pocong yang berjaya dirakam imejnya.


Imej yang disebarkan berupaya bayangan sesuatu berwarna putih yang salah satunya kelihatan seperti berada dalam kedudukan sedang meloncat.
sumber : Mynewshub

TAOTAUAJER : Bagaimanapun sejauh mana kebenaran cerita ini masih boleh dipertikaikan apatah lagi kisah hantu atas jambatan bukan perkara baru dalam dunia mistik tanah air. - Koleksi Kisah Seram


- - - -