Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Kalau sebelum ini tao ada bagi tau kisahnya masjid di filipina di robohkan, kali ini pula masjid-masjid di negara ANGOLA mula di robohkan apabila , negara tersebut menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut. Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.


Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.


Sementara itu Rosa Cruz de Silva , Menteri Kebudayaan Angola berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.

” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya.



DALAM perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.

“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.

“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.

“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.

Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.

Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.

Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.

“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.

SUMBER : MyNewshub

TAOTAUAJER : Astaghfirullahallazim, makin dahsyat islam di kecam sekarang ni.. tunggulah bala allah di bumi anggola spt taufan yg melanda Filipina... - Koleksi GEMPAR! 


- - -
TAOTAUAJER - Kejadian kehidupan dan kematian adalah sudah di takdirkan, tapi apakah yang tersirat apabila kejadian yang belaku itu mempunya persamaan dan hubungkait.. adakah ianya satu kebetulan? Disini tao nak kongsikan sedikit informasi yang mungkin ramai tak tahu tentang pemimpin terkemuka Abraham Lincoln dan John F. Kennedy yang mempunyai jalan hidup yang agak kebetulan.


Berdasarkan sejarah...
Abraham Lincoln was elected to Congress in 1846.
John F. Kennedy was elected to Congress in 1946.
Abraham Lincoln was elected President in 1860.
John F. Kennedy was elected President in 1960.
Both were particularly concerned with civil rights.
Both wives lost a child while living in the White House.
Both Presidents were shot on a Friday.
Both Presidents were shot in the head.
Now it gets really weird.
Lincoln's secretary was named Kennedy.
Kennedy's Secretary was named Lincoln.
Both were assassinated by Southerners.
Both were succeeded by Southerners named Johnson.
Andrew Johnson, who succeeded Lincoln, was born in 1808.
Lyndon Johnson, who succeeded Kennedy, was born in 1908.
John Wilkes Booth, who assassinated Lincoln, was born in 1839.
Lee Harvey Oswald, who assassinated Kennedy, was born in 1939.
Both assassins were known by their three names.
Both names are composed of fifteen letters.
Now hang on to your seat.
Lincoln was shot at the theater named "Ford."
Kennedy was shot in a car called "Lincoln" made by "Ford."
Booth and Oswald were assassinated before their trials.
And here's the "kicker":
A week before Lincoln was shot, he was in Monroe, Maryland.
A week before Kennedy was shot, he was with Marilyn Monroe.
AND...................
Lincoln was shot in a theater and the assassin ran to a warehouse...
Kennedy was shot from a warehouse and the assassin ran to a theater...

TAOTAUAJER : Apakah ini semua sekadar satu kebetulan? Takdir itu termaktub didalam kitab Allah swt yang bernama Lauh al-Mahfuz. Dan ringkasan Lauh al-Mahfuz itu semuanya ditulis di dalam Jawami' al-Kalim (kumpulan semua kata-kata) iaitu kitab kecil yang bernama al-Qur'an. Sebab itu sejarah nampak seperti berulang-ulang. Perkara ini sebenarnya adalah untuk meyakinkan umat Islam tentang kebenaran al-Qur'an dan juga untuk menolong umat Islam bagi menghadapi perkara-perkara yang akan berlaku. Namun ia tidaklah mesti berlaku selagi kita yakin bahawa doa bersama usaha boleh mengubah keadaan. Oleh itu doa, usaha dan tawakkal perlu dibuat sepanjang masa bagi mengubah sejarah yang buruk agar tidak berulang. - Koleksi Misteri 


- - -
TAOTAUAJER - Mungkin ada di antara korang pernah dengar cerita misteri tentang Villa Nabilla di Johor Bahru yang penuh dengan misteri dan dikatakan berhantu. Terkini Kejadian yang berlaku di Villa kembali lagi dimana Kejadian Lama Sudah Berlaku Semula . Kecoh Di Villa Nabila Sebab kehilangan Budak yang memasuki villa itu untuk melihat sendiri misteri yang terdapat di Villa tersebut.


Berita palsu 23 remaja hilang di Villa Nabila pada 18 November 2013. Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi. Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan memasuki kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang sejak malam semalam.



Namun itu semua tidak benar apabila :

Hakikatnya, pihak polis hanya menerima satu laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut. 

Polis akhirnya tampil memberikan kenyataan yang benar tentang kes kehilangan remaja di villa tersebut. Berikut adalah artikel berita yang dikongsikan:

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukan 23 hilang di banglo tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.

“Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan,” katanya.

Sementara itu sejak jam 8 pagi tadi kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai susulan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial.

Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Identiti Remaja Hilang: Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun



Video temubual penjelasan akan Tragedi VIlla Nabilla NOV 2013







Update Terkini 19 November 2013: Mohd Izzat Izzudin Hussin Remaja Hilang Kini Ditemui



Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu di Villa Nabila telah ditemui selepas tengah malam tadi. Apa yang peliknya, dia bukan ditemui di lokasi kejadian tetapi di Flat Desa Mutiara, jauh dari Villa Nabila. Menurut sumber, Izzat dan rakannya, dikatakan menonton filem Highland Tower.

Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat ‘keras’ untuk dikunjungi secara berkumpulan. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi.

Setelah berada di situ, semua keluar melalui jalan belakang, dan berhenti rehat di Masjid Kolam Air sewaktu azan berkumandang, sebelum mereka bersurai. Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.

TAOTAUAJER : Hahaa... Satu Malaysia kena TROLL! .Sungguh banyak spekulasi sehinggakan tak tau mana cerita yang benar sehinggakan polis mengeluarkan pengesahan akan kejadian tersebut. Tah macam mana ada tersebar cerita 23 orang hilang pulak? Last-lastnyer yang hilang tu menyorok kat tempat lain. Apa pun cerita di Villa Nabila ini tetap menjadi misteri - Koleksi Misteri 


- - -
TAOTAUAJER - Sadis dan kesian apabila meliht bencana alam yang menimpa filipina, Taufan Haiyan ragut lebih 10000 nyawa. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.


Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/hr di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.


Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.



Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.



Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.



SUMBER : philstar.com, Kosmo, google

TAOTAUAJER : Subhanallah, ini adalah ujian dari Allah s.w.t supaya kita sedar dan insaf betapa kerdilnya kita di muka bumi ini. Kalau tuhan nak tunjuk sekelip mata saja boleh binasa...ini juga menunjukkan tiada apa yang kekal di muka bumi, manusia juga tidak terkecuali...KEMATIAN itu pasti...sesama kita berdoa supaya Allah s.w.t mengampuni segala dosa-dosa umat islam di dunia ini sebelum terlambat. - Koleksi Artikel Islamiah.

- - - - - -
TAOTAUAJER - Pastinyer korang sudah biasa dengan cerita bujang lapuk yang mengisahkan bagaimana mereka bertiga mencari wang untuk berkahwin. Mungkin korang terlepas pandang makna tersirat ketika menonton filem Bujang Lapok.


Tahukah anda, filem Bujang Lapok adalah kritikan sosial terhadap gaya perbelanjaan masyarakat yang sebenarnya masih relevan hingga ke hari ini. Jom kita lihat...



-
TAOTAUAJER - Sepertimana sebelum ini tao pernah postkan dimana Angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan, Neil Armstrong telah membuktikan bahawa kota suci Mekah yang terletaknya Kaabah adalah merupakan pusat kepada planet bumi.


Sebenarnya dalam al-Quran telah lebih dahulu membicarakan perkara ini. Maka sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran, kita perlulah meneliti dan berfikir di sebalik rahsia-rahsia yang terkandung di dalam ayat-ayat suci al-Quran al-Karim itu.

Fakta ini telah diteliti melalui suatu penelitian ilmiah.


Radiasi Kota Mekah

Para angkasawan telah menemui bahawa planet bumi mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkan di Internet tetapi sayangnya 21 hari kemudian, laman sesawang tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan tersebut.


Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah dan tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir).

Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih berterusan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub Utara dan kutub Selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama Zero Magnetism Area, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua-dua kutub.


Benarkah penduduk mekah hidup lebih lama?

"Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat dan tidak banyak dipengaruhi oleh kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi (tawaf) di Kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah."

Penelitian lainnya ialah Hajarul Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di England, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam (rujuk Jami' at-Tirmizi al-Hajj).

Begitu juga hadis yang bermaksud: "Hajar Aswad dari batu-batuan syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari syurga selain batu itu." (riwayat Tabarani)

SUMBER : Gempak.org

TAOTAUAJER : Subhanallah, inilah salah satu rahsia mekah yang mungkin kita tidak ketahui. Semoga suatu hari nanti kita dapat menjejakkan kaki kesana , Insyaallah - Koleksi Miracles of Allah Almighty 


- - - - -
TAOTAUAJER - Pastinyer korang sudah baca atau terlihat post-post perkongsian daripada fanpage di facebook yang mengatakan bahawa negeri Johor tukar cuti mingguan kepada hari Jumaat. Di mana cuti mingguan hari Sabtu dan Ahad ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu.


Tapi ramai yang tak tahu dimana kesahihan berita ini tidak di ketahui, dan belum ada laporan rasmi akan penukaran cuti mingguan di Johor kepada hari jumaat.

Ulasan dari FanPage Kesultanan Johor :
Jangan membuat sebarang spekulasi berkenaan pindaan cuti bagi negeri Johor. Pengumuman di media sosial tidak boleh digunapakai. Tunggu pengumuman dari SUK Johor. Dokumen yang tersebar itu adalah kertas cadangan yang masih dalam proses dan belum diperkenankan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Admin-admin di media sosial diharapkan lebih bertanggungjawab dalam setiap posting. Jangan terlebih bijak dalam menyampaikan infomasi.



TAOTAUAJER : Jadi kesahihan berita negeri Johor tukar cuti mingguan kepada hari Jumaat masih tidak dapat disahkan sama ada benar atau sebaliknya. 


-
TAOTAUAJER - Kes kemalangan maut yang berlaku dia jalan Kukup-Pontian pada oktober 2013 lepas, dimana kejadian berlaku berhampiran kuil India di jalan Kukup.


Dilaporkan kemalangan berlaku lebih kurang dalam 6.30 pagi dan sewaktu hujan lebat. Difahamkan kereta yang dipandu mangsa telah terlanggar pokok tumbang lalu terbabas melanggar pokok. Anehnya terdapat seakan-akan makhluk halus yang berjaya dirakamkan dalam gambar tersebut...

Gambar ini diambil oleh saksi yang berada ditempat kejadian..


SUMBER : Carigold

TAOTAUAJER : Apakah benar apa yang kita lihat tersebut adalah hantu? atau sekadar imaginasi mata kita yang di sebutkan pareidolia ? dimana suatu fenomena psikologis dimana otak mempersepsikan apa yang sedang kita saksikan dengan apa yang pernah kita lihat / alami sebelumnya. Wallahualam, Allah sahaja yang mengetahuinya - Koleksi Angker!


- - - -
TAOTAUAJER - Pasangan Selamat Walaupun Kereta Dihentam Kontena Besar Di China. Bila tengok gambar, rasa macam pemandu dan penumpang mungkin dah tidak bernyawa tetapi sebaliknya yang berlaku. Menurut sumber, pasangan ini dalam perjalanan untuk date kali pertama mereka. Memang malang tidak berbau.










TAOTAUAJER : Berpantang maut sebelum ajal, nasib baik pasangan ini tidak penyek di hempap dengan kontena besar tersebut. - Koleksi Dahsyat!


- - -