Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Dengan konflik yang berpanjangan di gaza pintu penyeberangan Gaza-Mesir yang terletak di Rafah telah ditutup telah mengakibatkan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan. Namun begitu, dengan kuasa allah membantu mereka ini apabila ratusan ikan pari jenis Mobula secara misteri terdampar di pantai Gaza, Palestin. Peristiwa ini menjadi berkah tersendiri bagi warga Gaza yang merana akibat sekatan negara zionis Israel.


Eyad Almadoun bersyukur dengan rezeki tak terduga

Dalam video yang boleh dilihat di Youtube, dilaporkan Daily Mail, seorang nelayan bernama Eyad Almadoun mengaku terkejut melihat pemandangan tersebut. Dia berkata, ikan pari ini terakhir dilihat di pantai Gaza enam tahun lalu.


Dia berkata, biasanya warga Gaza mendapatkan ikan ini dari Mesir yang dihantar melalui terowong bawah tanah. Harganya juga sangat mahal.

Dia berkata, ini bukan kali pertama ikan terdampar di pantai tersebut. Sehari sebelumnya, sebanyak 220 ekor ikan terdampar di pantai dan dia yakin esok ikan yang terdampar akan lebih banyak lagi.

"Hari ini Tuhan menyediakannya untuk kami," kata dia.




Ikan pari Mobula ini mempunyai ciri sama dengan ikan pari manta. Mobula boleh mencapai panjang hingga lima meter dan berat lebih daripada 76 kilogram. Sekilo ikan jenis ini dijual di Gaza dengan harga enam atau tujuh shekel.

Ramai-ramai warga Gaza memotong ikan-ikan tersebut dan mengangkutnya menggunakan kereta tolak. "Kini baik orang kaya dan miskin boleh memasak ikan ini dan memakannya dengan nasi atau tomato," kata Almadoun.

TAOTAUAJER : Subhanallah, inilah tanda kebesaran allah, mereka di murahkan rezeki dikala di himpit kesusahan dan tekanan akibat sekatan negara zionis Israel yang kejam - Koleksi .Miracles of Allah Almighty


- - - -
TAOTAUAJER - Kewujudan haiwan lagenda naga sememang nyer menjadi tanda tanya , apakah haiwan ini benar-benar wujud di alam nyata. Pada bulan oktober di kejutkan dengan fenomena misteri yang berlaku di thailand dikatakan dikaitkan dengan kewujudan naga , dimana fenomena misteri bebola api yang keluar dari sungai tersebut ke udara.


Setiap tahun, di tepian Sungai Mekong ratusan ribu orang berkumpul untuk menyaksikan sebuah fenomena unik yang telah terjadi sejak beratus tahun yang dahulu, beratus-ratus bola api meletup secara spontan keluar dari sungai tersebut. Dikenali sebagai “bung fai paya nak” atau “fireballs Naga,” yang kelihatan seperti Bola Api Naga yang dikatakan dari nafas seekor naga.

Dari dalam sungai Mekong akan muncul bola api yang kemudian meluncur ke angkasa sehingga setinggi ratusan meter. Warnanya berbeza-beza , ada yang merah, pink, atau putih. Warga sekitar percaya bahawa bola api itu adalah semburan nafas dari Naga yang hidup di wilayah itu.



Bola-bola api itu boleh muncul secara berurutan sehingga belasan kali. Setelah bebola api tadi terbang di udara, bola api tadi menghilang dalam kegelapan. Setiap tahun, sekitar 200-800 bola api itu terlihat di sepanjang sungai tersebut. Semuanya terjadi begitu saja, tanpa bunyi maupun asap.

Biasanya fenomena ini terjadi hanya sekitar 1-3 hari dalam setahun pada bulan Oktober. Fenomena ini hanya boleh dilihat pada waktu malam hari, di mulakan dengan dayungan perahu yang dihiasi dan diterangi oleh ribuan lilin ke sungai tersebut.


Ada yang percaya bebola api tersebut datang nyer dari nafas Naga, haiwan mitos yang menghantui sungai tersebut. (Penduduk tempatan menggunakan gambar kasar lama dan poskad binatang mitos untuk membuktikan kehadirannya kepada pelancong.) Lain-lain percaya fireballs sebenarnya poket metana menggelegak dari sungai, tetapi ramai penduduk tempatan kekal yakin bahawa fireballs adalah perkara ghaib.


TAOTAUAJER : Memang aneh , jarang kita lihat dan mungkin kita tak pernah tahu ada fenomena seaneh ini yang berlaku di dunia ini. Sesungguhnya banyak perkara yang masih menjadi misteri dan pelbagai perkara yang aneh didunia ini, hanya Allah yang tahu.. - Koleksi  Kejadian Pelik dan Luar Biasa


- - - - -
TAOTAUAJER - Antara kegunaan lain telefon bimbit pada masa kini selain untuk membuat panggilan dan ber’sms’ adalah sebagai ‘alarm’ untuk mengejutkan diri pada waktu-waktu tertentu seperti bangun disepertiga malam untuk bermunajat pada Allah s.w.t.


Adakah korang tahu kesan negatif jika bersama dengan telefon bimbit selama 24 jam atau tidur bersama telefon samada berada pada badan anda atau di bawah bantal anda? Kita perlu tahu kerana telefon bimbit akan membawa kesan negatif terhadap kesihatan kita samada pada sudut fizikal atau mental.

Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Di sini tao ingin berkongsi sedikit tentang hal ini. Tubuh manusia mempunyai satu medan kuasa magnet yang melengkapi seluruh tubuh kita. Kawalan medan elektromagnet terletak di pituitary gland. Apabila sistem medan magnet ini mengalami gangguan atau tidak seimbang, maka timbullah masalah seperti penurunan sistem imuniti badan.

Antara punca yang menyebabkan gangguan dan ketidakseimbangan pada medan magnet tubuh badan adalah gangguan gelombang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, kedudukan rumah yang hampir dengan pencawang elektrik dan pencemaran daripada asap kilang. Apabila sistem medan megnet tubuh badan telah terganggu dan menyebabkan berlakunya masalah seperti penurunan sistem imuniti badan, selepas itu berlakulah kompilasi-kompilasi penyakit pada badan.

Setiap anggota tubuh mempunyai getaran warna atau lingkaran elektromagnet yang berbeza-beza ukuran getarannya mengikut ukuran nanometer. Tubuh kita mempunyai tujuh bahagian warna, dimana masing-masing mempunyai warna dan ukuran getaran yang berbeza-beza.. Apabila berlakunya pemerosotan dan gangguan medan elektromagnet maka tubuh akan mengalami kemerosotan sistem imuniti badan dan secara langsung akan mengakibatkan serangan-serangan penyakit yang disebabkan oleh kelemahan sistem imuniti tubuh badan.


Kita semua maklum bahawa apabila system imuniti tubuh badan lemah, berbagai-bagai penyakit boleh menghinggapi kita ibarat sebuah negara yang amat lemah pada sistem ketenteraan dan pertahanan, mudah sahaja diserang dan dipermain-mainkan oleh negara lain yang lebih kuat.

Oleh itu, saya juga menyarankan alternative perubatan bagi mengaturbaikkan dan memperbaiki sistem gelombang yang tidak seimbang itu dengan menggunakan batu permata. Batu permata yang disyorkan adalah dengan menggunakan betu permata jenis berlian (diamond) atau clear crystal. Ini adalah kerana kedua-dua jenis batu ini dianugerahkan oleh Allah mempunyai tenaga, gelombang dan kuasa pembalikan (reflek) yang tinggi. Antara cara penggunaannya adalah dengan memakainya samada di batu cincin atau dibuat loket. Apa yang penting adalah berlian ini harus menyentuh kulit kerana dengan cara tersebut ia akan membuat pergerakan nadi menjadi stabil dan apabila ia menyentuh kulit ia akan bertindak sebagai chelator di mana ia berupaya untuk menarik sisa-sisa toksik melalui kulit, keluar melalui peluh.

TAOTAUAJER :  Perlu diingat bahawa proses keseimbangan badan adalah sangat penting bagi seseorang, jadi batu permata adalah objek yang berfungsi membetulkan medan elektromagnet yang ada pada setiap tubuh manusia. Bilamana berlaku ketidakseimbangan medan elektromagnet ini, ia akan membuatkan tubuh mengalami kemerosotan sistem imuniti badan. Wallahu Taala A’lam.- Koleksi Kesihatan


- - - - - -
TAOTAUAJER - Neil Armstrong mengukir namanya sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan..Kematiannya angkasawan bernama Neil Armstrong sangat mengejutkan dunia.. Pilihan untuk mengebumikannya di dasar lautan kelihatan amat pelik sekali untuk Neil Armstrong..Tetapi itulah yang berlaku pada majlis pengebumiannya.. Kenapa dia di kebumikan di dasar lautan?


Keluarga Neil Armstrong semalam mengumumkan bahawa angkasawan terkenal itu dikebumikan di dasar lautan..Neil Armstrong dikebumikan di laut kerana beliau pernah berkhidmat sebagai seorang juruterbang pejuang tentera laut sebelum menjadi seorang angkasawan.. Pilihan untuk dikebumikan di dalam dasar lautan mungkin kelihatan agak ganjil bagi kita..

Neil Armstrong meninggal dunia pada umur 82 dari disebabkan komplikasi jantung..Sebuah majlis peringatan telah dijadualkan pada 12 September di Washington yang mana pengkebumian di laut adalah perkara biasa bagi veteran tentera laut yang telah meninggal dunia..

Isteri Neil Armstrong, cucunya dan beratus-ratus orang yang berkabung dan berkumpul untuk memberi penghormatan kepada Neil Armstrong, manusia pertama ke bulan,pada majlis yang telah diadakan pada Jumaat lepas. Beliau telah diberi penghormatan sebagai seorang wira dunia..


Neil Armstrong telah berjaya menjejakkan kaki ke bulan dalam misi Apollo 11 pada 20 Julai 1969..Beliau merupakan manusia yang pertama ke sana dan telah disaksikan oleh penonton di seluruh dunia melalui kaca televisyen..

‘Amerika telah benar-benar hilang legenda,’ kata Eugene Cernan, angkasawan Apollo yang merupakan manusia terakhir yang telah berjalan di atas bulan.

Armstrong merupakan ikon dunia dan juga inspirasi kepada tentera, pelajar sekolah dan manusia di seluruh dunia..Kematiannya sangat memberi kesan yang mendalam kepada manusia sejagat.


- - - -
TAOTAUAJER - Lagi berita tergempar kes bunuh yang berlaku hari ini pulak di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati. Suspek kes Amuk yang dikatakan sebagai seorang pengamal ajaran sesat yang telah menikam 4 orang dan mengakibatkan 2 daripada mangsa terbunuh


Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.

Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.


Ini gambar Suspek Ini lelaki yang mengamuk tikam dua orang hingga mati di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati.



CREDIT VIDEO : MalDefMalaysianDefense

Pihak awam yang menahannya tetap bersabar dan tidak bertindak keras dan keterlaluan terhadap suspek dan mereka telah menyerahkan suspek kepada pihak Polis untuk siasatan lanjut.

sumber : berita harian 

TAOTAUAJER : Dahsyat , sekarang main gila bunuh-bunuh orang jer.. Banyak sungguh kes tembak, tikam, bunuh, rogol dan sebagainya di negara kita kebelakangan ini. Tao pesan kepada semua diharap akan lebih berhati hati walau di mana sekalipun - Koleksi Ngeri


- - - -
TAOTAUAJER - Seorang anggota polis trafik di digelar sebagai John McClane Korea Selatan selepas dia meniru aksi hero filem Die Hard itu ketika menangkap seorang penjenayah, menurut media semalam.


Antara aksi dari filem DIE HARD

Saluran berita Amerika Syarikat, CNN melaporkan Kim Hyun-cheol, 33, disanjung sebagai wira kerana keberaniannya berpaut pada bumbung dan cermin sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suspek selama 25 minit bagi menghalang lelaki berkenaan daripada melepaskan diri.


Hyun-cheol memperoleh ramai peminat di negara asalnya selepas klip video aksi lagak ngeri itu tersebar.
SAKSIKAN VIDEO DI BAWAH...

Menurut akhbar tempatan, Joongang Daily, Hyun-cheol pada mulanya meminta suspek berhenti selepas melihatnya membuat pusingan U secara haram di pusat bandar Busan.

Bagaimanapun semasa dia menulis saman untuk kesalahan tersebut, lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama keluarganya, Jeong mula memecut kenderaannya.

Selama 25 minit kemudian, suspek itu memecut keretanya dengan anggota polis berkenaan berpaut pada cermin kenderaan itu.

“Dia (suspek) seperti takutkan sesuatu. Dia cuma membuka sedikit tingkap keretanya,” kata Hyun-cheol menurut akhbar Joongang Daily.

Akhirnya, lelaki itu terpaksa menghentikan keretanya kerana kesesakan lalu lintas, dia kemudiannya ditangkap semasa cuba melarikan diri.

“Saya nekad berpaut kereta itu kerana saya mengesyaki dia seorang penjenayah, Saya ingat saya akan mati namun saya tetap berpaut kerana saya benar-benar mahu menangkap lelaki ini,” jelas Hyun-cheol.

Jeong kemudian didapati dikehendaki polis kerana beberapa kes jenayah berkaitan dadah.

Menurut Hyun-cheol dikatakan hanya mengalami luka kecil di dada dan kakinya dan memerlukan masa tiga minggu untuk sembuh sepenuhnya. Selepas dari kejadian itu, Hyun-cheol telah dinaikkan pangkat oleh Ketua Polis Busan dalam satu majlis khas.


Penghargaan buat beliau



TAOTAUAJER : Memang berani dan hati kering sungguh polis nie,  berpaut pada bumbung  kenderaan yang memecut dan terus mengejar suspek kini dia di gelar sebagai John McClane Korea Selatan. Hebat..Hebat - Koleksi Mereka Hebat!


- - - - - -
TAOTAUAJER - Mungkin ramai yang tak tau apa yang sedang berlaku di Australia sangat membimbangkan sehinggakan di isytihar darurat dan sehinggakan Mufti Australia menggesa umat Islam di Australia melakukan solat hajat...Kenapa?


AUSTRALIA. Mufti Australia menggesa umat Islam di Australia melakukan solat hajat memohon hujan susulan kebakaran mega yang makin merebak di tenggara negara itu.

Ibrahim Abu Mohamed meminta 350,000 penduduk Muslim berbuat demikian selepas kebakaran gagal dikawal.

“Solat hajat adalah tradisi dalam Islam. Kami memohon hujan bagi membantu mengurangkan suhu panas melampau,” katanya dalam laporan dpa.

Sejak minggu lalu, pasukan bomba gagal mengawal kebakaran hutan yang kini sudah merebak kira-kira 110,000 hektar dan memusnahkan lebih 200 rumah di New South Wales.



Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman Shane Fitzsimmons berkata, kebakaran merebak ke Blue Mountains, 70 kilometer barat Sydney susulan angin kencang, semalam.

“Seramai 70,000 anggota bomba termasuk 1,100 bomba sukarela berusaha mengawal kebakaran dengan 318 jentera bomba digunakan termasuk 84 pesawat ‘pengebom air’,” katanya.

Menurutnya, terdapat 62 kebakaran aktif dan suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius.

“Kami khuatir kebakaran merebak ke bandar Sydney yang mempunyai kepadatan 4.4 juta penduduk,” katanya.
SUMBER : SH, BBC NEws

TAOTAUAJER : Dahsyat, apakah ini bala? apa-apa pun kita doakan supaya keadaan disana menjadi lebih baik, - Koleksi Bencana Alam
-
TAOTAUAJER - Arnab biasa mempunyai bulu yang sangat halus namun, arnab jenis Angora mempunyai bulu yang luar biasa lebat dan halus. Bulu arnab Angora boleh tumbuh sangat tebal sehingga menutupi seluruh tubuh kecuali bahagian wajahnya sehingga kelihatan seperti bola kapas raksasa.


Binatang di dalam gambar ini ialah seekor arnab. Spesies arnab yang mempunyai bulu yang lebat serta gebu ini berasal dari jenis arnab anggora adalah sejenis arnab domestik yang di kembang biakkan untuk diambil bulunya yang lembut. Angora adalah salah satu jenis arnab tertua yang berasal di Ankara (dikenali sebagai Angora), Turki, bersama dengan kucing Angora dan kambing Angora.





Apa yang menjadi kejutan, selain dibela sebagai haiwan perliharaan, spesies arnab ini juga diternak secara besar-besaran bagi mendapatkan bulu mereka yang gebu serta dagingnya yang berjus dan lazat dimakan.



Kalau korang nak tau.... Arnab adalah haiwan kesayangan popular dalam keluarga kerajaan Perancis pada pertengahan abad ke-18, dan merebak ke bahagian lain Eropah pada akhir abad ini. Arnab itu pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Mereka dibesarkan sebahagian besar adalah untuk diambil bulunya.
sumber : Carigold

TAOTAUAJER : Gila gebu, rasa macam nak buat bantal peluk pun ade.. dengan keadaannya yang begitu gebu agaknyer bagai mana haiwan ini berjalan yer? - Koleksi Menarik


- - - -