Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Kejadian pelik yang jarang-jarang dapat kita lihat dan jumpa apabila akar pokok ru yang di simpan setelah di amati ia seakan wajah manusia.


Akar pokok ru disimpan seorang nelayan di Kampung Baru Rhu Muda, di sini, menjadi tumpuan apabila terdapat satu bahagian pada akar pokok itu berbentuk seakan wajah manusia.

Keunikan itu disedari ahli keluarga Ramli Kecik, 54, yang membersihkan akar pokok ru disimpan sejak lima tahun lalu tersebut ketika mereka sedang berehat di ruang tamu.


“Mereka terus memanggil saya untuk sama-sama melihat wajah yang pelik dan menakutkan, tetapi menarik pada akar itu,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Baru Rhu Muda, di sini.

Menurutnya, seorang daripada anaknya turut merakam dengan menggunakan telefon bimbit dan wajah pelik serta menakutkan itu kelihatan lebih jelas berbanding apabila melihatnya secara langsung.

Menceritakan penemuan akar pokok itu lima tahun lalu, Ramli berkata, dia mengambil dan menyimpan akar pokok ru tersebut selepas mendapati ia tidak hangus walaupun pokoknya dibakar seorang rakan di Kampung Alur Tuman, di sini.

“Sebelum dibakar, kami sering diganggu ‘lembaga misteri’ ketika melalui laluan menuju ke pantai berdekatan pokok itu. Kerana marahkan ‘lembaga misteri’ dikatakan menjadi penunggu pokok itu, rakan saya membakarnya.

“Namun agak menghairankan apabila akar pokok itu tidak terbakar yang hanya disedari keesokan harinya ketika melalui laluan sama menuju ke pantai. Saya kemudiannya mengambil akar itu untuk disimpan,” katanya.

Bagaimanapun, Ramli berkata, tiada sebarang imej atau wajah manusia kelihatan pada peringkat awal dia menyimpan akar sepanjang setengah meter itu.

Menurutnya, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu, namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taasub dan menganggap akar pokok ru tersebut adalah jelmaan penunggu pokok atau sebagainya.

“Saya akan simpan akar pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya.

Penemuan itu adalah kejadian ketiga berlaku di daerah ini, kejadian pertama membabitkan dua sahabat di Kampung Kijing, di sini, yang melihat seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu ditebang mereka pada 31 Mei yang disiarkan Sinar Harian 1 Jun, tahun lalu.

Dalam kejadian kedua pula, pokok jenis melaka kijang milik seorang nelayan di Jalan Surau Ayah De, di sini, menjadi tumpuan apabila satu daripada dahannya seakan berwajah manusia.

Wajah pada dahan pokok kayu hutan dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan. Keunikan itu disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya pada 21 November, tahun lalu.
SUMBER : Sinar Harian

TAOTAUAJER : Memang pelik , susah nak jumpa benda-benda macam nie kecuali anda adalah sorang yang teliti dan mata tajam pasti akan menjumpakan benda-benda pelik. Tapi jangan pulak disalah gunakan , syirik pulak nanti kalau terlalu taksub - Koleksi Pelik


- - - -
TAOTAUAJER - Pelik tapi benar, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.


Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.

Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.

Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.


Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.

Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.

Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. – Agensi

TAOTAUAJER : Memang pelik , dan rasa nyer belum lagi kita tengok teknik perubatan yang aneh sebegini sebelum ini. - Koleksi Pelik Dan Unik



- - -
TAOTAUAJER - Harga barang naik lagi... kali ini khas buat mereka yang tegar merokok esok pada 30 september harga rokok akan naik lagi , kalau tak silap sebelum ini harga rokok naik pada 3 Jun 2013. Kini pada 30 september harga rokok akan naik lagi seperti mana yang di war-warkan.


Pihak Commercial Marketers and Distributors Sdn Bhd dalam kenyataan akhbar telah mengumumkan beberapa jenama rokok yang akan naik harga sebanyak RM1.50 mulai tarikh tersebut. Melalui peningkatan yang diumumkan, harga baru untuk sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah antara RM10.50 hingga RM12.00.

Punca Kenaikan Harga Rokok

Punca kenaikan harga rokok dikenal pasti kerana industri tembakau kini berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi. Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok secara haram.

Senarai Harga Rokok Naik September 2013

Berikut adalah senarai kenaikan harga rokok yang naik termasuklah rokok Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson &; Hedges Peter Stuyvesent, Lucky Strike dan lain-lain lagi seperti yang tertera di bawah ini :

SUMBER : melvister

TAOTAUAJER :  Ape pendapat korang adakah dengan cara kenaikan harga rokok ini akan membuatkan bilangan perokok tegar akan berkurang sepertimana harapan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan bahawa kenaikan cukai rokok dan harga rokok boleh menyebabkan bilangan perokok tegar ada benarnya? Apa kata korang? - Koleksi Artikel Rokok 


- -
TAOTAUAJER - Satu kejadian mengejutkan apabila sebuah pulau baru muncul tiba-tiba kira-kira 600 meter dari pantai Gwadar di Laut Arab setelah berlakunya gempa bumi kuat berukuran 7.8 skala Richter melanda daerah Awaran di wilayah Balochistan, Pakistan.


Satu gempa bumi besar telah melanda kawasan terpencil di barat Pakistan pada pagi (24 Sept 2013) menyebabkan sebuah pulau yang tidak diketahui sebelum ini telah muncul dari laut berhampiran luar pantai selatan negara itu. Kesan gempa bumi itu dirasai sejauh New Delhi, India, di mana bangunan bergegar sehingga beratus-ratus kilometer ke timur.


ORANG ramai melihat pulau yang muncul secara tiba-tiba ini

Gempa bumi sekuat magnitud 7.8 yang melanda wilayah Baluchistan, Pakistan. Wilayah yang bersempadan dengan Iran, kebanyakannya terdiri daripada padang pasir dan gunung dan pernah dilanda beberapa gempa bumi sebelum ini.

Ketua Pusat Pemantauan Seismologi, Zahid Rafi berkata, pembentukan pulau sepanjang 91 meter dengan kedalaman 21 meter itu tidak mustahil jika dilihat kepada magnitud gempa.

Tetapi tidak ada satu pun daripada gempa itu cukup kuat untuk menyebabkan dasar laut terkeluar, Seperti yang berlaku pada pagi 24 sept 2013 ini, dan mewujudkan sebuah pulau kira-kira 600 meter dari pantai Gwadar, Pakistan di Laut Arab.

"Gempa bumi yang besar boleh menyebabkan perubahan bentuk ketara pada kerak bumi, terutamanya di sepanjang pantai," katanya pada Press TV.

Seorang ahli biologi marin dari Institut Oseanografi Pakistan, Muhammad Danish berkata, dasar laut berhampiran pantai Makran mempunyai hidrat gas beku dengan jumlah metana yang besar menyebabkan pengeluaran gas metana dari pulau itu.

Walaubagaimanapun kemunculan pulau berhampiran Gwadar itu adalah yang keempat di rantau itu sejak 1945.

Sementara itu, media melaporkan, jumlah kematian akibat gempa bumi telah meningkat melebihi 340 orang. "Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan," kata laporan itu.

Selain itu, Nasa juga telah mengabil beberapa imej sebelum dan selepas kejadian gempa bumi yang menyebabkan wujudnya pulau baru di perairan tersebut.

SEBELUM GEMPA imej dirakamkan pada April 17, 2013.


SEBELUM GEMPA imej dirakamkan pada September 26, 2013.


Imej yang dirakamkan di pulau tersebut






KEJADIAN GEMPA BUMI DALAM AL QURAN

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim

Kalau kita cari perkataan gempa bumi dalam Al Quran, perkataan gempa bumi secara tegas dinyatakan sebanyak 4 kali, iaitu pada Surah Al A’raaf (ayat; 78, 91 dan 155) Dan Surah Al-Ankabut ayat 37. Dalam Surah Al An’aam ayat 65.

Seterusnya kalau dikembangkan lagi dengan perkataan “Bumi bergoncang”, maka akan ditemui sebanyak 4 kali juga, iaitu pada Surah Ar Ra’d ayat 31, Al Waaqi’ah ayat 4, Surah Al Fajr ayat 21 dan Surah Al Zalzalah ayat 1.

Keadaan ini menunjukkan bahawa jauh sebelum itu,Al Quran telah menjelaskan tentang peristiwa gempa bumi.

Secara etimologi, maksud gempa bumi adalah merupakan peristiwa alam, terjadi secara mendadak, kerana pelepasan tenaga terpendam, akibat daripada pergeseran relatif batuan/lempeng tektonik/kerak bumi.

Merujuk kepada maksud tersebut, maka dalam Al Quran dalam Surah Al Zalzalah ayat 1 dan 2, secara jelas dikatakan Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya.

Menurut teori, gangguan implusif adalah seperti gempa bumi tektonik, erupsi volkanik, dan gelongsoran (land slide). Tsunami menyebabkan terjadinya bencana di darat dan dilaut, sebagaimana yang dijelaskan pada Surah Al An’am ayat 63, dimana Allah menanyakan kepada manusia iaitu :

Katakanlah: “Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut ?.

Fenomena terjadinya runtuhan, dan terbentuknya gunung-gunung dan pulau-pulau akibat pergerakan kerak bumi ini boleh ditemui dalam Al Quran pada :

1) Surah Ar Ra’du ayat 41 :
“dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangkan daerah-daerah, lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendakNya), tidak ada yang dapat menolak ketetapanNya; dan Dia-lah Yang Maha cepat hisabnya”.

2) Surah An Naba ayat 6 dan 7, iaitu :
“Bukankah kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak? Manusia diseru dalam Surah Thaha ayat 81, iaitu :
“Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaanKu menimpamu. Dan barang siapa ditimpa oleh kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia”.

Pesanan Allah ini selalu diabaikan oleh manusia, sehingga terjadinya sumber daya yang berlebihan, contohnya pengeluaran minyak bumi, gas cair dan sebagainya, sehingga telah menimbulkan kesan kepada generasi berikutnya.

Bukan saja eksploitasi terhadap sumber daya yang dilakukan oleh manusia, manusia itu sendiri juga telah mengeksploitasi dirinya sendiri, sehingga telah menimbulkan kehidupan yang tidak harmoni antara manusia dengan alam.

Dan manusia dengan manusia, apalagi manusia dengan Sang Khaliq, seperti yang digambarkan dalam Surah Ar-Ruum ayat 41 iaitu
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.
Semua bencana ini tidak akan terjadi, apabila semua manusia itu tunduk dan patuh untuk melaksanakan seluruh perintah dan menghentikan semua larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Sebagaimana yang disampaikan pada Surah Al Hadid ayat 22, iaitu “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”.

Dari beberapa tinjauan yang disampaikan di atas, terjawablah bahawa gempa bumi merupakan proses dari Allah untuk penyempurnaan ciptaan-Nya. CiptaanNya yang sempurna ini, bukan hanya berlaku kepada bumi, tetapi juga kepada penghuninya.

SUMBER : Sinar Harian, Isu hangat ,earthobservatory.nasa.gov

TAOTAUAJER : Subhanallah! Apa yang berlaku semuanya sudah tertulis di dalam Al-quran dan inilah bukti kebesaran Allah yang ditunjukkan buat kita supaya kembali kejalan yang benar - Koleksi Kejadian Alam


- - - - -
TAOTAUAJER - Kini tersebar di Facebook rancangan jahat Yahudi Israel menyebarkan virus HIV Aids melalui tuala wanita di Malaysia dan Timur Tengah terutama melalui Facebook. 


Penyebaran berita yang dianggap palsu ini sudah bermula sejak tahun 2001 lagi seperti dilaporkan media antarabangsa.

Hakikatnya menurut saintis virus Aids HIV tidak boleh hidup diluar badan manusia lebih dari 48 jam. Jelasnya penyebaran berita ini bertujuan memburukan Israel dan sabotaj produk yg disokong negara yahudi tersebut.

Times Higher Education UK : Pihak berkuasa kesihatan Nigeria memusnahkan beribu-ribu sampel tuala wanita diagihkan secara percuma kepada pelajar kerana dakwaan palsu oleh fundamentalis Islam bahawa mereka telah tercemar dengan virus HIV.

Keputusan itu diikuti panggilan oleh penasihat khas kepada presiden hal ehwal wanita untuk siasatan dakwaan bahawa pelajar di timur laut University of Maiduguri telah mengalami ruam dan gatal-gatal. Salah satu punca mungkin telah dianggap sebagai penggunaan pad tersebut, yang dikeluarkan oleh Procter & Gamble.

Titi Ajanaku menulis kepada  Institut Penyelidikan dan Pembangunan Farmasi Nigeria mendakwa bahawa ujian yang dijalankan oleh Hospital Besar Maiduguri "pada sampel pad diedarkan percuma kepada mahasiswa Universiti Maiduguri oleh ejen-ejen firma itu telah mendedahkan bahawa pad dipenuhi dengan virus HIV ".

Agensi Dadah Kebangsaan bagi Pentadbiran Makanan dan mengarahkan lebih banyak ujian serta-merta, dimana terbukti tidak ada sebarang kontaminasi apapun sepertimana ruam dan gatal-gatal yang dialami sesetengah pelajar adalah dari bekalan air yang tidak dirawat.

Pro-Palestin kumpulan fundamentalis Islam dituduh sengaja memulakan kempen memburuk-burukkan terhadap pengilang multinasional yang berpangkalan di AS kerana mereka percaya syarikat-syarikat Amerika membiayai Israel.
SUMBER : ini-kalilah


- -
TAOTAUAJER - Seperti mana yang kita tahu berzikir boleh membuatkan hati menjadi tenang , tapi apakah kebenaran saintifik terhadap aktiviti berzikir ini? bahkan hasil kajian Dr Masaru Emoto telah membuktikan molekul air akan menjadi kristal sewaktu dibacakan doa....benarkah zikir akan menenangkan? Ikuti pembongkaran rahsia kelebihan berzikir dari sudut sains.



Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.


Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”

Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.

Sebelum mengakhiri artikel apakata kita dengarkan zikir harian ini sekejap 4 minit jer.



SUMBER : aidawahablovefun

TAOTAUAJER : Sungguh kebenaran nyer telah terbukti dengan kajian yang di lakukan dimana dengan berzikir kepada allah kita akan menjadi tenang dan pada masa yang sama kita dapat pahala. korang dah dengarkan zikir di atas ini? - Koleksi Miracles of Allah Almighty


- - - - - - -
TAOTAUAJER - Masa itu emas, ini bermakna masa itu sungguh bermakna .. masa tidak boleh di jual beli . Hari-hari kita perlukan jam bagi memastikan jadual harian mengikut masa yang telah di jadualkan. Tapi pernah tak korang terfikir siapakah yang mula-mula mencipta jam?


Di zaman era millenium, sekarang kita sudah boleh mengetahui waktu, tanpa melihat matahari, walaupun didalam rumah, keretapi, hari yang gelap kerana hujan, mahupun sudah lewat malam kerana satu alat dinamakan jam telah dicipta. Namun, adakah anda tahu siapakah yang mencipta jam ini?

Jam ini sudah lama ada ketika zaman batu lagi, mereka hanya bersandarkan kepada Matahari, meletakkan kayu pengukur di tengah padang atau tempat yang lapang atau menggunakan gerak intiusi (huh, bukan senang tuh!).

Siapa orangnya?


Jam dicipta pada tahun 1504. Peter Henlein membangunkan jam mudah alih (jam yang boleh bergerak). Manakala ia mudah digunakan, untuk si pemakai mengetahui keberkesanan keupayaan jam untuk mengetahui masa yang tepat.

Patek Philippe mengkreditkan dengan ciptaan pertama seutas jam tangan pada lewat abad ke-19. Dia mereka seutas jam tangan hasil dari idea memerhatikan satu aksesori yang wanita selalu guna macam rantai, ditangan. Louie Cartier kemudiannya mencipta seutas jam tangan untuk kaum lelaki dalam awal abad ke-20.

Monument to Henlein by Max Mei├čner, in Hefnersplatz, Nuremberg  
Tujuan asal untuk bantu pemandu juruterbang.

Pad asalnya dia mereka jam ini membantu juruterbang-juruterbang yang tidak boleh nak budget masa dalam ketika penerbangan, terpaksa meraba-raba mencari seutas jam ketika sedang terbang dalam sebuah pesawat. Sama juga, ketika perang dunia pertama (WWI) meminta satu kaedah masa untuk mengukur masa ketika dalam pertempuran.

Ciri-ciri.

Menjadi bahagian budaya aliran utama, jam tangan menjadi agak mudah untuk digunakan. Jam tangan automatik, direka cipta oleh Abraham-Louis Perrelet pada tahun 1770 dan disempurnakan pada tahun 1923 oleh John Harwood, memastikan yang jam itu mempunyai masa yang tepat tanpa si pemakai perlu untuk mengunci jam itu, untuk mengekalkan masa jam itu berjalan seperti biasa. Namun, hari ini, jam-jam sudah ada bateri yang boleh bertahan dalam jangka yang lama, jadinya mekanisme automatik sudah ada didalam jam itu.

Saiz jam ketika itu.

Jam-jam pertama saiz ukurannya lebih kurang 4-5 inci lebar dan kira-kira 3 inci tebal. Berbeza dengan sekarang ini, macam-macam jenis dan bentuk ada. Yang kecil dari 3 inci pun ada. Jam dari handphone sudah ada.

Jam sekarang ini sudah advance.

Hari ini pengguna-pengguna jam bukan sahaja boleh menggayakan jam itu sebagai jam sahaja, malah dijadikan satu fesyen dan trend masa kini. Pelbagai brand yang mahal-mahal ada. Malah sekarang ini, macam-macam fungsi, ada yang kalis air, dan menggunakan kuasa tenaga matahari sebagai bateri.

Sumber ehow.com

TAOTAUAJER : Berdasarkan daripada sumber ini orang yang mula-mula menghasilkan jam adalah orang barat, namun bergitu asal usul penciptaan jam adalah hasil daripada kajian Ahli astronomi Islam dan para jurutera membinakan pelbagai jam ilmu falak berketepatan tinggi dapat digunakan untuk di mana-mana latitud dan pada mana-mana waktu tahun untuk menentukan waktu, dan juga waktu-waktu Solat. - Koleksi Pencipta


- - - - -
TAOTAUAJER - Panda adalah antara binatang yang dilundungi oleh WWF kerana sedang diancam kepupusan , Kajian mengatakan Panda sebenarnya adalah binatang yang hidup sejak zaman dinasour hinggakan dianggap sebagai "fosil yang masih hidup", tetapi kini diancam kepupusan. Kini terdapat kajian yang lebih mendalam terhadap haiwan ini mendapati hasil najis buangan haiwan ini adalah berharga apabila ia bakal mengahasilkan bahan api pada masa hadapan.


Sepasang panda di Zoo Memphis menyumbang sisa buangan untuk tujuan penyelidikan bagi pembangunan biofuel.Penyelidik Universiti Mississipi, Ashli Brown mengetuai kajian itu berkata, mereka cuba mengalihkan penghasilan biofuel daripada menggunakan bahan makanan seperti jagung.

"Kami menemui lebih 40 mikrob dalam najis panda yang sebenarnya mungkin penyelesaian kepada pencarian sumber tenaga baru. "Penghasilan biofuel daripada sisa tumbuhan lebih mudah dan murah,"  

Menurutnya, etanol daripada jagung adalah alternatif bahan api terbaik di Amerika Syarikat, bagaimanapun ia dikhuatiri akan meningkatkan harga makanan atau membawa kepada kekurangan makanan jika penggunaan kacang soya dan jagung digunakan secara meluas.

SUMBER : Daily Mail

TAOTAUAJER : Sungguh berharga najis haiwan purba ini, sehinggakan boleh menjadikan penyelesaian kepada pencarian sumber terbaru bagi bahan api. Bukan itu sahaja, kalau korang nak tau daripada najis panda juga keluarnya satu produk teh termahal di dunia - Koleksi Menarik

- - - - -
TAOTAUAJER - SEORANG wanita warga China mengejutkan orang ramai apabila ingin membunuh diri bersama bayinya di Hotel Sun Inns, Bukit Puchong, Selangor pada pagi 24 sept 2013.


Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong bergegas ke tempat kejadian sebaik saja dimaklumkan oleh orang ramai apabila terlihat seorang perempuan di atas hotel tersebut.

Usaha memujuk wanita berkenaan yang dibuat oleh anggota bomba dan polis akhirnya berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.





SUMBER : BBDP PUCHONG

TAOTAUAJER : Syabas anggota bomba dan polis yang bertugas….sekurang-kurangnya dua nyawa berjaya diselamatkan tanpa sebarang pertumpahan darah. Kalau tak kesian baby tu tak pasal-pasal ikot mak dye bunuh diri - Koleksi Bunuh Diri


-