Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Jepun sememang sebuah negara yang sangat creative dan juga sebuah negara yang maju yang mempunyai pelbagai etika dan kualiti yang terpuji antara sebab jepun mencapai kemajuan kini. Namun bergitu terdapat satu benda yang tidak berubah dahulu sehingga kini. Iaitu keadaan penumpang komuter di tokyo dahulu dan sekarang sememang nyer tidak berubah.



Apa yang berlaku sekarang 



TAOTAUAJER : Lihatlah betapa sesaknyer sehinggakan ada yang menolak bagi semua muat masuk di dalam train tersebut. - Koleksi Informasi



- -
TAOTAUAJER - Masih ingatkah korang apa yang berlaku di iraq? Iraq telah di ditawan oleh pihak Amerika Syarikat serta kuncu-kuncunya pada tahun 2003. Dan hasil dari kejadian tersebut telah membawa kepada hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.


Tapi ramai yang tahu tentang sejarah hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Presiden Iraq tersebut.

Tapi tak ramai tahu kenapa beliau dihukum gantung..?Siapakah Nouri Al-Maliki, Presiden Iraq sekarang..?Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq..?Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuan rakyatnya sendiri..?
Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk yahudi israel dan amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agent berita. Zaman tu myspace/friendster yg poyo, fesbuk tak popular lagi.

Saddam sudah tahu akan bahayanya syiah ini. Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau ambil tindakan menghapuskan etnik syiah yang makin ramai yg imigrasi dari Iran. Bertepatan dengan hadis nabi yang diriwayatkan dari Saidina Ali, nabi kata kalau jumpa golongan Rafidhah ini, maka bunuhlah mereka. Jadi nabi pesan suruh bunuh sebab nabi tahu mereka akan bawa kerosakan. Akhirnya terbukti sekarang kebangsatan syiah di Syria, Lubnan dan Iraq.

Iraq diperangi kerana Saddam "diktator yg zalim", siapa yang report begitu pada PBB? Iran. Siapa yg bagi lapangan terbang digunakan tentera amerika? Iran. Siapa yang bagi ruang lautnya dan pelabuhannya digunakan amerika? Iran. Sekarang anda baru tahu dan baru sedar, bukan?

Ketahuilah beberapa ulama ASWJ di tanah arab mengisytiharkan Saddam mati dalam husnul khatimah.

Siapa pula Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang?


Nouri Al-Maliki adalah seorang penganut Syiah yang telah berkuasa di Iraq sekarang. Kita ketahui bersama hubungan Ahmadinejad dengan Nouri Al Maliki adalah dekat sekali. Sebab Perdana Menteri Syiah di Iraq ini juga naik atas jasa Tehran. Maka itu, pada 18 Oktober 2010, Maliki terbang ke Tehran pada hari Isnin untuk meminta sokongan bagi masa jabatan barunya, kerana Iran telah mempunyai pengaruh yang signifikan di Baghdad sejak runtuhnya Saddam. Padahal jelas-jelas Nouri Al Maliki adalah kaki tangan Amerika di Iraq.
SUMBER : FB/Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)

TAOTAUAJER : Sekarang Syria, Iran, Iraq telah dikuasai oleh seorang Pemerintah yang berfahaman Syiah. Tao juga baru tahu dan perasan akan perkara ini, kita memang di kaburi dengan media, memang la omputeh dan media asing tidak akan paham apa itu syiah dan sebab apa saddam bunuh mereka. Sama la seperti mana yang di lakukan oleh Adolf hitler yang membunuh ramai orang yahudi dan mereka tidak akan faham. Ape pendapat korang? - Koleksi Pembongkaran



-
TAOTAUAJER - Selama 20 tahun, sami Buddha yang bernama Hua Chi telah sembahyang di tempat yang sama di dalam kuil yang beliau tinggal di Tibet. Sami ini melakukan hampir 500-1000 kali sembahyang dalam sehari. Lihatlah apa yang terjadi pada kesan tempat beliau berpijak ketika sembahyang.






TAOTAUAJER : Gila kuat sami ini sembahyang sehinggakan kayu tempat ia bersembahyang tersebut berlekuk tapak kaki. - Koleksi WOW!
- - -
TAOTAUAJER - Pergolakan di mesir sehingga kini telah mengakibatkan pertumpahan darah akibat penggulingan Presiden mengakibatkan campur tangan dari pihak tentera. Hasil dari pergolakan yang berlaku mungkin ada yang tak tau dimana terdapat 10 syarikat Amerika yang mendapat keuntungan dari tindakan Tentera Mesir tersebut.


Dasar Amerika Syarikat berkaitan krisis di Mesir boleh dikatakan ironis..Di satu sisi, pentadbiran Obama meminta agar penguasa sementara Mesir untuk menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan..Tetapi, di sisi yang lain negera Pak Cik Sam itu terus menyuntik bantuan sebanyak 1.3 bilion dolar AS setiap tahun untuk Tentera Mesir.

Padahal dunia sudah pun tahu, Tentera Mesir telah membantai rakyatnya yang sedang memperjuangkan demokrasi..Selama beberapa dekad, Tentera Mesir telah menjadi salah satu penerima bantuan terbesar dari Amerika Syarikat..Menurut laman theglobalpost, bantuan tahunan yang dihulurkan AS itu kemudian dibelanjakan untuk membeli senjata dari syarikat-syarikat milik Amerika Syarikat (AS) sendiri..Berikut merupakan 10 syarikat Amerika yang mendapat keuntungan dari tindakan tentera Mesir.


1. Lockheed Martin
Nilai kontraknya mencapai 259 juta dolar AS. Pada 2010, Lockheed Martin menyediakan 20 unit pesawat F-16 untuk Tentera Mesir.

2. DRS Technologies
Nilai kontraknya dengan Tentera Mesir mencapai 65.7 juta dolar AS.

3. L-3 Communication Ocean Systems
Nilai kontraknya mencapai 31.3 juta dolar AS. L3 Communications membekalkan sistem sonar dan peralatan ketenteraan ke Mesir.

4. Deloitte Consulting
Deloitte memenangi kontrak sebanyak 28.1 juta dolar AS untuk menyediakan perancangan dan sokongan program pesawat Mesir.

5. Boeing
Boeing mendapatkan kontrak bernilai 22.5 juta dolar pada 2010 dari Mesir, Syarikat itu menyediakan 10 helikopter Apache.

6. Raytheon
Mendapatkan kontrak sebanyak 31.6 juta dolar AS untuk menyokong sistem peluru berpandu Hawk milik Mesir.

7. AgustaWestland
Mendapat kontrak 17.3 juta dolar dari Tentera Mesir.

8. US Motor Works
Pada 2009, mendapat kontrak bernilai 14.5 juta dolar AS untuk menyediakan mesin dan suku cadang dari Pihak Berkuasa Persenjataan Mesir.

9. Goodrich Corp.
Tentera Udara AS dan Goodrich memenangi kontrak 10.8 juta dolar AS untuk mengedarkan reconnaissance systems bagi pesawat jet F-16 milik AU Mesir.

10. Columbia Group
Columbia Group mendapat kontrak 10.6 juta dolar dari Tentera Laut Mesir.


TAOTAUAJER : Lihatlah , apakah krisis ini telah di rancang bagi menambahkan lagi dana Syarikat Amerika hasil dari tindakan tentera mesir ini?  - Koleksi Informasi


- -
TAOTAUAJER - Lagu kebangsaan adalah suatu lagu yang diakui menjadi suatu lagu rasmi dan menjadi simbol suatu negara atau daerah. Lagu kebangsaan dapat membentuk identiti nasional suatu negara dan dapat digunakan sebagai ekspresi dalam menunjukkan nasionalisme dan patriotisme. Tapi ada jugak yang tidak tahu untuk menghormati lagu kebangsaan kita dan ada yang korang tak tahu dimana jika kamu tidak menghormati lagu kebangsaan boleh dipenjarakan?


Menurut Akta Lagu Kebangsaan 1968, gagal berdiri untuk menghormati lagi Negaraku yang sedang berkumandang boleh didenda RM100 atau lebih buruk, merengkok sebulan dalam penjara.

Bagaimanapun, David Matthew, peguam yang mempunyai kepakaran khusus dalam undang-undang pentadbiran berkata, berdiri sahaja tidak cukup untuk membuatkan kamu selamat.

Katanya, Seksyen 8(2) akta itu menyebut menunjukkan rasa tidak hormat pada lagu kebangsaan dan tafsirannya meluas seperti melambai tangan, menyilangkan kaki atau sambil makan ketika Negaraku dikumandangkan.

"Ini juga boleh dianggap tidak hormat... Peruntukan ini luas," katanya

Beliau diminta mengulas berhubung akta yang kurang diketahui itu, yang mungkin dikenakan terhadap penonton panggung wayang antara 28 Ogos hingga 3 September ini.

Kerajaan memutuskan mengumandangkan lagu Negaraku dalam semua panggung wayang seluruh negara sempena sambutan kemerdekaan.

Ini adalah cara untuk menghormati lagu kebangsaan

Dimana seaktu berkumandang nyer lagu Negaraku siapa yang mendengarnya dikehendaki untuk berdiri sebagai tanda menghormatinya. Jika sedang berjalan ketika itu, hendaklah berhenti berjalan dan berdiri tegak sehingga lagu habis dinyanyikan.

TAOTAUAJER : Bukankah dari sekolah lagi kita sudah di ajar untuk menghormati lagu kebangsaan? kalau tak reti nak hormat lagu kebangsaan ini bermakna tak pergi sekolah la tu. - Koleksi Informasi


-
TAOTAUAJER - Sekarang ni di facebook tengah rancak dengan penukaran default picture berwarna kuning dengan lambang tangan. Pernah tak korang tertanya mengapakah ramai yang menukar profile picture facebook menggunakan simbol 4 jari seperti di bawah ini dan hashtag #R4BIA?



1. Dalam bahasa Arab, Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat . Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan , kekuatan , perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan .


2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta . Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah .

3. Di Mesir kebanyakkan tempat atau daerah menggunakan istilah nombor dan mereka menggunakan simbol isyarat jari dalam urusan seharian terutama dalam pengangkutan awam.

Sebagai contoh Hayyu Asyir (Daerah 10) , Hayyu Sabiek (Daerah 7) biasanya guna simbol peace V, Hayyu Sadis (Daerah 6), Hayyu Thamin (Daerah biasanya guna simbol atau isyarat V terbalik dan lain-lain lagi.

4. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki , Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumaat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta .


5. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir . Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini .


Berikut antara isi pidato Erdogan dihadapan demnstran pro Mursi di Turki

1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir & telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.

2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.

3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.

4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.

5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?

6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.

7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.

8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?

9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.

10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.

11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those “well-known Gezi media” (Western media) say 30 churches were burned.

12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.

13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin “mereka” inginkan kekacauan di Turki juga.

14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.

15. Mari do’akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.

TAOTAUAJER : Ok! sekarang korang semua dah tau apa sebabnyer menukar default picture dengan simbol ini.Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini. Jom ganti avatar korang sebagai bentuk solidarity dan kepedulian anda !! - Koleksi Informasi


- -
TAOTAUAJER - Jiroemon Kimura sebelum ini adalah lelaki tertua di dunia sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada jun lepas. Kini dijumpai seorang lelaki didakwa menjadi lelaki paling tua di dunia sekali gus mendahului rekod dunia sebelum ini.


Seorang lelaki Bolivia yang dilahirkan dalam tahun 1890 dan masih bertenaga, lapor jabatan pendaftaran Bolivia, Carmelo Flores Laura, baru menyambut ulang tahun ke 123 pada bulan lalu.

Laura nampak seperti lelaki 80-an dan paling menarik penglihatan warga tua yang tinggal di kawasan pergunungan, 80 kilometer di luar bandar La Paz itu masih jelas.


Lelaki dari puak Aymara itu, dikurniakan tiga cahaya mata, 16 cucu dan 39 cicit selain pernah menempuhi zaman perang Perang Dunia Pertama iaitu ketika berumur 24 tahun dan 64 tahun sewaktu Ratu Elizabeth menaiki takhta Britain.

Stesen TV tempatan, Rede Uno melaporkan, Laura yang turut kehilangan isteri pada 10 tahun lalu, percaya amalan senaman jalan kaki setiap hari dan tidak memakan semua jenis pasta dan gula telah memanjangkan tempoh hayatnya.

"Saya hanya makan cananhua (sejenis kuinoa liar yang kaya dengan protein dan asid amino), malah saya tidak malas dan sering berkongsi makanan bersama isteri ketika dia masih hidup," katanya yang turut mengaku amat menggemari masakan daging skunk.
SUMBER: sinarharian

TAOTAUAJER : Memang mengejutkan lelaki tertua ini dengan usia 132 tetapi masih mampu bergerak dan masih bertenaga , tidak kelihatan seperti seorang yang sudah berusia seratus tahun. Bayangkan zaman sekarang umur 80 tahun pon kadang-kadang nak jalan pon dah tak mampu. - Koleksi Tertua


- -
TAOTAUAJER - Toshifumi Fujimoto, dahulunya beliau adalah seorang pengusaha minyak dan menyukai hobi menangkap gambar berbahaya karana Beliau pernah mengambil gambar ikan yu dalam jarak dekat. Kini seorang warganegara Jepun yg baru memeluk Islam Toshifumi Fujimoto berjuang bersama-sama Mujahidin Syria menentang kekejaman Regim Basyar Al-Assad.


Namun ketika menjadi Muslim, beliau mengelilingi dunia untuk bergabung dengan Mujahidin dimana usianya 45 tahun ini. Awalnya beliau ke Kairo melihat dan mengambil gambar keruntuhan Presiden Hosni Mubarak. Tahun lalu beliau di Yaman menyaksikan peperangan antara Mujahidin dengan tentara AS. Beliau juga pernah ke Afghanistan berjumpa dengan Taliban.

Dan hari ini, beliau berada di tengah-tengah dentuman peluru perang Suriah. Beliau untuk sementara tinggal di Aleppo, kota yang menelan korban Hampir 60.000 jiwa. Sudah dua minggu Fujimoto di sana.



Dari Afghanistan beliau mendarat di Turki, awalnya ragu untuk ke sana kerana beliau tidak boleh bercakap bahasa Arab dan bahasa inggris. Namun dengan tekadnya, akhirnya beliau memutuskan untuk tetap berangkat dan berusaha mencari kelompok Mujahidin dengan memanfaatkan google translate untuk berinteraksi dengan mereka.

Ketika berada di Suriah, Fujimoto merasa ini benar-benar pengalaman yang memacu Adrenalin. Bagaimana tidak? Ketika sedang mengambil gambar seorang Mujahidin menggunakan senjata tempur sedang berhadapan dengan tentara Syi’ah lalu tiba-tiba ada peluru nyasar mengenai baju tentara yang dipakai.

“Aku tidak ragu dengan tindakan bahawa aku pergi ke Syria, jika mereka tahu aku disini, mereka pasti menganggap aku orang gila.”katanya saat berada di Aleppo

“Aku selalu pergi sendiri menyaksikan peperangan di dunia ini, kerana tidak ada pemandu yang mau menemaniku. Perang Syria mendorong adrenali bagiku, ini mengagumkan.” kata muallaf yang berusia 45 tahun ini.

Beliau sangat mengagumi para Mujahidin, pelajaran yang boleh beliau ambil dari mereka adalah keberanian saat berhadapan dengan musuhnya, hanya mereka orang yang tidak takut mati di dunia ini.

“ini berbahaya menjadi seorang jurnalis dan menjadi seorang pelancong di Syria.setiap aku berjalan sepanjang 200 meter, setiap itu pula aku mendengar bunyi peluru dan mortar.” Tambahnya ketika sedang mengambil gambar.

Fujimoto bertemu banyak kelompok Mujahidin, kebanyakan mereka mempunyai bendera yang sama tetapi berbeza komandan. Mereka tersebar di seluruh kota di Syria, terutama di Aleppo.





“Aku berjuang bersama para pejuang Syria, ini kembanggaan bagiku dan aku sangat menikmatinya. Namun sering aku panik, setiap kali mereka menyuruhku lari,lari,lari, awas ada penembak tepat. Walaupun keadaan darurat seperti itu aku puas dan hatiku damai bersama mereka” kata Fujimoto

“Aku ke Suriah dengan wangku sendiri, sekitar $ 2500 dari jepun, aku menginap di salah satu rumah warga di Aleppo, mereka memberikan aku akses internet, sehingga aku dapat menyimpan gambar-gambar di facebook.”

TAOTAUAJER : Fujimoto aktif menyebarkan gambar-gambar Jihad Syria, permintaan rakan dan followernya semakin hari semakin banyak, warga jepun banyak yang simpati dan menjadikan beliau inspirasi bagi Muslim Jepun. Ya allah ya tuhan kami , Engkau amankanlah saudara kami di syria , mesir dan palestine . Sesungguhnya Engkau maha agung lagi maha kuasa. - Koleksi Konflik Syria


- -
TAOTAUAJER - Ustaz Azhar Idrus penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja Setiap kali beliau berceramah. Hari ini berita yang mengejutkan apabila Pendakwah yang diminati ramai terlibat dalam satu kemalangan di Terengganu pagi tadi. Kemalangan berlaku di Pengadang Baru, Terengganu.


Kemalangan itu melibatkan dua buah kereta iaitu kereta jenis Golf GTI dan Iswara. Berikut adalah gambar-gambar sekitar kemalangan Ustaz Azhar Idrus di terenggannu





TAOTAUAJER : Syukur alhamdulillah Ustaz Azhar Idrus dan yang lain selamat. Tiada kecederaan hanya luka-luka kecil sahaja. Tapi apa yang menjedihkan adalah jenis kereta menjadi bualan dan kereta buatan negara menjadi sindiran - Koleksi Kemalangan

TAOTAUAJER - Meteor Perseid datang lagi tahun ini, kali ini ia datang di bulan syawal iaitu hari raya. Pada tahun lepas fenomena ini berlaku pada bulan Ramadhan. Tengok sini Gambar-Gambar Hujan Meteor Perseid 2012 . Malam ini Fenomena hujan meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam isnin sehingga subuh pada hari Selasa.


Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang
"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya. Nak tau lebih lanjut bagaimana meteor Perseid berlaku? Ini ada video daripada NASA tentang meteor Perseids

Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. 


TAOTAUAJER : Malam ni boleh la korang saksikan pancuran meteor ini bagi mereka yang tak pernah lagi . Senang jer nak saksikannyer Korang hanya perlu gunakan MATA sahaja untuk melihat meteor-meteor ini, kerana anda perlukan ruang atau medan penglihatan yang luas. - Koleksi Fenomena Meteor


- - - -
TAOTAUAJER - Salamualaikum, sebelum itu tao ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua pembaca blog taotauajer. Hari ini tao nak kongsikan pada korang semua asal usul sejarah wujud nyer perayaan hari raya Aidilfitri.


Setiap perayaan mesti ada sejarahnya. Begitu juga perayaan dalam Islam. Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini:
 "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.


TAOTAUAJER : Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama. - Artikel Informasi


- - - -