Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Inilah bahananya apabila terlalu leka bermain telefon bimbit. Apabila seorang jururawat putus kepala kerana tersangkut pada pintu lif apabila terlalu leka bermain telefon bimbit. Kejadian ini berlaku di China dalam sebuah lif hospital. Saksikan video ngeri di bawah ini...


Seorang wanita di daerah Luohu di Shenzhen putus kepala selepas dia teperangkap pada pintu lif yang mengheretnya turun sehingga sekurang-kurangnya tiga tingkat.

Mangsa dikatakan terlalu asyik dengan telefon bimbitnya hingga tidak menyedari lif itu rosak.

Menurut laporan awal, kejadian berlaku di Menara Changhong di Jalan Woodcrest Hill.

Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan wanita berkenaan, seorang jururawat bernama Wang, 24, sibuk melayan telefon bimbitnya apabila tragedi berlaku.

Saksi berkata, lif itu turun dari tingkat 22 bersama-sama empat penumpang dan berhenti di satu tingkat, dimasuki beberapa penumpang lain. Ia kemudian turun lagi tetapi terhenti antara tingkat dua dan tiga kerana rosak.

Jururawat itu yang asyik dengan telefonnya tidak menyedari keadaan sekeliling, keluar dari lif dan terperangkap pada pintunya apabila tertutup.

Lif itu kemudian bergerak lagi selama kira-kira 20 saat, turun ke tingkat satu, mengheret Wang bersama-samanya.

Kepala Wang putus dan tubuhnya terputus dua. –




TAOTAUAJER :  Perghhh... karingeri siot.. memang ngeri apabila kepala tersangkut dan terus terputus dari badan. Bagi saksi yang melihat pulak pasti ia akan menghatuinya dan pasti tempat tersebut jadi angker..ye tak nye kepala putus kat tingkat atas manakala badan tinggal dalam lif. - Koleksi Ngeri 


- - -
TAOTAUAJER - Nie la bangang namanya, baru-baru ini seorang mahasiswa dari China Central Academy of Fine Arts telah menjadi sebutan orang ramai di negara itu. Apabila membawa scooter sambil bogel dan membawa salib gergasi dianggap sebagai seni. 


Dimana sebelum ini dirakamkan seorang remaja membawa skuter dalam keadaan bogel dan membawa sex doll di tengah pekan Wangjing.


Dan yang paling terbaru dirakamkan lagi dengan keadaan yang sama tetapi kali ini membawa salib gergasi. Remaja itu mengaku dirinya dalam media sosial China dan menyatakan nama adalah Li Binyuan. Dia menyatakan semua ini adalah kerana seni dan tak ada maksud lain.






TAOTAUAJER : Banggang sungguh kan... ape yang seni nyer? memalukan diri ade lah, orang-orang sekarang dah ilang akal kot kat sane - Koleksi WTF!

-
TAOTAUAJER - Subhanallah kejam sungguh manusia ini apabila seorang bayi yang baru dilahirkan di buang kedalam lubang tandas dan tersumbat dalam paip kumbahan di sebuah rumah di China. 


Namun begitu bayi berkenaan diselamatkan anggota bomba dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa pejalan kaki mendengar dia menangis.




  

Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.
Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.

Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. 

Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.” Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. – Daily Mail

saksikan video ini...




TAOTAUAJER : Subhanallah kejam sungguh, binatang pun tidak sekejam ini untuk membuang anaknyer. Lihatlah dunia semakin tidak berperikemanusiaan. Yang buang bayi nie patutnya di hukum seberat-beratnya supaya orang lain takut untuk melakukan sebegini - Koleksi OMG!


- - - -
TAOTAUAJER - Di ibaratkan seperti seorang askar terminator yang popular dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger, apabila seorang askar ditembak di dahi namun tidak mati. Kisahnya bermula sewaktu berperang dengan militan Chechen seorang askar Russia ini telah pura-pura mati apabila dahinya telah mengenai peluru AK 47.


Namun dia bernasib baik kerana peluru itu tidak menembusi dahinya kini dia digelar 'Terminator' Rusia.P eluru itu juga telah ditanggalkan hanya menggunakan playar jer!

Jom saksikan video di bawah ini....


TAOTAUAJER : Giller betul, kalau betul la... perluru tersebut seakan tidak tembus kedalam kepala askar tersebut seakan ia mempunya tengkorak besi di dalamnya. Atau pun lelaki ini mempunya tangkal kebal macam mana yang digunapakai oleh Askar sulu menyerang malaysia kot - Koleksi OMG!


- - - -
TAOTAUAJER - Siang adalah hari yang letih setelah membuat pelbagai macam kerja, ia akan menyebabkan kita kengantukan lagi-lagi apabila terdapat Aircond yang menyelimuti diri. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.


Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:’Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,’ from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)


TAOTAUAJER : Tidak dinafikan lagi tidur sebelum masuknya waktu zohor adalah waktu tidur yang terbaik. Selain ia merupakan sunnah nabi, kita disarankan tidur untuk mendapatkan kecergasan semula. Kalau korang nak tau tidur yang kejap tu la yang paling nikmat dan sudah memadai dan kita akan rasa cergas sepanjang hari. - Koleksi Info
TAOTAUAJER - Sekarang ini kita banya kenghadap Laptop membuat kerja dan bersosial menggunakan Laptop, bahkan kalau lepak-lepak di kedai mamak pon pasti ada jer yang bawak laptop. Tapi cukupkah bateri korang untuk melakukan kerja-keja di luar? di sini tao nak kongsikan tips bagaimana untuk menjimatkan bateri laptop korang.


Bagaimana jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.

  1. Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.
  2. Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  3. Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  4. Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  5. Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  6. Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  7. Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  8. Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  9. Jangan gunakan CD/DVD.
  10. Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  11. Gunakan cooling pad.
  12. Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Jika anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.

TAOTAUAJER : Kalau di ikutkan terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba. - Koleksi Tips & Petua


- -
TAOTAUAJER - Mungkin ade ramai yang tidak tau ada apa dengan 16 Julai. Dimana setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).


Dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Info lanjut boleh baca nie ➜  INFO! - 'Istiwa Adzam' Saat dan ketika kedudukan matahari boleh dijadikan panduan mencari arah kiblat


- - -
TAOTAUAJER - Tao pon terkejut juga apabila dimaklumkan hari ini Ustaz Azhar Idrus lagi sekali. Dimana Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak tengahari tadi 26 Mei 2013. 





TAOTAUAJER : Tak semua si isteri yg mmbenarkan si suami kahwin lain..susah nk cari isteri macam itu .. dengan itu tao ucapkan tahniah buat Ustaz UAI yg baru sje mndrikan rumah tangga :)...  Semoga Berpanjangan Hingga Akhir Hayat.

HOT! - Penjelasan Ustaz Azhar Idrus terhadap Filem Hantu Bonceng - 
- -
TAOTAUAJER - Bahasa melambangkan bangsa.. bagi kita di malaysia bahasa malaysia ,bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Manakala Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia. Berbeza pula ceritanya di Australia apabila bahasa Arab adalah bahasa kedua bagi negara tersebut.... Biar Betul!


Bahasa Arab sering digunakan sebagai bahasa perbualan kedua selepas bahasa Inggeris di kalangan golongan muda di Australia.

Satu kajian terbaru mendedahkan seorang setiap lapan kanak-kanak yang mampu berbual dalam beberapa bahasa, menggunakannya di rumah.

Indeks Pembangunan Awal Australia (AEDI), kajian yang mendapat sokongan kerajaan membabitkan 260,000 kanak-kanak tahun pertama persekolahan, mendapati 18 peratus berbual dalam satu bahasa selain Inggeris.

Walaupun tiada negara Arab menduduki 15 tangga teratas negara kelahiran kanak-kanak di Australia, seramai 5,565 menggunakan bahasa berkenaan di rumah, 11.8 peratus lagi oleh kanak-kanak yang menguasai beberapa bahasa.

Bahasa Vietnam juga banyak digunakan dengan 8.4 peratus, diikuti Greek, dialek Cina dan Hindi di mana kurang 5.0 peratus menggunakannya. – AFP

TAOTAUAJER : Sungguh mengejutkan apabila mengatahui hal ini, dimana kita di malaysia pon tak semua yang betul-betul tahu akan bahasa arab berbanding bahasa Inggeris. Berapa ramaikah kanak-kanak mahupun golongan dewasa yang menguasai bahasa Arab? - Koleksi Info


- - - -
TAOTAUAJER - Bangang abadi di Belanda apabila seorang penyampai TV sebuah program di Belanda mengejutkan penonton apabila dia menghisap susu daripada payudara seorang wanita ketika program itu disiarkan pada waktu puncak.


Ketika itu Paul De Leeuw sedang membincangkan mengenai isu susu ibu. Penonton yang hadir pada program itu adalah sekumpulan wanita yang mendermakan susu kepada kaum ibu yang baru melahirkan anak.

Salah seorang penonton, Wendy kemudiannya menjemput Paul untuk merasa susu yang dimasukkan ke dalam botol ketika rancangan tersebut sedang keudara.

Namun apabila penyampai gay itu berjenaka bahawa dia lebih suka menghisap susu daripada sumbernya, maka Wendy tanpa teragak-agak mengangkat baju dan berkata `jika anda tidak menggigit, maka anda boleh mencubanya’’.

Penonton di studio kemudian terpinga-pingan apabila Paul menghisap susu daripada payu dara wanita tersebut.

Selepas menelannya, Paul secara bergurau berkata, “saya lebih suka minum dari sumbernya, lebih sedap’.

Tindakannya itu mendapat bantahan orang ramai yang menyifatkannya sebagai menjijikkan.

Saksikan Video ini....



TAOTAUAJER : Adoyai bangang sungguh, tindakan yang agak menjengkelkan... dah la di tayangkan waktu puncak. Tak malu sungguh! - KOLEKSI WTF! 


- -
TAOTAUAJER - Tak ada kata terlambat untuk mencatatkan prestasi. Itulah yang dilakukan Yuichiro Miura (80) mencatatkan namanya menjadi orang tertua yang berjaya menakluk puncak tertinggi dunia Gunung Everest.


Seorang lelaki Jepun berusia 80 tahun yang pernah menjalani empat pembedahan jantung, tiba di puncak Gunung Everest semalam, sekali gus menjadi pendaki tertua menakluk gunung tertinggi di dunia itu.



Yuichiro Miura yang mengambil laluan standard di bahagian tenggara gunung itu tiba di puncak setinggi 8,848 meter kira-kira jam 9 pagi (11.15 pagi waktu Malaysia).

Miura mendaki mengikut laluan sama yang pernah digunakan Sir Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay 60 tahun lalu.





Miura ditemani tiga lagi warga Jepun, termasuk seorang anak lelakinya serta enam pemandu jalan Nepal.

Kata Miura, dia tidak pernah menyangka dapat tiba di puncak Everest ketika berusia 80 tahun.

“Ia adalah detik paling menggembirakan dalam hidup, tetapi kini saya kepenatan,” katanya melalui telefon satelit kepada keluarga dan penyokong yang berkumpul di Tokyo.

Sebelum ini Miura pernah mendaki Everest pada 2003 dan mengulanginya lima tahun kemudian.

Dia memadamkan rekod pendaki Nepal, Min Bahadur Sherchan, yang tiba di puncak berkenaan pada 2008 ketika beliau berusia 76 tahun.

April lalu, Miura berkata, rekod dunia itu tidak begitu penting kepada dirinya.

“Apa yang penting ialah berjaya tiba di puncak gunung itu,” katanya ketika ditemui media. - Reuters

TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau pada masa yang sama juga Enam daripada tujuh pendaki Everest Felda 2013 berjaya mengharumkan nama negara apabila menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut  21 Mei lalu. Lelaki jepun yang nie sungguh bersemangat meskipun sudah tua, bukan calang-calang orang nie. - Koleksi Mereka yang Hebat


-