Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

TAOTAUAJER - Waktu senja merupakan waktu permulaan bagi malam. Pada waktu ini, syaitan akan keluar berkeliaran. Ini yang menguji ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.


Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.

"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.

"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam. Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu hilang.

"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas. "Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.

SUMBER: Kosmo

TAOTAUAJER : Tautak korang? Waktu senja kita ibarat waktu pagi jin, dan waktu pagi kita adalah waktu 'senja' jin... Tengah malam kita ibarat tengah hari jin dan begitulah sebaliknya! - Koleksi Angker

- - -
TAOTAUAJER - Subhanallah inilah tanda kebesaran Allah apabila mayat para syahid tidak reput. Kalau mayat mati biasa ia akan reput dan tinggal tulang sahaja, tapi mayat orang yang berjuang jalan Allah akan di kekal dengan baik jasadnya oleh Allah yang Maha Esa. SubahanaAllah.


As-syahid Zaid al Bawardi (Abu Usamah at-Tamimi) telah syahid 2 bulan yanng lepas selepas pertempuran deengan militan Alawi tetapi saudara daripada FSA tidak dapat mengeluarkan mayatnya kerana tempatnya masih dikawal oleh militan Alawi . Dua bulan selepas itu mereka berjaya membebaskan kawasan tersebut dan seorang daripada militan Assad yang ditahan telah menunjukkan kepada mujahidin diimana kubur As-syahid Zaid al-Bawardi.

Lihat buktinya, Allah Maha Benar akan Janjinya, jangan takut apabila kita berjuang di jalan Allah


Mereka telah menyorokkannya dibawah karpet yang dipenuhi habuk ,tetapi yang menakjubkan. 
Subhanallah !darahnya masih segar seperti dia baru saja syahid semalam dan baunya sangat wangi !

SUMBER: FB/syria.care

TAOTAUAJER : Sesungguhnya Allah telah menjanjikan martabat yang tinggi bagi mereka yang syahid menegakkan Islam… Dikhabarkan mereka yang mati syahid itu meminta kepada Allah untuk hidup semula di dunia untuk berjihad lagi kerana manisnya ganjaran yang Allah sediakan itu… Semoga ia menjadi cita-cita seluruh umat Islam.. Amin. - Koleksi Miracles of Allah Almighty


TAOTAUAJER - Lagi China mari, kali ini kita saksikan satu penciptaan yang tidak canggih tapi bijak apabila Zhou Miaorong (70) yang berasal dari Shanghai China mencipta sistem gelongsor kecemasan yang boleh digunakan bagi mempercepatkan proses mengosongkan bangunan ketika kebakaran.


Menurut Zhou, seseorang individu hanya memerlukan 14 saat untuk turun dari tingkat lima bangunan menggunakan sistem gelongsong ciptaan beliau.


 

TAOTAUAJER : Amacam cool bukan... dengan adanya benda ini maka lebih cepat pengosongan banggunan dapat di buat dan dapat mengurangkan risiko dan jumlah mangsa yang terkorban. Tapi nie kalau kat malaysia alamatnye benda nie jadi permainan budak-budak la nanti, dan silap-silap orang besar pon main jugak... hehee - Koleksi China Hebat


- - -
TAOTAUAJER - Kebiasaannya kebanyakan kanak-kanak menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, tetapi Braxton West-Smith bertindak lebih berani apabila bermain-main dengan anak singa. Anak singa sebagai haiwan perliharaan kesayangannya.


Kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah generasi terkini yang menjadi ahli kumpulan Sarkas Stardust. Selain dikelilingi ahli keluarga yang menguruskan sarkas berkenaan, West-Smith menjadikan anak singa Afrika, Zimbi, sebagai rakan. Stardust adalah kumpulan sarkas terbesar di Australia dan menggunakan pelbagai jenis haiwan liar untuk membuat persembahan.

Setiap pagi, West-Smith akan berkongsi meja dengan Zimbi untuk bersarapan serta bergurau-senda.


  

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan selama mana West-Smith akan bersahabat dengan Zimbi kerana aktivis yang membantah penggunaan haiwan dalam persembahan semakin berkembang di Australia.


SUMBER : Dailymail

TAOTAUAJER : Comel jer anak singa nie, boleh bermain-main seperti kucing tapi pastinyer tidak sama seperti kucing dan perlu berjaga-jaga kerana ia mempunyai naluri pemangsa apabila besar nanti sememangnyer akan dahagakan daging. Nanti rasenye kalau lama budak nie membesar bersama singa nie nanti jadi macam satu kisah mengharukan kerinduan Se'ekor Singa Kepada Tuannya. - Koleksi Menarik


- -
TAOTAUAJER - Tahniah diucapkan kepada Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer kerana telah bergelar ibu dan ayah. Wah berat tu bayi mereka hampir 4kg, mesti comel kan.


Lihat Gambar Cute Anak Irma Hasmie Di BAWAH INI

Irma Hasmie telah selamat melahirkan anak pertamanya pada pukul 8.51 pagi tadi disambut oleh suami tercinta Redza Syah Azmeer.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh suami Irma sendiri menerumi laman Twitter Redza Syah Azmeer beberapa minit yang lalu. Berikut adalah gambar print screen dari laman Twitter suami Isma Hasmie









TAOTAUAJER : Sweet sungguh pasangan ini dan tahniah di ucapkan kepada pasangan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer .

-
TAOTAUAJER - Tattoo adalah suatu tanda yang dibuat dengan memasukkan pigmen ke dalam kulit, dan ada mengatakan tattoo tidak boleh di buang. Apa kata kita lihat bagaimana membuang tatoo do it yourself.





















TAOTAUAJER : Inilah teknik membuang tatoo cara sendiri tak perlu pergi hospital.. Rasanya untuk melakukan macam nie kita kena bakar kawasan yang bertatoo tersebut supaya ia menjadi melecur dan kulit menjadi mati dan mudah untuk di koyakkan. Ia nampak menyakitkan mata kan.. lagi sakit kalau kita buat sendiri. - Koleksi Ngeri 


- - -
TAOTAUAJER - Inilah Ikan Yu Berkepala Dua yang pertama kali di pertemukan dalam sejarah, kalau sebelum ini banyak tao post kan cerita aneh tentang haiwan berkepala dua dan juga ada bayi berkepala dua. Kali ini jom kita lihat ikan berkepala dua yang pertama kali dalam sejarah.


Penyelidik marin di Michigan State University telah mengesahkan, bahawa telah menjumpai ikan yu banteng berbadan satu dengan dua kepala yang pertama kalinya. Dan, ikan ini bukan kembar siam.

Menurut Michael Wagner, salah seorang penyelidik, spesimen yang ditemui di Teluk Mexico pada tahun 2011, merupakan contoh dicephalia pertama dari ikan yu perak.

"Ini adalah salah satu fenomena yang menarik dan jarang dikesan," katanya, seperti dipetik dari Scienceagogo,


"Sangat penting untuk dicatat dalam sejarah alam dunia. Tapi, kami harus mencari lebih banyak spesies ini sebelum menarik kesimpulan," jelasnya.

Namun, penyelidik mengakui sukar dalam mencari fenemonena ini, sebab rata-rata makhluk dengan kelainan akan mati tidak lama selepas lahir. Dalam kes ini, seorang nelayan mencari ikan yu berkepala dua ketika membuka perut yu dewasa di Florida Keys, Amerika Syarikat.

"Anda akan banyak melihat kes serupa pada cicak dan ular," tutur Wagner. "Ini disebabkan organisma mereka sering dibesarkan di penangkaran, dan penternak lebih cenderung melihat anomali," tambahnya.

Untuk memecahkan misteri ini, Wagner pun mengamatinya dengan teknologi pengimejan resonansi magnetik, atau popular dengan sebutan magnetic resonance imaging (MRI). Hasilnya, tanpa merosakkan spesimen unik, MRI mengungkapkan ada dua kepala yang berbeza, sementara hati dan perut tetap satu hingga membentuk satu ekor ke belakang.


Wagner mencatat, ada kemungkinan penemuan spesies ini merupakan 'yu banteng' yang kurang upaya sebagai implikasi dari polutan. "Memandangkan ketika yu unik ini ditemui berada di berhampiran tumpahan minyak Horizon Deepwater. Saya tahu, beberapa orang ingin menarik kesimpulan itu," ujarnya.

"Tetapi, mengambil kesimpulan tanpa bukti tentu yang tidak berasas. Kami belum mempunyai cukup bukti untuk mengatakan bahawa fenomena ini adalah hasil dari pencemaran," jelas Wagner.

SUMBER : viva.co.id

TAOTAUAJER : Subhanallah, menakjubkan ciptaan Allah ia unik dan pelik bagi kita... dan ini juga adalah yang pertama kalinya di rekodkan  Yu Berkepala Dua dijumpai. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


- - - - -