Sebuah Blog Informasi Yang Mengandungi Pelbagai Info - Info Menarik Dan Terkini
WOW! - [WATCH] More hot chicks & new rides in Fast & Furious 6.

Wow | Aiskrim dari susu ibu, sedap ke??

Sunday, February 27, 2011

Sememangnya susu ibu itu adalah anugerahkan dari tuhan bagi setiap wanita untuk diberikan kepada bayi-bayi. Tapi ini lain la pulak ceritanya.. korang tau tak, susu ibu dibuat aiskrim la pulak.


Owh | Daphne Dedahkan Masuk Islam Selepas Melawat Taj Mahal

Daphne Iking atau nama islamnya, Dahlia Eleanor Iking mendedahkan hatinya terdetik untuk memeluk islam setelah dia kagum melihat keindahan alam serta keunikan seni bina Islam di bangunan Taj Mahal tersebut.


"Dari keajaiban yang berlaku di sana saya dapat rasakan keinginan memeluk agama Islam dari dalam diri dan menjadi isterinya. Dia (Joe) juga terkejut ketika itu," kata Daphne.

Gambar | Azizulhassi cedera di Manchester

Saturday, February 26, 2011

Azizulhasni bersama empat lagi pelumba terlibat dalam kemalangan, menyebabkan serpihan dari trek kayu sepanjang 23 sentimeter tertusuk di betisnya.

Ini adalah antara foto-foto pada detik-detik cemas tersebut

Photobucket

Azizulhasni mengerang kesakitan

Photobucket

Azizulhasni bangkit semula sambil dibantu jurulatihnya, John Beasley untuk meneruskan perlumbaan dan tidak sedar serpihan kayu tertusuk dari bahagian kanan menembusi bahagian kiri betisnya, manakala Dawkins melintasi garisan penamat sambil menolak basikalnya.

Omg | Kucupan terakhir

GOMBAK - Seorang bapa tidak menyangka tindakan anak bongsunya bersalam dan mengucupnya selepas mengambil wang saku untuk ke sekolah merupakan petanda yang pelajar tahun enam itu akan pergi selama-lamanya apabila dia ditemui lemas kelmarin.


Wow | Kupu-kupu aneh berwajah manusia

Seperti pada post yang lepas kali ini penemuan kupu-kupu pula yang terdapat corak seperti berwajah manusia.
Bukan nak merepek ke ape just untuk dikongsikan betapa hebatnya sang pencipta dimana merupakan pesan alam yang penuh dengan rahsia yang tersirat dan tersurat, hanya Tuhan Yang Maha mengatahui, manusia biasa hanya menduga dengan segala keterbatasannya.

Photobucket

Wow | Ribuan Ikan yang lemas tercungap-cungap

Sebuah laporan yang sangat tidak biasa dari St Petersburg.Dimana Ribuan Ikan mencuba untuk mencari lubang untuk mendapatkan oksigen.

Photobucket

Dalam foto-foto ini kita melihat ikan yang sedang mencuba untuk mendapatkan udara di lubang,.

Faktanya adalah bahwa karena pencemaran air menimbulkan kandungan oksigen di dalam air tersebut menipis atau bahkan tidak ada, yang menjadikan banyak ikan tak boleh bernafas dan tercungap-cungap sehingga banyak yang mati.

Omg | 4 tahun hidup dengan pisau terlancap dalam muka

Friday, February 25, 2011

Ahli Bedah di Cina selatan berhasil mengeluarkan pisau berkarat dengan panjang 4-inci dari tengkorak seseorang yang sudah menancap di sana selama empat tahun.

Photobucket

Li Fuyan, 30, menderita sakit kepala parah, bau mulut dan kesulitan bernafas tetapi tidak pernah tahu penyebab ketidakselesanya.

Owh | Atasi tekanan dengan kemaafan

TAOTAUAJER - Memaafkan terkadang jadi sesuatu yang sulit untuk dilakukan dalam hidup kita. Terkadang saat seseorang melukai hati kita, yang paling ingin kita lakukan adalah mengutukinya dan terus membencinya. Kita merasa ketika memberi maaf pada orang, ini bererti dia tidak mendapatkan hukuman atas apa yang telah dilakukannya.


Sebenarnya, itu memang tak sepenuhnya salah. Kita semua akan menuai apa yang telah kita tanam, itu sebuah hukum alam yang tidak terhindarkan. Tapi masalahnya adalah, kita menjalani hidup saat ini. Kita semua ingin menjalani hidup dengan utuh, sayangnya, menyimpan rasa kesal dan kemarahan membuat kita tidak dapat menjalani hidup dengan sepenuhnya dan sebenarnya memaafkan orang lain itu tidak sesulit yang kita bayangkan. Ada beberapa cara yang dapat ditempuh seperti di bawah ini:

OMG! - Kaki dan tangan di dada kanak-kanak ini

Deepak Kumar Paswaan, 8 tahun dari Indian akhirnya hidup seperti kanak-kanak normal yang lain setelah ‘kembar parasit’nya dipisahkan dari badannya.
Photobucket
Kanak-kanak ini yang mendapat gelaran ‘budak sotong’ dilahirkan bersama kaki dan tangan yang lengkap seperti kembar siam yang membesar di dadanya.

#korangtautak? - Sebalik asal usul Lamborgini (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sapa yang tidak kenal degan kenderaan Lamborghini yang terkenal?? Pasti ramai yang tau kan... tapi pasti ramai yang tak tau bahawa Lamborghini sebenarnya masa dahulu bukanlah pengeluar kereta sport tetapi adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan model traktor

Photobucket

Hot | Sah! Daphne Iking Peluk Islam, Kahwin Lelaki Melayu

Hari ini Kosmo melaporkan pengacara hot & sensasi Daphne Iking, sah memeluk islam bulan lalu dan juga telah berkahwin dengan lelaki melayu 8 januari lalu. Lelaki melayu tersebut seorang usahawan berusia 30-an iaitu Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali Joe.

Difahamkan, nama islam Daphne Iking ialah Dahlia Eleanor Iking

"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne.

Tahniah buat Daphne & Joe !

akan ku update gambar perkahwinan Daphne Iking & Joe jika ada yang sudi berkongsi gambar dengan kami.

Wow! - Budak tangkap ikan lagi besar darinya

TAOTAUAJER | TASIK TINAROO, Australia - Seorang budak berusia sembilan tahun, Riley Vallance berjaya memancing seekor ikan yang lebih besar daripadanya dalam satu pertandingan di sini, lapor akhbar The Cairns Post semalam.

Photobucket
Besar sunguh ikan tersebut


"Saya bergelut selama 20 minit untuk mendapatkan ikan tersebut," kata Vallance yang belajar di tahun empat.

Vallance yang mempunyai berat 25 kilogram (kg) dan tinggi 131 sentimeter itu memperoleh ikan tersebut yang seberat 27.6kg serta panjang 132 sentimeter.

Menurut bapanya yang merupakan seorang ahli biologi, Terry Vallance, ikan tersebut terpaksa ditanam di belakang rumah kerana peti sejuk di rumahnya tidak muat untuk menyimpan ikan itu. - Agensi

sumber:kosmo online


PelikTapi Benar | Corak mirip wajah manusia pada Labah-labah

Thursday, February 24, 2011

WAREHAM, Britain - Seekor labah-labah yang ditemui di Arne, dekat ini mempunyai wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Photobucket

Seorang pekerja Persatuan Diraja Untuk Perlindungan Burung, Mark Singleton menemui labah-labah itu baru-baru ini.

Menurutnya, labah-labah itu memiliki wajah seperti manusia di bahagian perutnya. - Agensi

sebenarnya ini adalah salah satu tanda bagi menakutkan musuhnya...sama juga seperti rama-rama dimana terdapat tompok yang apabila kita lihat adalah sama sekali seperti kepala ular seperti gambar di bawah ini.

Photobucket

Ini lah kehebatan ciptaan Allah SWT

Gambar | Kejadian gempa bumi di New Zealand

Gempabumi di New Zealand menggoncangkan sebuah bandar dan menghancurkannya.

Photobucket

Photobucket

Habuk terhasil: Sat selepas gempa berlaku du Christchurch, gambar sewaktu kehancuran yang luas dari pandangan jauh.

Wow | Lubang golf paling Extream

Pernahkah anda terfikir akan Lubang golf yang paling extream... yang nie betul2 extream.

Photobucket

Sebuah resort Golf dan Safari di Afrika Selatan mempunyai tempat bermain golf 1400 kaki di atas tanah, atau sekitar 400an meter. 19 lubang-lubang golfnya terletak di bawah dan memerlukankan helikopter untuk mengambil bola golf tersebut.

Pelik tapi Benar | Disebalik nama Elektrik dan lampu kalimantang

TAOTAUAJER - Mesti korang tak tau dari mana asal nama elektrik dan juga lampu kalimantang...nie nak bagi tau nieh..


Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya… .


Wow | Rumah daripada kertas dibina

The Paper House sebenarnya adalah rumah yang diperduat daripada surat khabar. Rumah tersebut dari surat khabar malahan perabutnya juga daripada surat khabar.

Kini sudah menjadi satu hasil seni

Photobucket

Omg | Bangkai tikus dalam kuali Eeeuuwww!!!

KLANG: Bangkai tikus dalam kuali. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah yang dilihat dalam satu operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 3' yang diadakan di sekitar bandar diraja ini, baru-baru ini.

Pemilik sebuah restoran mendakwa kuali itu tidak lagi digunakan tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang digempur pasukan penguat kuasa itu kotor dan berbau meloyakan.

Omg | Remaja bermain game tiga hari berturut-turut sehingga membawa maut

Wednesday, February 23, 2011

BEIJING: Seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana asyik bermain permainan komputer di kafe internet di luar Beijing, lapor media kerajaan semalam.

Insiden itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat China, menurut penyelidik.

Wow | Fenomena "Api Terjun" Setinggi 600 meter

Melihat air terjun mungkin sudah hal biasa. Namun, bagaimana dengan "api terjun" korang tau tak? Inilah fenomena unik yang hanya dapat dilihat di Horsetail Falls di Yosemite National Park, California. Api terjun itu terdapat di gugusan pegunungan Sierra Nevada, sebelah barat Danau Tahoe, memiliki ketinggian 2.000 kaki atau sekitar 600 meter.

Photobucket

"Api terjun" pada dasarnya merupakan air terjun, tetapi unik karena mendapatkan ekspos sinar matahari senja sehingga berkilauan kuning keemasan. Peristiwa ini jarang dan cuma beberapa hari dalam setahun, biasanya di bulan Februari, sinar matahari akan menyinarkan air terjun, menciptakan cahaya oren bak api yang memukau.

Wow | Al-Quran terkecil

KOTA BHARU -Seorang pesara dari Jalan Tanah Merah, Pasir Mas dekat sini mendakwa memiliki senaskhah al-Quran yang dipercayai antara al-Quran terkecil di negara ini.

Hanya berukuran 24 milimeter (mm) panjang, 17mm lebar dan 10mm tebal, al-Quran milik Abdullah Hamzah, 57, itu lebih besar sedikit daripada al-Quran terkecil di dunia di China yang berukuran 19.6mm panjang, 13.2 mm lebar dan 6.1mm tebal.

Menurut Abdullah yang menyimpannya sejak 44 tahun lalu, al-Quran tersebut diberikan oleh arwah ayahnya, Allahyarham Hamzah Jaafar yang merupakan seorang Tok Guru Pondok yang mengajar al-Quran di madrasah dan masjid.Kosmo

Owh | Azizulhasni selamat dibedah

KUALA LUMPUR 21 Feb– Jaguh trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang selamat dibedah selepas mengalami kecederaan ngeri, tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan dalam laluan memenangi pingat gangsa pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, semalam.


PENOLONG jurulatih, Harnizam Basri (kanan) memapah Azizulhasni yang mengalami kecederaan ngeri sebaik sahaja dia berjaya melintasi garisan penamat dengan meraih pingat gangsa dalam acara keirin akhir Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, semalam.

Azizulhasni bersama empat lagi pelumba terlibat dalam kemalangan, menyebabkan serpihan dari trek kayu sepanjang 23 sentimeter tertusuk di betisnya. Dia tetap meneruskan perlumbaan selepas kemalangan dan hanya menyedari tentang kecederaan yang dialami selepas menamatkan saingan.

Kecederaan tersebut sekali gus menutup terus hasrat pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu beraksi di Kejohanan Trek Dunia yang akan berlangsung di Apeldoorn, Belanda bulan depan.

Insiden tersebut terjadi dalam acara keirin akhir menyaksikan pelumba sedang berasak-asak untuk melintasi garisan penamat sebelum berlakunya pelanggaran sesama sendiri dalam kelajuan 60 atau 70 kilometer per jam.

Ia bermula dengan pelumba Sepanyol, Juan Peralta Gascon tergelincir sebelum terlanggar Azizulhasni yang mewakili pasukan trek profesional negara, Yayasan Sime Darby (YSD) diikuti dua pelumba lagi terjatuh, Kamil Kuczynski (Poland) dan Edward Dawkins (New Zealand) namun keempat-empat mereka bangkit meneruskan perlumbaan dengan cara yang berbeza.

Azizulhasni bangkit semula sambil dibantu jurulatihnya, John Beasley untuk meneruskan perlumbaan dan tidak sedar serpihan kayu tertusuk dari bahagian kanan menembusi bahagian kiri betisnya, manakala Dawkins melintasi garisan penamat sambil menolak basikalnya.

Lawak | Gelagat pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar

Tuesday, February 22, 2011

Macam-macam gelagat pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang berlangsung hari ini. Termasuk juga lah dengan poster ini, dimana watak dalam Movie Hantu kak limah balik kampung juga tercalon...hehe

Photobucket
Bak ayat Oh! UTHM: xtahulah keje sape yanh buat benda nieh. ape2 pun, aku mahukan segalanya dia sebagai YDP UTHM.haha! Manifesto senang jer. apa2 sahaja yang menyusahkan,KITE BAKO JE!
Kita bako jer....haha

credit to Oh! UTHM

Wow | Gempa bumi di New Zealand seperti perang

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 skala Richter telah berlaku di selatan pulau New Zealand pada pukul 7.51 pagi 22 Februari 2011. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 43.5 selatan longtitud 172.6 Timur. 7607 km Tenggara Tawau, Sabah.

Photobucket

Korang tau tak, 6.3 skala Richter yang melanda Christchurch adalah cukup kuat untuk menggoncangkan 30 juta tan ais di Tasman Glacier di Aoraki Mt Cook National Park.

Tau tak | Nama bayi ini FACEBOOK Jamal Ibrahim

Monday, February 21, 2011

KAHERAH- Seorang ayah di Mesir telah mendedikasikan fenomena laman web sosial sebagai nama anaknya, Facebook. Bayi bernama unik itu menjadi tanda revolusi baru di Mesir.

Photobucket

Menurut laporan akhbar Al-Ahram, Jamal Ibrahim, 20 tahun, memberikan nama anak perempuannya sebagai Facebook. Ibrahim mengaku sangat kagum dengan peranan laman web sosial itu dalam organisasi pemberontakan di Tahrir Square dan beberapa kawasan lain di Mesir.

Omg | Rakan kuat berdengkur di Bunuh

BEIJING, — Jika Anda punya kebiasaan mendengkur, hati-hati pilih teman sebilik Seorang mahasiswa di China, yang sudah muak dengan teman sebilikya yang sering berdengkur, menikam temannya itu hingga mati pada suatu malam.

Pejabat berita Xinhua, melaporkan, Zhao Yan (22) ditikam di dada dan punggungnya akhir tahun lalu di biliknya di Universiti Pertanian Jilin di timur laut Daerah Jilin. Menurut Xinhua, yang mengutip keterangan dari sebuah pengadilan di Changchun, teman sebilik Zhao, Guo Liwei yang berusia 23 tahun, mengaku bahawa dia menikam Zhao setelah muak dengan dengkuran kawannya itu.

Guo sebelumnya telah memberitahu kepada Zhao tentang dengkurnya itu dan mem-posting video tentang dengkuran Zhao dalam website universiti yang justeru menambah ketegangan di antara mereka berdua. ”Saya mengatakan kepada Zhao tentang hal itu (dengkur) dan dia jadi marah. Dia beberapa kali menyalahkan saya. Hal itu mendorong saya untuk membunuhnya,” kata Guo, sebagaimana dikutip Xinhua.Guo ketika ini sedang menunggu keputusan pengadilan.

sumber: Kompas.com

Adoyai..ape la nak jadi. bedengkur punya kes boleh sampai jadi bunuh-bunuh, dah tak rasional betul la.

Tau tak | Ade ikan hebat yang Hidup di kawasan beracun

Saintis menemukan ikan aneh yang hidup di perairan yang paling parah terkena pencemaran. Ikan tersebut masih bertahan kerana telah berevolusi hingga mampu mengatasi bahan kimia berbahaya.

Photobucket

Para ‘penjelajah racun’ di dunia air tersebut merupakan ikan tomcod, yang nampak serupa dengan ikan cod biasa. Bezanya, ukuran ikan yang tinggal di kawasan sungai Hudson dan sekitarnya ini memiliki ukuran yang lebih kecil.

Wow | Gemuruh Air dan Misteri kematian 100 Paus

WELLINGTON — Lebih dari 100 ikan paus pilot mati karena terdampar secara massal di satu pantai terpencil di Selandia Baru, kata beberapa pejabat pelestarian alam, Senin (21/2/2011).

Photobucket

Beberapa pendaki pada Minggu (20/2/2011) juga menemukan 107 ikan paus yang terdampar di pantai Stewart Island, di lepas pantai di sebelah barat daya South Island.

Wow | Anjing halang tuannya rogol remaja 14 tahun

Nasib baik ada anjing kalau tidak habis masa depan remaja ini ..

GAMBAR SEKADAR HIASAN

ROME: Salakan seekor anjing menyelamatkan seorang gadis Itali daripada dirogol tuannya, lapor agensi berita ANSA, semalam.

Tau tak | Ikan buaya terbesar dan terberat yang penah ditangkap

DUA orang ahli biologi Jabatan Perikanan, Hidupan Liar dan Taman Mississippi mengukur ikan buaya yang ditangkap Kenny Williams di Tasik Chotard, Amerika Syarikat pada 14 Februari lalu.

Photobucket

TASIK CHOTARD, Amerika Syarikat - Seekor ikan buaya paling berat di dunia berjaya ditangkap oleh seorang pemancing, Kenny Williams di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Wow | Facebook Dijadikan Nama Bayi Perempuan di Mesir

CAIRO, KOMPAS.com — Seorang pemuda Mesir memberi nama anak perempuan pertamanya Facebook. Nama Facebook memang sedang naik di Mesir selama proses penggulingan Presiden Hosni Mubarak kerana dianggap berjasa menggerakkan orang awam sebelum melakukan aksi tunjuk perasaan besar-besaran di Tahrir Square.

Wow | Akuarium terkecil didunia

Saturday, February 19, 2011

Anatoly Ivannovich Konenko adalah seorang seniman mikrominiatur dari Rusia. Orang yang kelahiran 23 Febuary 1954 ini sudah pernah menciptakan rekod pertamanya di Guiness Book of World Record dengan membuat buku terkecil di dunia.

Photobucket

Baru-baru ini pada 12 Febuary 2011, Anatoly membuat Aquarium Terkecil dudunia. Aquarium tersebut berukuran 30 x 24 x 14 mm bervolume 10ml. Anatoly juga memasukkan 3 ekor ikan yang masih hidup ke dalam aquarium yang berukuran sekitar 4mm.

Wow | Ibu masukkan anak dalam tong sampah pulihkan sindrom takut

LONDON - Seorang gadis di Britain pulih daripada sindrom berasa takut apabila berada di dalam ruang yang sempit,lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis itu, Kirsty Nicholson, 23, pulih selepas ibunya memasukkan dia ke dalam tong sampah. Kejadian itu berlaku semasa dia masih kecil kerana anaknya itu mampu melenturkan tubuhnya.

OMG! - Pesta Kanibal pembunuhan dan memakan gadis (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Pada awal bulan yang lepas saya ada memaparkan gambar-gambar tentang OMG gempar | Gadis 20 tahun di bunuh kejam. Rupa-rupanya ia bukan lah sekadar pembunuhan dan dimakan, rupa-rupanya lebih teruk.


mengerikan sungguh dahsyat

Tau tak | Justin Bieber Ditembak di dada

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Bieber menemui ajal apabila dia ditembak mati di dadanya dalam siri televisyen penyiasatan popular, CSI, lapor sebuah akhbar semalam.



Penyanyi lagu Baby dan berusia 16 tahun itu muncul menerusi episod terbaru CSI, Target of Obsession.

Selebriti berusia 16 tahun itu memegang watak remaja bermasalah bernama Jason McCann untuk kali kedua selepas dia mula melibatkan diri dalam siri televisyen itu pada September 2010.

"Saya bukan orang yang jahat. Justeru, saya rasa kelakar apabila dikehendaki membawakan karakter seperti ini," katanya.

Bintang muda itu menerima penghargaan Pencapaian Cemerlang Artis Antarabangsa dalam anugerah muzik popular Britain, Brit di London baru-baru ini. - Agensi

Wow | DitembakTiga kali tidak mati masih selamat

Ditembak Tiga Kali.. di Kepala, Jantung dan Lengan Kanan.. Tetap Hidup dan Selamat!!.. Seorang wanita ditembak di kepala oleh kekasihnya telah selamat dari serangan itu setelah doktor mengeluarkan peluru dari otaknya. Lulusan seni 24 tahun dari Delhi, yang hanya dikenal sebagai Heena, ditembak tiga kali – di kepala, jantung dan tangan – setelah dia menolak tawaran pernikahan.

Salah satu dari tiga peluru masuk telinga kirinya mematahkan tulang tengah dan telinganya sebelum berakhir tertanam di otak. Dua lainnya terbenam di lengan kanannya dan jantung. CT Scan menunjukkan peluru tertanam di bahgian dalam otak.

Tau tak | Ade jer DOA untuk mintak Jodoh

Friday, February 18, 2011

TAOTAUAJER - Mungkin ada yang dah tau dan ada jugak yang masih tak tau...sebenarnya ade jer doa untuk ditemukan jodoh adalah tidak salah jika anda untuk berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la.. ). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.

Photobucket

Ya lah kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, korang yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.

Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat.

Wow | Komputer perabut kayu

MARLIES Romberg's Wooden Komputer Workstation menggabungkan sistem dekstop menjadi sebuah perabut klasik dengan menggunakan laser cutting sistem untuk membuat keyboard, disertai dengan tetikus kayu dan monitor.

Photobucket

Wow | Tau tak! Ais dan air sejuk pon ada rahsianya

Thursday, February 17, 2011

Mesti anda diluar sana tidak tahu rahsia ais dan air sejuk. Saya tahu, ramai diluar sana yang kuat minum air ais dan lebih-lebih lagi yang memakan ais tuh apabila air dah habis. Bukan main lagi best..hehe ( aku pon same je jugak..hehe )
Nie nak bagi tau nieh.. ais dan air sejuk pon ade hikmatnya.

Photobucket

Tau tak korang bahawa~
  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Owh | Profil Mark Zukeberg admin Facebook

Korang slalu bukak laman Web Sosial Facebook , tapi mesti korang tak penah tengok profil Mark Zukeberg yang sebenarnya kat facebook. Yang pasti mesti korang dah like page Mark, cam tak nak bersepah pulak page die.
Kali ini ku nak paparkan profil beliau di Facebook.

Photobucket

Nie link kepada yang nak ke page Mark Zukeberg

PelikTapi Benar | Penyamun boleh sesat dalam rumah..adess

KUALA LUMPUR: Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan kejadian aneh menimpa seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mencari jalan keluar selepas memecah masuk sebuah rumah di Kepong, di sini, Isnin lalu.

Photobucket

Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam rumah berkenaan.


Wow | Bila Barack Obama Berkulit Putih dan Berambut lurus

Sapa sangka Barack Obama tak boleh putih dan rambut tak boleh lurus??

Photobucket

Kita lihatkan apabila Barack Obama telah memakai pencerah muka dan juga shampu yang dapat meluruskan rambutnya.

Wow | Facebook Phone Terbaru

Wednesday, February 16, 2011

Rumor pasal Facebook Phone memang sudah ada sejak tahun lalu,( iye kew? tak tau pon.) namun segera dibantah oleh pihak Facebook menyatakan bahawa mereke tidak membuat Facebook Phone dalam bentuk apa-apapun. Sampai akhirnya hari ini Facebook telah mengeluarkan satu pengumuman rasmi mengenai Facebook Phone.

Photobucket

Menurut blog post yang ditulis oleh Charles Wu, Program Manager Mobil Facebook Inc, tidak lama lagi akan kita dapat lihat seperti INQ dan HTC yang mengeluarkan smartphone dengan integrasi yang mendalam dengan Facebook. Jadinya Facebook tidaklah mengeluarkan produk smartphone miliknya sendiri, melainkan pelantar-pelantar seperti INQ dan HTC memproduksikan smartphone yang terintegrasi secara penuh dengan Facebook dan mungkin masa akan datang ada beberapa pelantar lain yang akan melakukan hal yang serupa ( Nokia ?? )

Hot | Agnes Monica pakai BRA diluar

Sedang ku layan-layan lagu di Youtube tetiba terjumpa satu iklan nieh. Tak Tau la Kowang da tengok ke belum. Ape yang agak lucu dari iklan nieh adalah, si Agnes Monica agak kelihatan aneh. Dia pakai BRA diluar, ade-ade ajer nak tiru or nak saing gan superman lakot nieh...hehe..

Nie gambarnya.

Photobucket

ini pula videonya cuba korang tengok..

Awas | Beras China mengandungi logam berat

Makanan ruji negara kita adalah nasi. Nasi asalnya dari beras, pelbagai jenis beras yang terdapat dijual sekarang nieh, pernahkah anda terfikir apa kandungan dalam beras tersebut?

Tahukah anda Arsenik juga didapati berada dalam beras keluaran China

Photobucket

BEIJING: Sehingga 10 peratus beras yang dikeluarkan China dicemari logam berat berbahaya daripada pencemaran yang dikaitkan dengan proses perindustrian pesat negara itu, menurut satu laporan.

Wow | Sepasang naga dilihat di Kalimantan

SEORANG penumpang bot sempat merakamkan gambar naga raksasa sepanjang 40 meter
di Sungai Mahakam, Kutai Barat, Indonesia pada 29 Januari lalu.

Photobucket

KUTAI BARAT - Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter.

Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini.

Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar Tribun, peristiwa kemunculan naga tersebut berlaku pada 29 Januari lepas.

Omg | Pisau tertusuk di bawah mata

Tuesday, February 15, 2011

BEIJING – Seorang budak lelaki di China, Ren Hanzhi bernasib baik apabila beberapa doktor berjaya menarik keluar pisau yang tertusuk di bawah matanya dalam satu pembedahan, lapor sebuah akhbar semalam.


ARTIKEL BUSUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger